WEBVTT

00:01.000 --> 00:02.159
KISAH YANG DIPAPARKAN MUNGKIN DITOKOK
TAMBAH DAN MEWAKILI SITUASI INDIVIDU.

00:02.239 --> 00:03.599
IA HANYA UNTUK TUJUAN HIBURAN.

00:03.679 --> 00:04.920
TIADA NIAT UNTUK MEMPROMOSIKAN
NILAI-NILAI SEKSUAL TIDAK BERMORAL.

00:05.000 --> 00:07.560
Mulai sekarang, kita cuma

00:07.640 --> 00:09.400
pesaing.

00:09.480 --> 00:10.959
SEBELUM INI

00:11.040 --> 00:12.000
Hei.

00:12.760 --> 00:16.439
Semua orang mesti dah nampak khabar angin
tentang CIk Aiwarin dari Orienna

00:16.520 --> 00:18.080
dan Cik Maevika dari Superior.

00:18.160 --> 00:21.400
Awak tak boleh tuduh tanpa bukti.

00:21.480 --> 00:22.640
Kadangkala,

00:22.720 --> 00:25.080
kesangsian saja dah cukup sebab
untuk menyiasat khabar angin.

00:25.160 --> 00:28.240
Dan jika ada bukti yang kukuh,
ia lebih sukar untuk tak dihiraukan.

00:28.840 --> 00:30.080
Jangan rakam, jangan tangkap gambar.

00:31.799 --> 00:33.920
Saya takkan lepaskan awak berdua!

00:39.120 --> 00:40.680
Menyingkirkan pesaing lain

00:40.760 --> 00:43.160
bermaksud peluang kita untuk
menang pembidaan itu meningkat, tuan.

00:46.120 --> 00:47.160
Masa yang tepat,

00:47.239 --> 00:48.879
- ayah baru saja cakap tentang…
- Semua.

00:50.400 --> 00:52.040
Saya nak umumkan sesuatu.

00:54.640 --> 00:56.440
Selepas pembidaan tamat,

00:56.519 --> 00:58.160
saya akan meletak jawatan

00:58.800 --> 01:00.360
dan berpindah ke Boston.

01:02.160 --> 01:03.199
Saya akan minta staf kita

01:03.959 --> 01:07.320
yang bekerja dengan En. Bradley
untuk kembali ke Thailand.

01:07.399 --> 01:09.840
Saya sendiri akan ambil alih projek itu.

01:14.360 --> 01:16.160
Semua orang tolong keluar dari bilik.

01:16.759 --> 01:18.360
Saya perlu cakap dengan anak saya.

01:29.679 --> 01:31.479
Ayah takkan biarkan
awak pergi ke mana-mana.

01:31.560 --> 01:32.520
Awak kena duduk di sini

01:32.600 --> 01:34.479
untuk menguruskan The Greater Bebas Cukai.

01:35.080 --> 01:36.640
Jangan pasti sangat, ayah,

01:37.160 --> 01:39.080
yang Orienna akan menang pembidaan itu.

01:39.880 --> 01:41.679
Walaupun jika pesaing kita semakin sikit

01:41.759 --> 01:45.160
atau kita fikir kita ada
kelebihan ke atas Superior,

01:45.240 --> 01:47.600
itu tak bermaksud
kita akan sentiasa menang.

01:48.360 --> 01:49.720
Jangan lupa.

01:49.800 --> 01:52.119
Dalam setiap persaingan

01:52.199 --> 01:54.240
sentiasa ada kejutan menanti.

01:54.920 --> 01:57.000
Saya rasa ayah patut bersedia.

01:58.160 --> 01:59.640
Ayah cakap jangan.

02:00.440 --> 02:01.399
Jangan maksudnya jangan.

02:02.640 --> 02:04.640
Walaupun jika Orienna
tak menang pembidaan itu,

02:04.720 --> 02:07.039
ayah takkan benarkan
awak pergi ke mana-mana.

02:08.440 --> 02:09.799
Tapi saya akan pergi.

02:12.040 --> 02:14.120
Dan kalau ayah tak benarkan,

02:16.079 --> 02:17.880
bunuh sajalah saya.

02:21.840 --> 02:24.079
Sebab itu saja yang saya ada sekarang.

02:25.840 --> 02:27.120
Selain daripada itu,

02:28.200 --> 02:30.239
saya dah tak ada apa-apa untuk ayah.

03:12.840 --> 03:14.799
NOVEL OLEH SERENISTA

04:17.320 --> 04:18.159
Hei, awak!

04:19.279 --> 04:21.519
Awak memandu macam mana?
Awak tengok jalan tak?

04:23.280 --> 04:26.640
Maaf, cik. Saya angkat barang
dan tak tumpukan perhatian.

04:27.280 --> 04:29.280
Kereta awak ada insuranskah?

04:29.360 --> 04:30.640
Tunggu.

04:49.280 --> 04:51.360
- Insurans saya baru saja tamat tempoh.
- Apa?

04:51.440 --> 04:54.200
Biar saya bayar untuk kereta saya sendiri.

04:54.280 --> 04:56.440
- Awak uruskan kereta awak sendiri.
- Macam mana awak boleh cakap macam itu?

04:56.520 --> 04:57.880
Bagi saya nombor awak.

04:57.960 --> 04:58.919
Hei.

05:00.760 --> 05:01.680
Hei.

05:03.320 --> 05:04.200
Apa pula ini?

05:26.159 --> 05:27.120
Hei?

05:38.280 --> 05:42.599
AKSES TIDAK DIBENARKAN

05:45.560 --> 05:46.640
AKSES DIBENARKAN

05:47.440 --> 05:49.320
KENAPA AWAK TELEFON? APA YANG TAK KENA?

05:59.599 --> 06:00.440
KENAPA AWAK TELEFON? ADA YANG TAK KENA?

06:05.919 --> 06:09.520
Tak ada apa-apa. Saya bangun dan
awak dah tak ada jadi saya telefon awak.

06:09.599 --> 06:12.599
Tapi saya faham, awak mungkin
tak nak bercakap dengan saya.

06:19.080 --> 06:21.840
KENAPA AWAK FIKIR MACAM ITU?

06:23.240 --> 06:25.159
Sebab kita dah berpisah.

06:44.039 --> 06:47.919
AWAK NAK JUMPA MALAM INI?
KITA BOLEH SELESAIKAN MASALAH INI.

06:51.919 --> 06:52.919
Di mana?

07:15.520 --> 07:16.400
Padam perbualan itu.

07:16.479 --> 07:17.799
Sekat akaun itu.

07:17.880 --> 07:19.520
Supaya mereka tak boleh
hubungi satu sama lain.

07:20.239 --> 07:21.200
Okey.

07:27.039 --> 07:28.239
Nah.

07:28.760 --> 07:31.280
Telefon baru untuk
menggantikan telefon awak yang hilang.

07:32.120 --> 07:33.560
Terima kasih, G.

07:34.960 --> 07:37.000
Untuk data yang awak sandarkan dalam awan,

07:37.080 --> 07:39.239
saya dah masukkan semua balik.

07:39.320 --> 07:40.919
Apa-apa yang awak tak sandarkan

07:41.000 --> 07:43.039
dah hilang dengan telefon itu.

07:47.680 --> 07:49.159
Ada apa-apa berlaku?

07:49.239 --> 07:50.520
Itu…

07:51.960 --> 07:54.080
Perbualan dengan akaun Aiwarin dah hilang.

07:55.919 --> 07:58.880
Cik Mae, awak pasti
awak tak padam sendiri?

07:59.760 --> 08:01.000
Saya pasti.

08:01.080 --> 08:02.880
Walaupun saya dah berpisah dengan dia,

08:02.960 --> 08:05.799
itu tak bermaksud
saya nak dia lenyap daripada hidup saya.

08:09.960 --> 08:11.719
Atau mungkin pencuri itu…

08:17.039 --> 08:19.560
G, saya rasa tak sedap hati.

08:19.640 --> 08:21.679
Mesti benda buruk dah berlaku.

08:35.159 --> 08:36.159
Helo.

08:36.240 --> 08:38.640
Hei, Cik Aiwarin di mana?

08:38.720 --> 08:40.280
Kenapa?

08:40.880 --> 08:42.720
Beritahu saja saya.

08:42.799 --> 08:44.079
Dia sepatutnya dalam perjalanan.

08:44.159 --> 08:46.720
Saya dengar dia jumpa
bos awak untuk jelaskan keadaan.

08:48.360 --> 08:51.240
- Bos awak minta nak jumpa Cik Ai.
- Tak, G.

08:51.319 --> 08:53.360
Jadi mereka aturkan perjumpaan malam ini

08:53.439 --> 08:55.199
di resort tepi pantai.

08:58.720 --> 09:01.000
Yam, boleh saya dapatkan nombor Cik Ai?

09:02.840 --> 09:04.120
Boleh.

09:04.199 --> 09:06.400
Tapi bukankah awak dah ada nombor Cik Ai?

09:06.480 --> 09:09.000
Jangan banyak soal, hantar saja.

09:09.600 --> 09:10.439
Baiklah.

09:14.880 --> 09:15.839
Dah dapat.

09:15.920 --> 09:16.760
Tunggu.

09:19.680 --> 09:20.920
Maaf.

09:26.079 --> 09:28.920
- Maaf, nombor yang anda hubungi…
- Panggilan tak disambung, G.

09:29.000 --> 09:31.040
Mungkin dia di dalam kapal terbang.

09:36.199 --> 09:37.680
Cik Mae, tunggu.

09:37.760 --> 09:39.240
Saya kena pergi tolong dia cepat, G.

09:39.319 --> 09:41.040
Tolong uruskan
tiket penerbangan untuk saya.

10:57.719 --> 10:58.600
Rachen.

10:59.880 --> 11:01.040
Di mana Maevika?

11:03.640 --> 11:05.360
Tak perlu buang masa bertanya.

11:05.439 --> 11:06.640
Dia tak ada di sini.

11:06.719 --> 11:08.800
Orang yang berborak dengan awak

11:08.880 --> 11:10.160
ialah saya.

11:14.160 --> 11:15.640
Saya masih ingat

11:15.719 --> 11:19.480
hari awak beritahu saya
dengan begitu yakin yang awak pandai.

11:20.360 --> 11:22.199
Pada saya, hari ini, awak salah.

11:22.280 --> 11:23.959
Sebab dengan berdiri di sini sekarang

11:24.040 --> 11:26.120
membuktikan yang awak bodoh.

11:28.920 --> 11:30.520
Dan hakikat yang awak dedahkan saya

11:30.600 --> 11:33.400
di Boston dan The Greater.

11:34.079 --> 11:35.400
Saya cuma terbuat silap, itu saja.

11:36.760 --> 11:38.319
Hari ini saya akan tunjuk kepada awak.

11:38.400 --> 11:41.600
Orang macam saya takkan tertipu
dengan orang macam awak lagi.

11:43.400 --> 11:46.000
- Awak nak pergi ke mana?
- Lepas, lepaskan saya!

11:46.800 --> 11:47.640
Awak nak buat apa?

11:47.719 --> 11:49.760
Saya akan buat awak hidup
dalam mimpi ngeri selama-lamanya.

11:49.839 --> 11:51.040
Lemah.

11:51.120 --> 11:52.800
Itu saja yang awak boleh buat?

11:52.880 --> 11:54.880
Kenapa awak tak bunuh saja saya?

11:54.959 --> 11:57.360
- Jangan cabar saya.
- Saya bukannya mencabar awak.

11:58.199 --> 11:59.800
Sebab kalau saya tak mati,

11:59.880 --> 12:01.439
saya akan buru awak sekali lagi.

12:02.839 --> 12:04.640
Lepas itu awak akan buru saya semula.

12:04.719 --> 12:08.560
Ya, pada awak, saya mungkin nampak bodoh.

12:08.640 --> 12:10.040
Tapi pada saya,

12:10.120 --> 12:11.319
awak memang bodoh gila.

12:17.480 --> 12:18.920
Awak nak pergi ke mana? Mari sini.

12:19.920 --> 12:20.800
Buka mulut awak.

12:20.880 --> 12:22.520
- Saya cakap buka!
- Jangan!

12:22.600 --> 12:24.360
- Minum, telan.
- Jangan.

12:24.439 --> 12:25.360
Minum.

13:02.520 --> 13:04.480
Awak letak apa dalam wain itu?

13:13.959 --> 13:15.800
Sesuatu yang akan buat awak

13:16.480 --> 13:17.839
tunduk kepada saya.

13:33.040 --> 13:34.160
Awak tengah buat apa?

13:39.040 --> 13:41.120
Perempuan yang suka perempuan macam awak…

13:41.199 --> 13:44.439
Kalau ada video awak
bersama seorang lelaki dibocorkan…

13:48.160 --> 13:50.280
- Awak nak pergi ke mana?
- Lepaskan.

13:50.360 --> 13:52.199
- Mari sini.
- Lepaskan saya!

13:54.199 --> 13:55.319
Awak fikir awak kuat sangat?

13:59.280 --> 14:00.319
Ingat awak kuat?

14:09.120 --> 14:11.160
Siaplah awak saya kerjakan.

14:15.479 --> 14:16.599
Cik Ai!

14:22.959 --> 14:23.959
Rachen!

14:25.319 --> 14:26.520
Lepaskan Aiwarin sekarang!

14:28.360 --> 14:29.520
Sekarang!

14:30.959 --> 14:32.160
Kalau tak saya akan tembak awak.

14:41.920 --> 14:42.839
Cik Mae.

14:43.839 --> 14:44.680
Cik Ai.

14:46.479 --> 14:47.280
Jangan.

14:51.439 --> 14:52.560
Cik Mae.

14:55.959 --> 14:57.959
Ingat awak berdua kuat sangat?

14:58.040 --> 15:00.160
Pergilah mati bersama-sama.

15:10.439 --> 15:11.680
Mati sekarang.

15:49.880 --> 15:51.760
Berhenti! Letakkan senjata awak.

15:52.640 --> 15:54.120
Saya cakap letakkan senjata itu!

16:39.479 --> 16:40.520
Jangan!

16:41.400 --> 16:42.640
Jom pergi ke hospital.

16:43.240 --> 16:44.680
- Tak nak.
- Tolonglah pergi.

16:44.760 --> 16:45.599
Tak.

16:45.680 --> 16:47.959
Awak tak boleh pengsan.

16:48.040 --> 16:49.479
Tapi saya dah tak tahan.

16:49.560 --> 16:51.359
Awak macam ini

16:51.439 --> 16:53.359
sebab dia berikan dadah kepada awak.

16:54.359 --> 16:55.359
Cik Ai.

16:55.920 --> 16:57.160
Jangan pengsan.

17:03.959 --> 17:04.839
Cik Ai.

17:05.839 --> 17:07.119
Cik Ai, fokus.

17:08.560 --> 17:09.839
Tolong saya.

17:35.440 --> 17:36.879
Cik Ai.

17:40.280 --> 17:41.280
Awak rasa macam mana?

18:25.320 --> 18:26.919
Awak okey.

18:28.760 --> 18:30.280
Saya ada di sini.

18:39.520 --> 18:41.040
Awak pula, Cik Mae?

18:43.800 --> 18:45.399
Sakitkah?

18:50.879 --> 18:51.760
Ya, sakit.

18:54.280 --> 18:56.120
Tapi tak sesakit awak, Cik Ai.

19:22.000 --> 19:24.120
Rachen berani buat macam itu?

19:25.320 --> 19:26.159
Ya, ayah.

19:26.240 --> 19:27.679
Tapi,

19:27.760 --> 19:29.320
ayah tak perlu risau lagi.

19:29.399 --> 19:31.600
Saya dan Aiwarin dah selamat sekarang.

19:31.679 --> 19:33.280
Jadi cepat balik.

19:33.360 --> 19:35.040
Ayah akan beritahu En. Attawit.

19:35.120 --> 19:36.679
Ayah percaya lepas dia dapat tahu nanti,

19:36.760 --> 19:39.120
dia pun akan risau tentang anak dia.

19:43.159 --> 19:44.120
Baik, ayah.

20:01.879 --> 20:03.520
Teruk betul saya.

20:05.200 --> 20:06.639
Selama ini, saya ingatkan

20:07.560 --> 20:09.840
saya boleh uruskan orang macam dia.

20:11.080 --> 20:12.440
Tapi akhirnya,

20:13.600 --> 20:15.200
saya hampir tertipu.

20:16.399 --> 20:18.120
Janganlah kecewa sangat
dengan diri sendiri.

20:20.360 --> 20:21.600
Awak tertipu

20:22.639 --> 20:25.080
sebab awak ingatkan awak akan jumpa saya.

20:31.360 --> 20:33.000
Jadi jangan salahkan diri sendiri, okey?

20:35.960 --> 20:37.840
Semuanya akan berlalu tak lama lagi.

20:41.639 --> 20:43.879
Esok pagi,
kita akan pergi balik ke Bangkok

20:45.040 --> 20:46.840
Saya sendiri akan hantar awak balik rumah.

20:50.520 --> 20:52.360
Kenapa balik rumah?

20:52.440 --> 20:54.520
Awak patut ada seseorang teman awak.

20:56.919 --> 20:59.320
Sekiranya ada
kesan sampingan daripada dadah itu.

21:04.200 --> 21:06.159
Hantar saja saya di Orienna.

21:07.080 --> 21:08.560
Saya boleh jaga diri sendiri.

21:13.879 --> 21:15.840
Awak tak nak jumpa sesiapa lagi, betul?

21:24.919 --> 21:27.560
Jadi tinggallah dengan saya dulu.

21:29.879 --> 21:31.320
Lepas awak rasa lebih baik,

21:33.720 --> 21:35.159
kita boleh berpisah.

22:18.000 --> 22:21.679
AWAK MACAM MANA?
AYAH DAH TAHU SEMUANYA SEKARANG.

22:43.800 --> 22:44.879
Rehatlah.

22:52.840 --> 22:54.399
Boleh awak duduk dengan saya?

23:40.720 --> 23:43.600
SAYA PERGI SIAPKAN MAKANAN. BILA AWAK
DAH BANGUN, MANDI DAN TUKAR BAJU. MAE

24:34.960 --> 24:36.800
Kulit awak cantik sangat.

24:37.320 --> 24:39.080
Cerah, berseri dan sangat segar.

24:45.200 --> 24:47.120
Kulit awak pun cantik.

24:47.200 --> 24:49.159
Bukan saja cantik,

24:50.960 --> 24:52.360
wangi juga.

24:52.439 --> 24:53.960
Cik Ai.

25:06.720 --> 25:07.760
Makan banyak-banyak, okey?

25:12.439 --> 25:15.520
Jus oren untuk si cantik seperti awak.

25:30.159 --> 25:31.439
Awak bagaimana, cik?

25:33.600 --> 25:35.000
Awak mesti sangat terkejut.

25:38.399 --> 25:40.040
Jangan risau lagi.

25:40.120 --> 25:42.199
Saya dah uruskannya.

25:43.800 --> 25:45.120
Terima kasih banyak.

25:51.480 --> 25:53.280
- Mae.
- Ya?

25:53.360 --> 25:54.199
Mari sini.

26:04.760 --> 26:06.720
Kita belum selesaikan ini lagi.

26:07.840 --> 26:09.960
Maafkan saya, ayah.

26:17.760 --> 26:20.760
Awak tahu kita cuma ada
satu sama lain, betul?

26:21.360 --> 26:22.320
Awak tahu?

26:23.159 --> 26:24.199
Ya, saya tahu.

27:38.080 --> 27:39.800
Saya balik ke rumah.

27:39.879 --> 27:43.199
Mereka cakap ayah
ada di pejabat awal pagi ini.

27:50.240 --> 27:51.320
Awak macam mana?

27:53.600 --> 27:54.679
Awak cedera di mana-mana?

28:06.520 --> 28:08.360
Betulkah ayah kisah pasal saya?

28:08.439 --> 28:10.480
Atau ayah cuma sedang berlakon?

28:13.120 --> 28:14.240
Apa yang awak katakan ini?

28:15.639 --> 28:16.840
Awak anak ayah.

28:19.879 --> 28:20.760
Saya tanya

28:21.399 --> 28:23.800
sebab ayah tak pernah buat macam ini.

28:25.639 --> 28:27.240
Sejak saya kecil, semasa saya membesar,

28:28.399 --> 28:30.720
tapi kira apa yang saya lalui,

28:30.800 --> 28:32.399
ayah selalu cakap

28:33.720 --> 28:35.439
saya kena bangkit semula sendiri.

28:37.040 --> 28:38.639
Tak pernah sekali pun

28:40.159 --> 28:42.320
ayah peluk atau pujuk saya.

28:49.240 --> 28:50.199
Maafkan ayah.

28:56.399 --> 28:57.639
Menjadi seorang ayah

28:59.520 --> 29:01.399
yang kena jaga anak seorang diri

29:01.919 --> 29:03.800
bukannya mudah, Aiwarin.

29:07.280 --> 29:08.919
Semua benda yang ayah buat

29:10.120 --> 29:11.600
adalah sebab ayah percaya

29:12.919 --> 29:15.199
itu yang terbaik untuk awak.

29:17.919 --> 29:20.399
Ia mungkin bukan cara yang awak nak.

29:22.240 --> 29:23.480
Tapi percayalah ayah,

29:25.959 --> 29:27.840
ayah tak pernah ingin awak disakiti.

29:34.320 --> 29:36.199
Saya nak tanya ayah sesuatu.

29:39.360 --> 29:40.959
Di mana ibu saya?

29:48.080 --> 29:49.439
Tolong beritahu saya, ayah.

29:51.040 --> 29:52.879
Mungkin jawapan ayah

29:54.080 --> 29:56.959
boleh mendedahkan sesuatu untuk saya.

30:09.120 --> 30:10.320
Ibu awak…

30:13.600 --> 30:14.919
ada orang lain.

30:20.159 --> 30:21.280
Dan akhirnya,

30:22.080 --> 30:24.760
dia pilih untuk meninggalkan kita.

30:28.000 --> 30:30.360
Itu pilihan dia.

30:31.879 --> 30:33.240
Bukan ayah.

30:37.159 --> 30:38.919
Tapi semuanya

30:40.679 --> 30:42.520
salah ayah.

30:43.120 --> 30:45.959
Ayah sibuk sangat bekerja

30:46.040 --> 30:48.959
dan lupa tentang
orang yang menyokong ayah.

30:49.040 --> 30:51.639
Jadi kenapa ayah tak beritahu saya?

30:52.760 --> 30:55.159
Ayah tak nak awak benci ibu awak.

30:55.760 --> 30:56.679
Macam yang ayah cakap,

30:58.240 --> 31:00.080
itu salah ayah.

31:01.320 --> 31:03.639
Ayah yang memaksa dia
membuat keputusan itu.

31:05.000 --> 31:07.800
Jadi ayah pikul
kepedihan ini seorang diri?

31:09.439 --> 31:10.320
Tengok?

31:10.919 --> 31:13.000
Ayah dah cakap, jadi ayah bukannya senang.

31:14.520 --> 31:16.000
Maafkan saya, ayah.

31:18.520 --> 31:19.840
Kalau saya tahu,

31:21.199 --> 31:23.080
saya mesti lebih memahami ayah.

31:52.439 --> 31:54.399
Dan ayah minta maaf kepada awak juga.

31:56.520 --> 31:58.360
Ayah mungkin bukan seorang bapa yang baik.

31:59.040 --> 32:01.080
Ayah asyik fikir satu-satunya cara

32:01.600 --> 32:04.280
untuk pastikan
awak tak terluka seperti ayah

32:04.360 --> 32:06.120
ialah awak kena jadi kuat.

32:07.360 --> 32:08.480
Berikan ayah satu peluang.

32:09.199 --> 32:10.439
Ayah nak berubah.

32:13.040 --> 32:14.840
Ia mungkin takkan berlaku sekelip mata,

32:16.320 --> 32:17.840
tapi ayah akan cuba.

32:41.560 --> 32:42.679
Ayah,

32:43.520 --> 32:45.199
saya ada benda penting nak beritahu ayah.

32:52.120 --> 32:55.439
PESERTA PEMBIDAAN
SYARIKAT ORIENNA, SYARIKAT SUPERIOR

33:03.600 --> 33:05.719
KUMPULAN SUPERIOR

33:11.439 --> 33:14.320
PRODUK UTAMA BEBAS CUKAI

33:16.240 --> 33:17.760
ZON PRODUK PREMIUM, SOKONGAN PROMOSI

33:21.280 --> 33:23.679
HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMBIDAAN

33:53.240 --> 33:55.199
Pertama, terima kasih semua

33:55.280 --> 33:57.120
kerana berada di sini untuk menyaksikan

33:57.199 --> 33:59.919
pengumuman pembidaan yang menang

34:00.000 --> 34:02.120
untuk The Greater Bebas Cukai hari ini.

34:02.199 --> 34:05.600
Jawatankuasa telah menilai dengan teliti

34:05.679 --> 34:06.840
pelan operasi,

34:06.919 --> 34:09.639
model projek, dan cadangan terakhir

34:09.719 --> 34:10.799
daripada semua peserta.

34:11.679 --> 34:15.560
Pemenang projek The Greater Bebas Cukai

34:15.639 --> 34:16.600
jatuh kepada…

34:34.799 --> 34:36.759
Syarikat Kumpulan Orienna Berhad.

34:46.799 --> 34:48.400
Di taklimat akhir,

34:48.480 --> 34:50.480
saya nak bocorkan jumlah kita

34:51.520 --> 34:53.040
kepada Maevika.

34:53.960 --> 34:56.199
Bagi pihak jawatankuasa The Greater,

34:56.279 --> 34:58.160
boleh saya tanya satu soalan?

34:58.240 --> 35:00.240
Kami telah meletakkan deposit 10%.

35:00.319 --> 35:03.520
- Apa faedah yang kami akan terima?
- Saya perlu keluar sebentar.

35:09.920 --> 35:11.319
Saya faham.

35:11.400 --> 35:14.319
Awak mesti fikir
jumlah yang kita nak hantar itu

35:14.400 --> 35:15.680
terlalu tinggi, bukan?

35:15.759 --> 35:17.360
Tapi jumlah ini

35:17.440 --> 35:19.279
bukan saja tentang mengalahkan Superior

35:19.360 --> 35:21.000
atau pesaing lain.

35:21.080 --> 35:22.640
Ia satu deklarasi

35:22.720 --> 35:26.960
tentang kesediaan Orienna
dalam menguruskan konsesi ini.

35:27.040 --> 35:29.680
Jadi 30 bilion

35:29.759 --> 35:32.160
ialah jumlah yang paling masuk akal.

35:32.759 --> 35:34.000
Kalau mereka tahu,

35:34.080 --> 35:36.440
mereka mesti dah naikkan jumlah mereka.

35:37.040 --> 35:39.279
Sama seperti kita dapat tahu
tentang jumlah mereka.

35:41.759 --> 35:42.839
Jadi,

35:43.720 --> 35:45.720
kita mungkin takkan menang pun.

35:47.040 --> 35:48.400
Maafkan saya.

35:49.520 --> 35:51.680
Tapi saya tak nak menang
menggunakan cara kotor.

36:03.839 --> 36:05.720
Saya dah buat keputusan, ayah.

36:09.920 --> 36:11.799
ORIENNA GRAND: 30 BILION BAHT

36:11.880 --> 36:13.360
KUMPULAN SUPERIOR: 26 BILION BAHT

36:13.960 --> 36:15.640
Saya akan ikut jumlah asal.

36:27.520 --> 36:29.640
Cik Mae, boleh saya dapatkan temu bual?

36:29.720 --> 36:31.960
- Tiada temu bual. Tak.
- Tolonglah.

36:32.040 --> 36:34.120
- Cik Mae.
- Biar ayah uruskan ini.

36:34.200 --> 36:35.360
- Cukuplah.
- Tolong jawab.

36:35.440 --> 36:38.520
Cik Ai, apa yang buat syarikat awak
dapat berkembang dengan begitu pesat?

36:38.600 --> 36:39.520
Apa yang sedang berlaku?

36:39.600 --> 36:40.920
Cik Mae!

36:45.360 --> 36:46.799
Kenapa awak tak ubah jumlah pembidaan

36:47.480 --> 36:48.759
supaya awak boleh menang?

36:50.080 --> 36:51.279
Saya sengaja

36:51.359 --> 36:53.680
biarkan awak tahu jumlah Orienna.

36:56.160 --> 36:57.160
Apa?

36:57.759 --> 36:58.880
Maksud awak

36:59.920 --> 37:01.720
panggilan telefon hari itu,

37:02.319 --> 37:03.600
awak buat dengan sengaja?

37:07.000 --> 37:09.000
Awak sebenarnya nak apa?

37:09.839 --> 37:11.920
Main kotor dengan saya

37:12.640 --> 37:14.440
sehingga saat-saat terakhir?

37:23.160 --> 37:25.400
Saya tak anggap ia main kotor.

37:25.480 --> 37:26.960
Saya buat sebab

37:27.680 --> 37:29.400
saya cuma rasa bersalah

37:29.480 --> 37:32.040
mencuri rahsia awak.

37:34.160 --> 37:35.759
Saya cuma nak betulkan keadaan.

37:37.319 --> 37:38.839
Bukankah ia lebih senang

37:40.240 --> 37:42.279
kalau awak tak mulakannya langsung?

37:54.480 --> 37:57.000
Dengar baik-baik, Aiwarin.

37:59.560 --> 38:03.640
Saya tak pernah dapat apa-apa
daripada peranti pepijat itu.

38:05.000 --> 38:06.440
Satu-satunya sebab saya biarkannya…

38:09.520 --> 38:12.040
adalah sebab saya cuma
nak dengar suara awak.

38:14.600 --> 38:19.000
Untuk rasa seolah-olah awak ada
dekat dengan saya sepanjang masa.

38:20.400 --> 38:21.600
Itu saja.

38:42.080 --> 38:43.520
Cik Ai, ada apa-apa yang awak nak kongsi

38:43.600 --> 38:45.960
tentang kemenangan Orienna
dalam pembidaan ini?

38:46.040 --> 38:48.200
Sebagai pemimpin Orienna,

38:48.279 --> 38:50.120
saya tak lihat

38:50.200 --> 38:51.480
kemenangan ini

38:51.560 --> 38:53.839
sebagai kemenangan syarikat kami saja.

38:54.520 --> 38:56.160
Ini juga peluang

38:56.240 --> 38:57.520
untuk mencipta pekerjaan,

38:57.600 --> 39:00.880
memupuk kerjasama antara generasi baharu

39:00.960 --> 39:02.560
yang mempunyai visi,

39:03.160 --> 39:05.240
dan idea-idea berbeza
daripada generasi yang lebih tua.

39:07.600 --> 39:09.240
Siapa yang awak maksudkan, Cik Ai?

39:10.160 --> 39:11.600
Saya dan Cik Maevika,

39:11.680 --> 39:13.400
pemimpin Superior.

39:19.759 --> 39:21.440
Saya mengumumkan

39:21.520 --> 39:23.560
bahawa Orienna,

39:23.640 --> 39:26.080
pemenang pembidaan ini,

39:26.160 --> 39:28.240
menjemput Superior

39:28.319 --> 39:32.279
untuk menjadi rakan kongsi strategik kami,
membangunkan konsesi ini bersama-sama.

39:32.359 --> 39:33.400
UNTUK FAEDAH BERSAMA,
BERBANDING PERSAINGAN

39:33.480 --> 39:36.160
Daripada pesaing menjadi rakan kongsi?

39:36.240 --> 39:37.640
Tapi awak dan Cik Mae

39:37.720 --> 39:39.520
dikhabarkan ada perjanjian rahsia.

39:39.600 --> 39:44.040
Bukankah ini akan menimbulkan
persoalan tentang hubungan awak lagi?

39:44.120 --> 39:46.000
- Betul.
- Awak tak risau?

39:46.080 --> 39:47.520
- Tak takut?
- Ya.

39:47.600 --> 39:49.080
- Tak apakah, Cik Ai?
- Apa pendapat awak?

39:49.160 --> 39:50.839
- Tolong jawab.
- Saya tak takut.

39:52.200 --> 39:53.680
Sebab tak kira apa soalannya,

39:53.759 --> 39:55.400
jawapannya masih sama.

39:56.400 --> 39:57.839
Ia tak benar.

39:57.920 --> 40:00.240
Apa yang penting antara Cik Mae dan saya

40:00.759 --> 40:02.759
datang daripada keikhlasan.

40:04.000 --> 40:06.080
Tiada faedah tersembunyi.

41:12.200 --> 41:14.960
G

41:21.600 --> 41:22.799
Ya, G.

41:23.720 --> 41:26.720
Cik Mae. Ini saya, Yam.

41:26.799 --> 41:29.480
Sebab Cik Ai terpaksa
mencuri daripada awak

41:29.560 --> 41:31.240
adalah sebab ayah dia yang suruh.

41:32.000 --> 41:34.560
Cik Ai tak pernah berniat
untuk mengkhianati awak.

41:34.640 --> 41:37.400
Dia terpaksa lakukannya.

41:38.120 --> 41:42.080
Kalau dia tak buat,
ramai yang akan terkesan.

41:43.640 --> 41:47.240
Cik Ai tak ada pilihan
dan dia sedih sangat tentang ini.

41:48.480 --> 41:51.759
Sebab dia tahu apa yang dia buat

41:52.600 --> 41:54.920
melukai orang yang dia cinta.

41:58.359 --> 42:00.440
Kalau awak cintakan Cik Ai juga,

42:01.560 --> 42:04.200
tolong cakap dengan dia dengan hati awak.

42:06.240 --> 42:07.520
Bukan dengan kemarahan.

42:08.240 --> 42:10.680
Dengan itu,
tiada siapa akan merana kerana ini.

42:23.240 --> 42:25.640
Saya harap saya dapat tolong mereka sikit.

42:27.480 --> 42:28.480
Entahlah.

42:29.160 --> 42:31.080
Mungkin ini saja yang kita boleh lakukan.

42:31.600 --> 42:33.400
Selebihnya bergantung kepada mereka.

43:12.160 --> 43:13.560
Kenapa?

43:13.640 --> 43:15.799
Kenapa awak tak beritahu saya sebelum ini

43:16.319 --> 43:18.920
yang awak terpaksa buat macam-macam?

43:19.960 --> 43:22.240
Saya tak rasa ia akan membantu.

43:22.759 --> 43:25.799
Sebab sama ada saya dipaksa
atau pilih untuk lakukannya,

43:26.520 --> 43:27.839
saya masih dah lakukannya.

43:30.040 --> 43:33.640
Jadi biarlah apa yang dah berlalu

43:33.720 --> 43:35.440
di masa lalu.

43:39.640 --> 43:41.040
Dulu semasa kita budak-budak,

43:42.400 --> 43:44.120
awak mungkin tak ingat.

43:44.680 --> 43:48.319
Kita pernah bertanding
membentangkan idea untuk acara sekolah.

43:50.680 --> 43:52.359
Dan awak kalahkan saya.

43:54.839 --> 43:57.600
Saya geram sangat pasal itu.

43:59.040 --> 44:00.720
Dan sejak itu, saya asyik fikir

44:01.759 --> 44:03.440
jika saya jumpa awak semula,

44:05.319 --> 44:06.720
saya akan balas dendam.

44:10.480 --> 44:12.319
Dan apabila saya dapat tahu

44:13.440 --> 44:15.560
saya akan bersaing dengan
awak dalam pembidaan ini,

44:17.400 --> 44:18.920
saya beritahu diri sendiri ketika itu,

44:19.960 --> 44:20.920
inilah masanya.

44:22.480 --> 44:23.640
Inilah peluang saya

44:24.240 --> 44:26.200
untuk akhirnya
membalas dendam terhadap awak.

44:27.920 --> 44:29.480
Saya nak kalahkan awak.

44:31.560 --> 44:33.319
Dan saya takkan kalah kepada awak lagi.

44:37.759 --> 44:38.920
Tapi awak tahu tak?

44:41.359 --> 44:43.520
Apabila saya akhirnya
berjumpa dengan awak,

44:52.000 --> 44:54.120
saya kalah kepada awak sejak hari pertama.

45:00.680 --> 45:02.359
Saya cintakan awak, Aiwarin.

45:06.440 --> 45:07.720
Saya jatuh cinta

45:10.839 --> 45:12.920
dengan orang yang saya sepatutnya lawan.

45:16.720 --> 45:18.920
Kenapa pula saya tak ingat awak?

45:20.000 --> 45:23.120
Saya nanti-nantikan hari
saya dapat jumpa awak sekali lagi juga.

45:23.200 --> 45:26.279
Sekarang, yang nak undi
Aiwarin, angkat tangan.

45:26.359 --> 45:27.920
MESYUARAT PERSEDIAAN MAJLIS AMAL 2012

45:28.000 --> 45:30.759
Baiklah, kita akan ikut cadangan Airwarin.

45:30.839 --> 45:32.040
JUALAN AMAL

45:37.799 --> 45:38.640
Tunggu sajalah.

45:38.720 --> 45:40.799
Kalau saya dapat peluang,
saya akan balas dendam.

45:52.240 --> 45:53.600
Cepatlah cuba.

45:54.359 --> 45:55.359
Saya menantikannya.

46:08.440 --> 46:09.839
Pada awak,

46:10.920 --> 46:13.080
saya mungkin seorang musuh.

46:14.799 --> 46:16.160
Tapi pada saya,

46:18.240 --> 46:20.080
awak saja yang berada dalam hati saya.

46:22.040 --> 46:23.920
Dan mungkin sebab itulah

46:25.319 --> 46:28.000
saya tak pernah bercinta dengan sesiapa,

46:30.279 --> 46:32.480
kalau mereka bukan awak.

47:11.600 --> 47:12.799
Mulai sekarang,

47:13.520 --> 47:15.440
kita dah tak perlu bersaing.

47:17.279 --> 47:18.960
Kita akan bekerjasama.

47:22.359 --> 47:24.440
Saya dah umumkan kepada semua orang

47:24.520 --> 47:26.720
saya akan jemput Superior

47:27.720 --> 47:29.839
untuk jadi rakan kongsi strategik kami.

47:31.279 --> 47:32.640
Terima kasih.

47:34.680 --> 47:35.839
Tapi…

47:39.440 --> 47:41.720
saya tak nak kejayaan

47:42.440 --> 47:45.040
yang datang daripada usaha orang lain.

47:48.799 --> 47:51.720
Saya lebih suka
berjaya dengan usaha sendiri.

47:54.600 --> 47:56.359
Tapi jangan lupa.

47:57.120 --> 48:00.000
Walaupun jika pembidaan ini dah tamat,

48:00.080 --> 48:02.319
Orienna dan Superior

48:04.440 --> 48:06.920
masih akan jadi pesaing.

48:07.600 --> 48:09.600
Jadi lambat-laun,

48:10.640 --> 48:13.279
kita mungkin akan
bersemuka macam ini lagi.

48:16.680 --> 48:17.879
Hei.

48:17.960 --> 48:19.080
Awak cakap macam

48:20.440 --> 48:22.720
awak nak berpisah dengan saya lagi.

48:25.680 --> 48:27.160
Maafkan saya.

48:45.400 --> 48:46.720
Tak apa.

48:51.359 --> 48:53.040
Awak boleh berpisah dengan saya,

48:54.560 --> 48:56.520
tapi saya tak boleh berpisah dengan awak.

48:59.799 --> 49:02.000
Saya masih akan
cintakan awak seperti dulu.

49:06.240 --> 49:08.080
Dan tak kira apa yang berlaku,

49:10.120 --> 49:12.520
saya masih akan tunggu.

49:17.000 --> 49:18.799
Menunggu hari awak kembali.

49:57.240 --> 49:58.400
Ya, Cik Ai.

50:02.759 --> 50:03.600
Hei.

50:04.879 --> 50:07.000
Jangan fikir banyak sangat.

50:07.680 --> 50:11.400
Apa pun yang mereka
putuskan takkan mempengaruhi kita.

50:12.640 --> 50:13.759
Mestilah kita pun terkesan.

50:15.720 --> 50:18.319
Walaupun jika
Cik Ai cakap dia faham Cik Mae,

50:18.920 --> 50:20.680
dia mesti terluka.

50:22.319 --> 50:24.399
Dan Cik Mae mesti lebih terluka.

50:25.440 --> 50:27.799
Mereka berdua pasti akan terluka.

50:27.879 --> 50:31.040
Jadi macam mana
kita boleh terus jadi bahagia pula?

50:34.680 --> 50:36.120
Lebih penting daripada itu,

50:37.680 --> 50:39.520
mulai sekarang,

50:39.600 --> 50:42.600
mereka berdua akan kembali bertugas.

50:43.200 --> 50:44.640
Tiada siapa tahu

50:44.720 --> 50:47.040
jika mereka akan bertemu sekali lagi.

50:48.480 --> 50:50.640
Apa yang kita kena buat

50:51.640 --> 50:54.080
adalah memberikan
sokongan penuh kepada mereka.

50:57.200 --> 50:58.040
Tunggu.

51:04.640 --> 51:06.200
Anggap sajalah

51:06.799 --> 51:09.520
ia cuma masa singkat
yang kita luangkan bersama-sama,

51:10.799 --> 51:14.920
dan ia sangatlah singkat.

51:16.000 --> 51:18.279
Begitu singkat sampai
kadangkala saya tertanya

51:20.160 --> 51:22.680
jika kita sebenarnya kenal satu sama lain.

51:24.759 --> 51:25.960
Jadi,

51:27.440 --> 51:29.040
janganlah sedih.

51:39.560 --> 51:40.879
Jangan beritahu saya

51:42.359 --> 51:43.600
apa yang saya patut rasa.

51:46.200 --> 51:48.879
Kalau awak nak pergi, pergilah.

51:51.480 --> 51:53.560
Saya akan menghormati keputusan awak.

53:18.600 --> 53:20.200
PELANGGAN SASARAN
UNTUK PEMASARAN BEBAS CUKAI DI ASIA

53:21.759 --> 53:22.359
PRODUK YANG FOKUS PADA JUALAN BEBAS CUKAI

53:25.720 --> 53:27.640
BEBAS CUKAI MENONJOLKAN IDENTITI THAI

53:35.080 --> 53:36.759
SUPERIOR VIETNAM

53:36.839 --> 53:38.920
VIETNAM

53:46.480 --> 53:48.440
BEBERAPA BULAN SELEPAS ITU

53:50.680 --> 53:53.480
DELEGASI PERNIAGAAN VIETNAM MELAWAT
THAILAND UNTUK MENANDATANGAN PERJANJIAN

53:53.560 --> 53:56.279
PEWARIS KUMPULAN SUPERIOR BAKAL
MENGUBAH LANSKAP PERDAGANGAN ASIA

54:13.279 --> 54:14.839
Janganlah rasa tertekan.

54:15.440 --> 54:18.080
Sikit saja lagi
dan awak akan berjaya, Cik Mae.

54:18.160 --> 54:20.160
Pastikan awak sentiasa tersenyum.

54:27.319 --> 54:29.960
Cik Mae, awak dapat pakej.

54:33.839 --> 54:34.960
ALAMAT PENERIMA

55:30.879 --> 55:32.640
Hari ini hari penting untuk awak.

55:32.720 --> 55:34.399
Guna pen ini.

55:34.480 --> 55:37.160
Saya nak awak tahu
yang saya masih ada di sini

55:37.240 --> 55:40.120
menunggu untuk meraikan kejayaan awak.

57:33.200 --> 57:34.640
Macam mana awak masuk sini?

57:35.399 --> 57:36.560
Awak dah lupa?

57:36.640 --> 57:38.759
Saya ada kad Rose Gold.

57:39.879 --> 57:42.080
Kenapa awak di sini?

57:44.879 --> 57:46.200
Saya tak tahu.

57:46.279 --> 57:48.399
Apabila saya nampak pen ini,

57:49.759 --> 57:51.680
hati saya kata

57:53.319 --> 57:55.319
saya kena pergi jumpa awak.

58:13.600 --> 58:14.879
Maafkan saya…

58:17.040 --> 58:19.440
sebab buat awak tunggu
seorang diri begitu lama.

58:21.359 --> 58:22.720
Terima kasih…

58:25.200 --> 58:27.240
sebab hentikan penantian ini.

01:00:55.120 --> 01:00:56.600
Awak tengah fikir tentang seseorang?

01:00:56.680 --> 01:00:58.279
Kenapa awak duduk menunggu di sini?

01:01:02.399 --> 01:01:03.399
Ya, betul.

01:01:06.080 --> 01:01:07.240
Tapi bukan awak.

01:01:08.240 --> 01:01:09.200
Jadi siapa?

01:01:12.919 --> 01:01:14.839
Cuma seseorang

01:01:14.919 --> 01:01:17.279
yang kata saya tak cukup kenal mereka.

01:01:17.359 --> 01:01:19.000
Mungkin mereka betul.

01:01:19.080 --> 01:01:21.359
Mungkin saya tak kenal mereka sebenarnya.

01:01:22.040 --> 01:01:24.480
Tapi saya pernah lihat sisi mereka
yang orang lain tak pernah nampak.

01:01:26.440 --> 01:01:29.279
Dan itulah yang buat
saya jatuh cinta dengan mereka.

01:01:40.040 --> 01:01:41.839
Yang inikah?

01:02:04.080 --> 01:02:05.440
Atau yang ini?

01:02:09.680 --> 01:02:10.879
Masih bukan?

01:02:10.960 --> 01:02:14.080
Jadi mesti yang ini.

01:02:14.759 --> 01:02:16.799
Semua orang!

01:02:16.879 --> 01:02:18.200
Jom berseronok!

01:02:18.279 --> 01:02:19.879
Jom menari, jom menari!

01:02:19.960 --> 01:02:21.319
Cepatlah!

01:02:29.279 --> 01:02:30.879
Saya malulah. Jom pergi balik.

01:02:49.160 --> 01:02:50.919
Jom bercinta semula.

01:02:51.520 --> 01:02:54.160
Bos-bos kita pun dah kembali bersama.

01:02:54.240 --> 01:02:57.040
Saya rasa kali ini,
mereka takkan berpisah lagi.

01:02:58.799 --> 01:03:00.279
Awak fikir dengan buat macam ini,

01:03:01.040 --> 01:03:02.919
saya akan terpengaruh dengan begitu mudah?

01:03:03.000 --> 01:03:05.319
Awak masih tak nak mengalah?

01:03:07.440 --> 01:03:08.319
Baiklah.

01:03:13.879 --> 01:03:15.120
Wah.

01:03:24.240 --> 01:03:25.160
Ya Tuhan.

01:03:25.919 --> 01:03:27.359
Cukup. Jom pergi balik.

01:03:28.919 --> 01:03:29.919
Hei.

01:03:30.520 --> 01:03:32.279
Boleh awak pergi balik baik-baik?

01:03:50.480 --> 01:03:51.520
Baiklah.

01:04:02.799 --> 01:04:05.040
- Balik ke meja.
- Tak nak.

01:04:44.160 --> 01:04:46.279
Pada kali pertama kita berjumpa,

01:04:46.960 --> 01:04:50.600
saya cakap saya akan
balas dendam terhadap awak.

01:04:51.200 --> 01:04:52.919
Siapa sangka

01:04:54.279 --> 01:04:56.520
dua orang pesaing ketika itu

01:04:57.839 --> 01:04:59.759
akan jadi pasangan kekasih sekarang?

01:05:05.200 --> 01:05:06.720
Tapi sebelum kita sampai tahap ini,

01:05:09.160 --> 01:05:11.839
kita perlu lalui
pelbagai cabaran bersama-sama.

01:05:13.160 --> 01:05:14.080
Atau mungkin

01:05:14.680 --> 01:05:16.439
apabila awak cakap dulu

01:05:16.520 --> 01:05:19.040
bahawa takdir sentiasa ada muslihat,

01:05:19.120 --> 01:05:20.720
mungkin itu betul.

01:05:25.040 --> 01:05:26.919
Takdir sebahagian daripadanya.

01:05:28.279 --> 01:05:30.759
Tapi apa yang menyatukan kita

01:05:32.040 --> 01:05:33.720
bukan saja takdir.

01:05:35.640 --> 01:05:38.520
Ia hati kita.

01:05:40.279 --> 01:05:43.600
Tak kira berapa banyak masa berlalu,

01:05:44.439 --> 01:05:47.439
atau cabaran yang kita lalui,

01:05:48.240 --> 01:05:49.480
akhirnya,

01:05:50.160 --> 01:05:52.520
kita masih pilih untuk kembali.

01:05:57.839 --> 01:05:59.399
Saya cintakan awak.

01:06:03.799 --> 01:06:05.240
Saya cintakan awak juga.

01:07:24.279 --> 01:07:28.720
TAMAT

01:08:31.639 --> 01:08:33.639
Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris
ama-sama.
