WEBVTT

00:00:01.000 --> 00:00:01.920 align:center
KISAH YANG DIPAPARKAN MUNGKIN DITOKOK
TAMBAH DAN MEWAKILI SITUASI INDIVIDU.

00:00:02.000 --> 00:00:02.920 align:center
IA HANYA UNTUK TUJUAN HIBURAN.

00:00:03.000 --> 00:00:03.840 align:center
TIADA NIAT UNTUK MEMPROMOSIKAN
NILAI-NILAI SEKSUAL TIDAK BERMORAL

00:00:03.920 --> 00:00:04.920 align:center
ATAU MENGGALAKKAN SIKAP NEGATIF TERHADAP
MANA-MANA GENDER ATAU SEKUMPULAN INDIVIDU.

00:00:05.000 --> 00:00:07.279 align:center
Hubungan ini cuma penuh dengan risiko.

00:00:07.359 --> 00:00:10.200 align:center
Dan kalau sesiapa dapat tahu,
itu lebih bahaya.

00:00:10.959 --> 00:00:13.360 align:center
Ada apa-apa yang awak nak
beritahu saya tentang bos awak?

00:00:13.440 --> 00:00:15.639 align:center
SEBELUM INI

00:00:15.719 --> 00:00:18.640 align:center
Kalau kita boleh hentikan saja
masa di sini, mesti bagus.

00:00:19.360 --> 00:00:21.000 align:center
Apa yang berlaku antara kita

00:00:22.119 --> 00:00:23.279 align:center
cuma satu kesilapan.

00:00:23.959 --> 00:00:26.599 align:center
Kalau awak buat keputusan untuk
lupakannya, lambat-laun awak akan lupa.

00:00:29.200 --> 00:00:31.240 align:center
Apa yang sedang berlaku
antara awak dan pewaris Superior?

00:00:35.879 --> 00:00:37.280 align:center
Ayah sendiri boleh nampak dengan jelas.

00:00:37.360 --> 00:00:39.160 align:center
Dia pesaing awak.

00:00:39.239 --> 00:00:41.360 align:center
Kenapa awak nak libatkan diri dengan dia?

00:00:41.440 --> 00:00:43.199 align:center
Jawab betul-betul, kalau tak siaplah awak.

00:00:43.280 --> 00:00:45.280 align:center
Tapi ayah pernah terfikirkah

00:00:45.360 --> 00:00:47.320 align:center
saya libatkan diri dengan dia

00:00:47.400 --> 00:00:50.599 align:center
mungkin sebab
saya tengah buat apa yang ayah nak?

00:00:55.040 --> 00:00:56.400 align:center
Apa maksud awak?

00:00:56.480 --> 00:00:58.559 align:center
Bukankah ayah yang cakap sendiri?

00:00:58.640 --> 00:01:00.919 align:center
Ayah nak tahu jumlah pembidaan pesaing.

00:01:04.679 --> 00:01:05.759 align:center
Bagus.

00:01:07.160 --> 00:01:09.920 align:center
Kalau betul itu sebab
awak libatkan diri dengan dia,

00:01:10.759 --> 00:01:12.640 align:center
ayah harap rancangan awak

00:01:13.240 --> 00:01:15.600 align:center
akan buat Orienna menang pembidaan itu.

00:01:16.320 --> 00:01:17.640 align:center
Ayah akan perhatikan awak.

00:01:19.640 --> 00:01:20.800 align:center
Ya, ayah.

00:01:21.600 --> 00:01:23.119 align:center
Tapi saya ada satu syarat.

00:01:26.399 --> 00:01:27.759 align:center
Apa dia?

00:01:28.960 --> 00:01:31.839 align:center
Kalau saya boleh buat
Orienna menang pembidaan itu,

00:01:31.920 --> 00:01:34.720 align:center
walau apa pun yang berlaku
antara saya dan Maevika selepas itu,

00:01:35.440 --> 00:01:36.880 align:center
ayah tak boleh masuk campur.

00:01:37.920 --> 00:01:39.080 align:center
Baiklah.

00:01:40.280 --> 00:01:42.800 align:center
Tapi awak kena menang
pembidaan itu. Itu saja.

00:01:43.720 --> 00:01:45.000 align:center
Sebab kalau awak berjaya,

00:01:46.280 --> 00:01:48.320 align:center
apa pun yang awak pilih
untuk buat ialah urusan awak.

00:01:48.839 --> 00:01:49.920 align:center
Ayah takkan masuk campur.

00:02:35.120 --> 00:02:37.040 align:center
NOVEL OLEH SERENISTA

00:03:04.320 --> 00:03:05.280 align:center
Saya tahu.

00:03:05.359 --> 00:03:08.760 align:center
Saya tak boleh tolong
dalam hal peribadi awak.

00:03:08.840 --> 00:03:11.280 align:center
Tapi kalau ada apa-apa
yang saya boleh buat,

00:03:11.359 --> 00:03:13.040 align:center
tolong beritahu saya, Cik Ai.

00:03:17.200 --> 00:03:19.920 align:center
Saya akan buat
apa-apa saja untuk awak, Cik Ai.

00:03:21.560 --> 00:03:24.280 align:center
Saya tahu. Tak payahlah dramatik sangat.

00:03:54.519 --> 00:03:58.320 align:center
GGINANN K
MENGIKUT

00:04:18.519 --> 00:04:19.959 align:center
SEKAT

00:04:20.039 --> 00:04:21.880 align:center
SEKAT GGINANN K?

00:04:21.959 --> 00:04:24.360 align:center
MENYEKAT

00:04:24.440 --> 00:04:26.440 align:center
AKAUN INI TERTUTUP

00:04:36.479 --> 00:04:38.080 align:center
Awak tengok apa dalam telefon?

00:04:39.880 --> 00:04:42.880 align:center
Rumah dan kondo-kondo saja.

00:04:42.960 --> 00:04:44.280 align:center
Kenapa?

00:04:44.800 --> 00:04:46.479 align:center
Cari rumah baru?

00:04:47.719 --> 00:04:48.719 align:center
Ya.

00:04:51.680 --> 00:04:54.760 align:center
Kenapa? Tempat tinggal awak
sekarang tak cukup bagus?

00:04:58.240 --> 00:05:00.240 align:center
Sejak awak mula bekerja di Orienna,

00:05:00.320 --> 00:05:02.840 align:center
awak dah balik pergi jumpa keluarga awak?

00:05:04.599 --> 00:05:06.320 align:center
Tak jawab maksudnya
awak tak pergi jumpa mereka.

00:05:06.919 --> 00:05:09.200 align:center
Sekarang, mereka mesti
rindukan awak sangat.

00:05:09.919 --> 00:05:12.000 align:center
Mereka mesti tertanya
awak hidup macam mana.

00:05:12.080 --> 00:05:13.880 align:center
Betapa bahagianya awak.

00:05:13.960 --> 00:05:16.640 align:center
Atau patutkah
saya beritahu mereka sendiri?

00:05:23.640 --> 00:05:25.479 align:center
Bagus saja.

00:05:25.560 --> 00:05:28.599 align:center
Saya cuma penat dengan suasana yang sama.

00:05:37.800 --> 00:05:39.000 align:center
Cik Ai,

00:05:40.080 --> 00:05:42.039 align:center
pemilik rumah ini

00:05:42.120 --> 00:05:44.960 align:center
ada nama yang sama dengan ibu awak.

00:05:50.919 --> 00:05:53.280 align:center
UNTUK PERTANYAAN, HUBUNGI ARUNWALAI

00:05:55.680 --> 00:05:58.200 align:center
RUMAH DUA TINGKAT UNTUK DIJUAL DI PHUKET

00:05:58.800 --> 00:05:59.880 align:center
Mak.

00:06:03.760 --> 00:06:07.479 align:center
Tapi zaman sekarang,
ramai orang yang ada nama yang sama.

00:06:10.240 --> 00:06:12.440 align:center
Nama ini, dieja macam ini,

00:06:12.520 --> 00:06:14.159 align:center
Ia memang unik.

00:06:33.400 --> 00:06:34.479 align:center
Helo?

00:06:35.080 --> 00:06:36.680 align:center
Helo?

00:06:36.760 --> 00:06:40.640 align:center
Saya nampak hantaran awak menjual rumah

00:06:40.719 --> 00:06:43.719 align:center
dan saya berminat, jadi saya hubungi awak.

00:06:44.880 --> 00:06:46.080 align:center
Ya.

00:06:47.599 --> 00:06:50.240 align:center
Saya nak tetapkan tarikh
untuk melihat rumah itu,

00:06:50.320 --> 00:06:52.240 align:center
bolehkah?

00:06:52.840 --> 00:06:54.359 align:center
Bila awak nak datang?

00:07:10.239 --> 00:07:11.440 align:center
Helo, Cik Ai.

00:07:11.520 --> 00:07:13.640 align:center
Awak ada masa terluang
untuk beberapa hari akan datang, Cik Mae?

00:07:14.840 --> 00:07:16.159 align:center
Kenapa?

00:07:16.239 --> 00:07:18.000 align:center
Apa lagi rancangan seronok
yang awak nak saya buat?

00:07:19.280 --> 00:07:20.919 align:center
Kalau saya beritahu awak, tak seronoklah.

00:07:23.320 --> 00:07:24.400 align:center
Jom pergi.

00:07:40.159 --> 00:07:41.520 align:center
Ayah.

00:07:42.039 --> 00:07:44.560 align:center
Bukankah doktor cakap
ayah tak boleh rasa tertekan?

00:07:44.640 --> 00:07:47.000 align:center
Jadi kenapa ayah masih bekerja macam ini?

00:07:49.000 --> 00:07:51.799 align:center
Mae, ayah pemilik syarikat ini, sayang.

00:07:52.840 --> 00:07:54.440 align:center
Tak kiralah betapa sakitnya ayah,

00:07:55.200 --> 00:07:56.520 align:center
ayah tak boleh duduk diam saja.

00:07:57.120 --> 00:08:00.159 align:center
Suatu hari nanti,
apabila awak menggantikan ayah,

00:08:00.239 --> 00:08:02.280 align:center
awak kena buat benda yang sama, sayang.

00:08:04.560 --> 00:08:06.320 align:center
Apa dia?

00:08:06.400 --> 00:08:08.280 align:center
Kenapa awak datang jumpa ayah?

00:08:11.039 --> 00:08:12.239 align:center
Jadi…

00:08:12.880 --> 00:08:15.080 align:center
Saya nak tanya ayah

00:08:15.159 --> 00:08:17.599 align:center
jika saya boleh pergi
bercuti sekejap selama dua hari.

00:08:22.239 --> 00:08:24.320 align:center
Tapi jangan risau.

00:08:24.400 --> 00:08:27.120 align:center
Saya dah siapkan semua kerja saya.

00:08:27.200 --> 00:08:28.840 align:center
Semuanya dah selesai.

00:08:28.919 --> 00:08:30.719 align:center
Sejak beberapa minggu lepas,

00:08:30.799 --> 00:08:33.840 align:center
saya asyik rasa tertekan
pasal pembidaan ini.

00:08:34.559 --> 00:08:35.880 align:center
Saya cuma nak berehat.

00:08:37.840 --> 00:08:39.319 align:center
Tapi saya akan bawa tablet saya,

00:08:39.400 --> 00:08:43.480 align:center
sekiranya ada kerja penting,
saya akan uruskannya terus.

00:08:46.319 --> 00:08:47.520 align:center
Baiklah, suka hati awak.

00:08:48.920 --> 00:08:50.000 align:center
Terima kasih.

00:09:04.000 --> 00:09:05.280 align:center
Sebenarnya…

00:09:06.520 --> 00:09:08.160 align:center
ada benda lain juga, ayah.

00:09:11.600 --> 00:09:13.079 align:center
Mae.

00:09:18.040 --> 00:09:19.040 align:center
Cakaplah, sayang.

00:09:20.240 --> 00:09:22.120 align:center
Kita tak sembunyikan apa-apa
daripada satu sama lain, betul?

00:09:22.720 --> 00:09:23.839 align:center
Apa dia?

00:09:32.240 --> 00:09:35.439 align:center
Apa pendapat ayah jika…

00:09:37.439 --> 00:09:39.000 align:center
saya bercinta dengan seorang wanita?

00:09:56.880 --> 00:09:57.880 align:center
Dengar sini.

00:09:58.760 --> 00:10:00.839 align:center
Walaupun ayah semakin tua,

00:10:01.439 --> 00:10:04.400 align:center
ayah masih faham cinta zaman sekarang.

00:10:06.360 --> 00:10:08.120 align:center
Tak kira apa jantina mereka,

00:10:08.920 --> 00:10:11.079 align:center
selagi mereka orang yang baik,

00:10:11.160 --> 00:10:12.680 align:center
tak mengambil kesempatan ke atas awak,

00:10:14.040 --> 00:10:15.600 align:center
dan tak melukai awak,

00:10:17.040 --> 00:10:18.520 align:center
itu saja yang penting kepada ayah.

00:10:23.520 --> 00:10:24.880 align:center
Terima kasih, ayah.

00:10:28.120 --> 00:10:29.839 align:center
Saya sayang ayah.

00:10:31.520 --> 00:10:32.720 align:center
Ayah sayang awak juga.

00:11:34.760 --> 00:11:36.319 align:center
Cik Ai, awak nak buat apa di sini?

00:11:37.600 --> 00:11:39.319 align:center
Saya datang untuk jumpa
seseorang yang penting.

00:11:41.400 --> 00:11:42.520 align:center
Dan

00:11:43.360 --> 00:11:44.360 align:center
awak bawa saya sekali,

00:11:44.439 --> 00:11:46.360 align:center
awak tak takut jika
dia dapat tahu tentang kita?

00:11:47.760 --> 00:11:49.319 align:center
Saya nak dia tahu.

00:11:49.839 --> 00:11:50.880 align:center
Sebab itulah saya bawa awak.

00:12:11.120 --> 00:12:12.800 align:center
Saya ada di depan rumah sekarang.

00:12:12.880 --> 00:12:14.880 align:center
Saya betul-betul minta maaf.

00:12:14.959 --> 00:12:17.760 align:center
Saya tiba-tiba
terpaksa pergi ke luar negara.

00:12:17.839 --> 00:12:19.360 align:center
Jadi saya tak boleh jumpa awak.

00:12:19.439 --> 00:12:21.640 align:center
Tapi awak boleh ambil
kunci daripada penjaga rumah

00:12:21.719 --> 00:12:23.719 align:center
dan tengok rumah itu sendiri.

00:12:27.079 --> 00:12:28.160 align:center
Jadi

00:12:28.920 --> 00:12:30.959 align:center
bila awak akan balik?

00:12:31.520 --> 00:12:32.760 align:center
Itu…

00:12:33.680 --> 00:12:35.120 align:center
Saya belum ada tarikh lagi.

00:12:37.199 --> 00:12:38.880 align:center
Tapi jangan risau.

00:12:38.959 --> 00:12:42.000 align:center
Kalau betul awak berminat
nak beli rumah ini,

00:12:42.079 --> 00:12:45.280 align:center
saya akan tandatangan surat kuasa wakil
supaya orang lain uruskan untuk saya.

00:12:50.439 --> 00:12:51.839 align:center
Kalau macam itu…

00:12:59.079 --> 00:13:00.240 align:center
Ibu.

00:13:04.760 --> 00:13:06.520 align:center
Ini saya, Ai.

00:13:09.800 --> 00:13:11.959 align:center
Aiwarin, anak ibu.

00:13:15.640 --> 00:13:17.640 align:center
Saya tak pernah ada anak.

00:13:18.920 --> 00:13:20.839 align:center
Awak mesti tersilap
saya dengan orang lain.

00:13:23.160 --> 00:13:25.920 align:center
Sampai situ sajalah urusan rumah itu.

00:14:08.040 --> 00:14:09.599 align:center
Jom bersenam.

00:14:09.680 --> 00:14:13.079 align:center
Jom tengok kalau awak boleh tangkap saya.

00:14:28.240 --> 00:14:30.439 align:center
Marilah. Okey?

00:14:30.520 --> 00:14:34.079 align:center
Ia seperti membakar apa yang awak
dah makan, jadi berat awak takkan naik.

00:15:47.800 --> 00:15:49.760 align:center
Saya tak tahu

00:15:49.839 --> 00:15:51.240 align:center
apa yang awak lalui

00:15:51.319 --> 00:15:53.400 align:center
dan masalah yang awak perlu hadapi.

00:15:54.640 --> 00:15:58.160 align:center
Tapi kalau masalah itu

00:15:58.240 --> 00:16:00.479 align:center
tak boleh diselesaikan dengan segera,

00:16:01.000 --> 00:16:02.479 align:center
kita kena lepaskannya

00:16:03.000 --> 00:16:04.680 align:center
dan terus maju ke hadapan.

00:16:39.439 --> 00:16:40.839 align:center
Rumah itu…

00:16:41.719 --> 00:16:42.920 align:center
Saya ingatkan

00:16:43.479 --> 00:16:45.199 align:center
itu rumah mak saya.

00:16:45.280 --> 00:16:47.800 align:center
Saya nampak ia dijual dalam talian,

00:16:48.479 --> 00:16:50.040 align:center
jadi saya bergegas ke sini

00:16:51.400 --> 00:16:53.240 align:center
menyangka yang saya dapat jumpa mak saya.

00:16:55.599 --> 00:16:57.560 align:center
Saya bawa awak ke sini

00:16:58.880 --> 00:17:01.160 align:center
sebab saya nak awak jumpa dia juga.

00:17:02.800 --> 00:17:04.280 align:center
Saya nak

00:17:04.359 --> 00:17:08.119 align:center
dua orang yang saya paling sayang
di dunia ini jumpa satu sama lain.

00:17:10.119 --> 00:17:11.480 align:center
Tapi itu bukan dia.

00:17:12.800 --> 00:17:14.720 align:center
Mungkin seseorang dengan nama yang sama.

00:17:27.560 --> 00:17:29.720 align:center
Apabila awak beritahu saya dulu

00:17:30.360 --> 00:17:31.879 align:center
yang awak tak ada mak,

00:17:31.960 --> 00:17:35.320 align:center
sebenarnya mak awak masih hidup.

00:17:36.320 --> 00:17:38.240 align:center
Tapi awak tak berhubung dengan dia?

00:17:40.320 --> 00:17:41.399 align:center
Tak.

00:17:42.000 --> 00:17:43.520 align:center
Dah 20 tahun.

00:17:44.360 --> 00:17:48.560 align:center
Saya tak tahu pun kenapa
dia tinggalkan rumah dulu.

00:17:49.840 --> 00:17:51.240 align:center
Apa sebab dia buat macam itu.

00:17:52.639 --> 00:17:54.639 align:center
Dia tiba-tiba saja pergi.

00:17:56.000 --> 00:17:57.680 align:center
Tanpa mengatakan apa-apa.

00:18:00.200 --> 00:18:01.919 align:center
Tanpa

00:18:02.639 --> 00:18:03.960 align:center
mengucapkan selamat tinggal.

00:18:10.639 --> 00:18:13.040 align:center
Macam mana dengan ayah awak?

00:18:13.639 --> 00:18:15.960 align:center
Dia tak pernah beritahu awak apa-apa?

00:18:18.200 --> 00:18:19.399 align:center
Tak.

00:18:20.120 --> 00:18:23.560 align:center
Dia cuma cakap untuk lupakan ibu.

00:18:27.639 --> 00:18:29.399 align:center
Lepas itu,

00:18:29.480 --> 00:18:32.639 align:center
Saya cuba buat
semua benda yang ayah saya suruh.

00:18:34.000 --> 00:18:35.520 align:center
Dan saya senyap-senyap berharap,

00:18:37.040 --> 00:18:38.639 align:center
sebab saya tak ada ibu,

00:18:39.320 --> 00:18:41.240 align:center
saya ingatkan ayah akan berusaha

00:18:41.760 --> 00:18:44.240 align:center
untuk memenuhi apa yang saya hilang.

00:18:48.040 --> 00:18:49.280 align:center
Tapi tak.

00:18:51.600 --> 00:18:54.760 align:center
Keadaan cuma jadi lebih tertekan.

00:18:56.919 --> 00:18:59.280 align:center
Dan dia paksa saya buat segala-galanya

00:19:00.200 --> 00:19:01.960 align:center
mengikut cara yang dia nak.

00:19:02.840 --> 00:19:04.040 align:center
Sebab dia fikir

00:19:05.280 --> 00:19:06.720 align:center
saya saja yang tinggal,

00:19:07.440 --> 00:19:09.440 align:center
satu-satunya orang dalam hidup dia.

00:19:23.080 --> 00:19:24.360 align:center
Dan sekarang,

00:19:25.480 --> 00:19:27.879 align:center
saya jadi orang yang awak nampak, Cik Mae.

00:19:30.560 --> 00:19:33.280 align:center
Sentiasa cuba nampak kuat.

00:19:36.560 --> 00:19:38.480 align:center
Walaupun dalam hati saya,

00:19:42.080 --> 00:19:44.480 align:center
saya sangatlah rapuh.

00:20:06.960 --> 00:20:09.399 align:center
Tapi sekarang awak ada dengan saya.

00:20:17.760 --> 00:20:19.080 align:center
Terima kasih.

00:21:41.800 --> 00:21:44.600 align:center
Saya cuma nak tenangkan hati awak,
kurangkan kesedihan awak.

00:23:15.800 --> 00:23:17.360 align:center
Duduk diam, Cik Ai.

00:23:18.399 --> 00:23:20.840 align:center
Biar saya buat awak gembira.

00:25:20.480 --> 00:25:22.080 align:center
Helo, En. Adisorn.

00:25:22.159 --> 00:25:24.240 align:center
Baiklah, bila?

00:25:25.879 --> 00:25:27.000 align:center
Okey.

00:25:28.840 --> 00:25:31.240 align:center
- Ada kerja pentingkah?
- Ya.

00:25:56.159 --> 00:25:58.399 align:center
TOUCH ID ATAU MASUKKAN KOD LALUAN

00:26:07.080 --> 00:26:08.720 align:center
RUMUSAN MESYUARAT TERAKHIR

00:26:15.439 --> 00:26:18.480 align:center
KEPUTUSAN SEBULAT SUARA:
MENGHANTAR BIDAAN 26 BILION BAHT

00:26:29.280 --> 00:26:30.679 align:center
26 BILION BAHT

00:27:53.560 --> 00:27:54.560 align:center
Cantik, bukan?

00:27:57.800 --> 00:27:58.800 align:center
Betul.

00:27:59.320 --> 00:28:00.760 align:center
Tapi awak lebih cantik.

00:28:02.080 --> 00:28:03.639 align:center
Manis betul mulut,

00:28:03.720 --> 00:28:05.560 align:center
jadi maksudnya awak dah tak sedih lagi?

00:28:06.080 --> 00:28:07.679 align:center
Saya rasa lebih baik sekarang.

00:28:07.760 --> 00:28:09.600 align:center
Sebab awak, CIk Mae.

00:28:13.040 --> 00:28:14.639 align:center
Cik Ai, awak pernah terfikir

00:28:15.280 --> 00:28:17.080 align:center
jika

00:28:17.679 --> 00:28:20.320 align:center
kita bukan pesaing,

00:28:21.439 --> 00:28:24.840 align:center
tapi cuma dua orang wanita biasa

00:28:25.960 --> 00:28:28.760 align:center
yang kebetulan berjumpa,
suka satu sama lain,

00:28:29.760 --> 00:28:32.120 align:center
dan mula bercinta. Apa rasanya?

00:28:41.120 --> 00:28:42.919 align:center
Mesti bagus

00:28:44.320 --> 00:28:47.320 align:center
kalau kita tak perlu bersembunyi
setiap kali kita bersama-sama.

00:28:49.679 --> 00:28:50.720 align:center
Dan…

00:28:56.040 --> 00:28:59.040 align:center
tak perlu risau jika di belakang kita,

00:28:59.120 --> 00:29:00.679 align:center
seorang lagi mungkin
sedang merancang sesuatu.

00:29:05.360 --> 00:29:07.520 align:center
Jadi awak mengesyaki saya, Cik Mae?

00:29:12.280 --> 00:29:13.600 align:center
Sedikit, ya.

00:29:13.679 --> 00:29:15.919 align:center
Yalah, sebab kita bersaing.

00:29:23.560 --> 00:29:24.600 align:center
Tapi

00:29:25.879 --> 00:29:28.679 align:center
selepas meluangkan
masa dengan awak, Cik Ai,

00:29:29.439 --> 00:29:32.480 align:center
kita dah lalui kesukaran

00:29:32.560 --> 00:29:34.000 align:center
dan kebahagiaan bersama-sama.

00:29:36.959 --> 00:29:38.520 align:center
Jadi saya pasti,

00:29:39.120 --> 00:29:41.360 align:center
awak takkan melukai saya, Cik Ai.

00:29:43.639 --> 00:29:44.840 align:center
Jadi,

00:29:45.919 --> 00:29:48.199 align:center
tak kira apa yang berlaku mulai sekarang,

00:29:49.919 --> 00:29:52.439 align:center
saya pun takkan lukai awak juga.

00:29:57.360 --> 00:29:58.840 align:center
Selama-lamanya.

00:30:15.679 --> 00:30:17.480 align:center
G

00:30:18.760 --> 00:30:21.639 align:center
- Ya?
- CIk Mae, sesuatu telah berlaku.

00:30:29.159 --> 00:30:32.120 align:center
PERJANJIAN RAHSIA ANTARA
DUA PEWARIS SYARIKAT BILION DOLAR

00:30:32.199 --> 00:30:35.040 align:center
ADAKAH IA PERIBADI ATAU
PAKAT-SULIT DALAM PEMBIDAAN?

00:30:46.879 --> 00:30:48.480 align:center
Hubungi laman berita yang menyiarkannya.

00:30:48.560 --> 00:30:51.439 align:center
Buat apa saja untuk padam semuanya.

00:30:51.520 --> 00:30:53.040 align:center
Bayar saja apa-apa yang mereka minta.

00:30:53.120 --> 00:30:55.280 align:center
Dan untuk orang yang kongsinya,

00:30:55.360 --> 00:30:57.120 align:center
merosakkan nama Superior,

00:30:57.199 --> 00:30:59.360 align:center
hantar orang untuk menggertak mereka.

00:30:59.959 --> 00:31:03.000 align:center
Kalau mereka tak padam,
kita akan saman mereka semua.

00:31:27.600 --> 00:31:29.600 align:center
Awak rasa siapa yang lakukannya, Cik Ai?

00:31:32.159 --> 00:31:33.800 align:center
Saya tak pasti.

00:31:34.520 --> 00:31:36.320 align:center
Sesiapa pun boleh lakukannya.

00:31:36.399 --> 00:31:38.159 align:center
Seseorang yang mendapat
untung daripada ini.

00:31:38.760 --> 00:31:39.720 align:center
Ataupun

00:31:40.240 --> 00:31:42.120 align:center
kita sedang menghalang mereka.

00:31:43.439 --> 00:31:44.879 align:center
Tapi kalau saya kena teka,

00:31:45.560 --> 00:31:46.879 align:center
cuma ada satu saja sebab.

00:31:49.199 --> 00:31:50.639 align:center
Pembidaan itu.

00:31:55.760 --> 00:31:56.879 align:center
Terima kasih

00:31:58.080 --> 00:32:00.159 align:center
sebab buat persediaan yang menyeluruh.

00:32:00.760 --> 00:32:02.480 align:center
Tapi maaf,

00:32:03.560 --> 00:32:05.240 align:center
saya tak nak bekerjasama dengan awak.

00:32:06.439 --> 00:32:08.840 align:center
Tak kiralah betapa saya nak
menang pembidaan ini,

00:32:08.919 --> 00:32:11.399 align:center
saya tak pernah rancang
untuk gunakan helah kotor

00:32:11.480 --> 00:32:12.879 align:center
atau buat apa-apa yang tak jujur.

00:32:14.040 --> 00:32:16.240 align:center
Saya cuma akan bekerja dengan lebih keras

00:32:16.320 --> 00:32:18.639 align:center
atau menang dengan cara lain.

00:32:21.719 --> 00:32:22.959 align:center
Suka hati awaklah.

00:32:24.439 --> 00:32:26.800 align:center
Tapi saya beri amaran,

00:32:26.879 --> 00:32:29.760 align:center
saya bukannya orang yang
membuang masa dengan orang lain

00:32:30.639 --> 00:32:32.320 align:center
tanpa mendapat sesuatu sebagai balasan.

00:32:35.360 --> 00:32:38.520 align:center
Awak kena bertanggungjawab
sebab tak nak tolong saya.

00:32:40.439 --> 00:32:42.000 align:center
BIar saya beritahu awak sesuatu.

00:32:42.600 --> 00:32:44.360 align:center
Kalau saya betul-betul takut
dengan ugutan awak,

00:32:44.439 --> 00:32:46.520 align:center
saya takkan datang ke sini.

00:32:46.600 --> 00:32:48.480 align:center
Awak menolak saya

00:32:48.560 --> 00:32:50.879 align:center
sebab awak ada
perjanjian rahsia dengan Orienna, betul?

00:32:53.840 --> 00:32:56.280 align:center
Awak betul-betul fikir
Aiwarin ikhlas dengan awak?

00:32:57.240 --> 00:32:58.439 align:center
Jelaslah

00:32:58.520 --> 00:33:02.320 align:center
dia cuma mempergunakan
awak yang kurang pengalaman, itu saja.

00:33:04.120 --> 00:33:06.320 align:center
Aiwarin takkan mengalah.

00:33:30.879 --> 00:33:32.639 align:center
Risau saya dah hilang?

00:33:34.159 --> 00:33:36.280 align:center
Saya cuma pergi ambil sesuatu dari kereta.

00:33:36.360 --> 00:33:37.919 align:center
Saya akan datang balik.

00:33:51.520 --> 00:33:52.639 align:center
Rachen?

00:34:24.480 --> 00:34:26.440 align:center
- Helo.
- Saya ada tempahan.

00:34:26.520 --> 00:34:28.400 align:center
- Di bawah nama Rachen.
- Silakan ke sini.

00:34:41.480 --> 00:34:42.679 align:center
Di sini, tuan.

00:34:47.319 --> 00:34:49.960 align:center
Bawakan menu. Tetamu En. Direk dah sampai.

00:35:02.640 --> 00:35:03.759 align:center
Helo.

00:35:03.839 --> 00:35:05.480 align:center
- Ya?
- Awak ada tempahan?

00:35:06.880 --> 00:35:08.080 align:center
Kawan saya dah buat tempahan.

00:35:08.160 --> 00:35:09.799 align:center
Saya akan cari meja sendiri, terima kasih.

00:35:10.440 --> 00:35:11.520 align:center
Baik, cik.

00:35:16.839 --> 00:35:18.160 align:center
Maaf sebab buat awak datang jauh-jauh.

00:35:18.240 --> 00:35:20.040 align:center
Saya fikir berjumpa di Bangkok sekarang

00:35:20.120 --> 00:35:21.319 align:center
mungkin menyusahkan.

00:35:21.400 --> 00:35:23.440 align:center
Tak jauh pun, tak apa.

00:35:24.839 --> 00:35:26.440 align:center
Jadi, apa yang
awak nak bincang dengan saya?

00:35:30.720 --> 00:35:32.720 align:center
Saya nak berikan awak kemas kini
tentang perjanjian dengan Superior.

00:35:39.440 --> 00:35:40.480 align:center
Cik Ai.

00:35:46.400 --> 00:35:48.040 align:center
Awak buat apa di sini, Cik Mae?

00:35:48.640 --> 00:35:51.000 align:center
Saya nampak awak bergegas ke kereta

00:35:51.080 --> 00:35:52.680 align:center
jadi saya ikut awak.

00:35:52.759 --> 00:35:54.319 align:center
Apa sebenarnya yang awak rancang nak buat?

00:35:55.400 --> 00:35:57.000 align:center
Orang dalam bilik itu

00:35:57.880 --> 00:35:59.720 align:center
ialah Rachen dan En. Direk.

00:36:01.160 --> 00:36:02.240 align:center
Apa?

00:36:02.839 --> 00:36:04.640 align:center
Saya nampak Rachen di hotel,

00:36:04.720 --> 00:36:06.480 align:center
jadi saya ikut kereta dia.

00:36:06.560 --> 00:36:08.560 align:center
Saya pasti sesuatu sedang berlaku.

00:36:09.360 --> 00:36:12.160 align:center
Rupa-rupanya dia
berjumpa dengan En. Direk.

00:36:13.120 --> 00:36:15.319 align:center
Dan mereka sedang
bincang tentang pembidaan itu.

00:36:16.000 --> 00:36:17.240 align:center
Apa yang patut kita buat?

00:36:17.319 --> 00:36:19.200 align:center
Macam mana kita nak tahu
apa yang mereka bincangkan?

00:36:25.160 --> 00:36:26.960 align:center
Saya tahu ia berisiko,

00:36:28.240 --> 00:36:30.560 align:center
tapi kita kena tahu, Cik Ai.

00:36:38.200 --> 00:36:41.319 align:center
Maaf. Saya perlukan bantuan awak.

00:36:45.799 --> 00:36:48.920 align:center
CIK MAEVIKA

00:36:53.440 --> 00:36:55.839 align:center
CIK AIWARIN

00:37:04.160 --> 00:37:06.440 align:center
Saya akan pastikan
awak dibayar dengan baik.

00:37:06.520 --> 00:37:08.560 align:center
Dan jika ada apa-apa masalah,

00:37:08.640 --> 00:37:10.720 align:center
saya akan bertanggungjawab sepenuhnya.

00:37:11.319 --> 00:37:13.680 align:center
Saya akan tolong awak cari
kerja yang lebih baik juga.

00:37:14.640 --> 00:37:15.799 align:center
Tolonglah saya.

00:37:22.640 --> 00:37:23.759 align:center
Saya cakap jujur.

00:37:24.279 --> 00:37:26.600 align:center
Saya tak rasa
ini ada apa-apa kaitan dengan Aiwarin.

00:37:26.680 --> 00:37:28.440 align:center
Maevika datang jumpa awak sebab

00:37:28.520 --> 00:37:31.200 align:center
mungkin dia tahu
awak takkan menepati janji awak.

00:37:31.799 --> 00:37:33.680 align:center
Akhirnya, apabila dia
berikan awak jumlah itu,

00:37:33.759 --> 00:37:37.400 align:center
awak cuma akan tawarkan jumlah yang
lebih tinggi untuk menang pembidaan itu.

00:37:37.920 --> 00:37:39.960 align:center
Awak takkan berundur
dan biarkan dia menang.

00:37:40.040 --> 00:37:42.319 align:center
Maevika bukannya sepandai itu.

00:37:42.400 --> 00:37:47.040 align:center
Tapi apa-apalah.
Saya dah sediakan rancangan sandaran saya.

00:37:47.759 --> 00:37:48.920 align:center
Rancangan apa?

00:37:49.000 --> 00:37:50.120 align:center
Saya ada awak untuk tolong saya.

00:37:51.640 --> 00:37:52.720 align:center
Tolong awak macam mana?

00:37:52.799 --> 00:37:55.400 align:center
Saya dah sediakan semuanya untuk awak.

00:37:55.480 --> 00:37:57.920 align:center
Kalau saya buat lebih daripada itu,
saya akan membahayakan diri sendiri.

00:37:58.000 --> 00:38:00.480 align:center
Tapi saya dah berikan
awak ganjaran yang besar.

00:38:00.560 --> 00:38:02.359 align:center
Apa yang saya bayar setakat ini serta

00:38:03.080 --> 00:38:06.400 align:center
apa yang saya akan bayar lagi
selepas pembidaan tamat.

00:38:09.160 --> 00:38:10.680 align:center
Jangan lupa, En. Rachen,

00:38:11.359 --> 00:38:13.359 align:center
walaupun jika saya pengerusi projek ini,

00:38:13.960 --> 00:38:15.160 align:center
ia bukan mudah

00:38:15.680 --> 00:38:18.000 align:center
untuk saya masuk campur
dalam semua benda sesuka hati.

00:38:19.680 --> 00:38:21.600 align:center
Tapi mungkin masih ada caranya.

00:38:22.480 --> 00:38:23.440 align:center
Cara apa?

00:38:32.920 --> 00:38:34.000 align:center
Keluar.

00:38:39.960 --> 00:38:41.319 align:center
Pergi!

00:38:41.400 --> 00:38:42.600 align:center
Baik.

00:38:54.000 --> 00:38:56.600 align:center
Jadi awak pergi jumpa Rachen

00:38:57.120 --> 00:38:58.799 align:center
walaupun selepas saya berikan amaran.

00:39:01.920 --> 00:39:05.200 align:center
Saya cuma nak tahu
apa yang dia nak tawarkan.

00:39:07.080 --> 00:39:09.359 align:center
Awak nak menang sangatkah, Cik Mae?

00:39:11.160 --> 00:39:13.799 align:center
Sampai awak sanggup ambil risiko
berurusan dengan orang macam dia?

00:39:15.759 --> 00:39:17.440 align:center
Dan jika sesuatu berlaku,

00:39:18.680 --> 00:39:20.319 align:center
macam mana awak nak lindungi diri sendiri?

00:39:23.359 --> 00:39:24.400 align:center
Ya.

00:39:25.200 --> 00:39:26.759 align:center
Saya nak menang.

00:39:30.359 --> 00:39:31.880 align:center
Sebab itu saja cara

00:39:32.480 --> 00:39:36.200 align:center
untuk buat semua orang
di Superior untuk akhirnya terima saya.

00:39:41.319 --> 00:39:42.600 align:center
Awak tahu tak, Cik Ai…

00:39:45.480 --> 00:39:47.000 align:center
sekarang pun,

00:39:48.920 --> 00:39:50.720 align:center
masih ada ramai lagi orang

00:39:51.920 --> 00:39:53.240 align:center
yang tak percaya

00:39:54.560 --> 00:39:57.600 align:center
bahawa saya boleh memimpin Superior.

00:40:02.240 --> 00:40:03.400 align:center
Lebih-lebih lagi,

00:40:04.080 --> 00:40:05.960 align:center
sekarang mereka tahu ayah saya sakit.

00:40:08.880 --> 00:40:10.880 align:center
Itu buat saya lebih rasa nak menang.

00:40:14.040 --> 00:40:15.839 align:center
Ayah awak

00:40:16.359 --> 00:40:17.440 align:center
sakit?

00:40:19.960 --> 00:40:21.040 align:center
Ya.

00:40:32.640 --> 00:40:33.920 align:center
Sebab itulah

00:40:34.759 --> 00:40:37.960 align:center
pembidaan itu bukannya tentang saya saja.

00:40:39.680 --> 00:40:41.799 align:center
Ia untuk ayah saya juga.

00:40:46.799 --> 00:40:48.720 align:center
Saya nak awak tahu, Cik Ai,

00:40:49.359 --> 00:40:53.240 align:center
yang kita berdua memikul beban

00:40:53.759 --> 00:40:56.720 align:center
dan tekanan daripada jangkaan semua orang.

00:41:02.759 --> 00:41:04.000 align:center
Jadi,

00:41:05.240 --> 00:41:08.000 align:center
kenapa awak tak terima tawaran Rachen

00:41:08.960 --> 00:41:10.640 align:center
dan buat apa yang dia minta?

00:41:11.400 --> 00:41:13.359 align:center
Sebab tawaran dia

00:41:13.880 --> 00:41:16.160 align:center
adalah mengorek rahsia awak, Cik Ai.

00:41:17.200 --> 00:41:18.319 align:center
Tepat sekali.

00:41:20.440 --> 00:41:23.160 align:center
Jika pembidaan itu
penting sangat kepada awak,

00:41:24.200 --> 00:41:26.480 align:center
awak boleh saja terima.

00:41:28.640 --> 00:41:30.319 align:center
Tapi awak tak terima sebab

00:41:31.120 --> 00:41:35.200 align:center
awak tahu muslihat Rachen,
macam apa yang En. Direk cakap.

00:41:39.279 --> 00:41:40.440 align:center
Bukan itu.

00:41:42.600 --> 00:41:44.160 align:center
Sebab sebenar saya tak terima

00:41:45.640 --> 00:41:47.680 align:center
adalah sebab saya tak nak.

00:41:52.759 --> 00:41:54.720 align:center
Saya pernah beritahu awak,

00:41:56.319 --> 00:41:58.160 align:center
tak kira apa yang berlaku,

00:42:00.720 --> 00:42:02.960 align:center
saya takkan lukai awak, Cik Ai.

00:42:26.640 --> 00:42:28.319 align:center
Maafkan saya, Cik Mae.

00:42:31.520 --> 00:42:32.799 align:center
Saya minta maaf sebab

00:42:33.480 --> 00:42:34.839 align:center
tak sedar tentang

00:42:35.440 --> 00:42:37.160 align:center
semua perkara yang awak perlu hadapi.

00:42:41.160 --> 00:42:42.480 align:center
Tak apalah.

00:42:43.880 --> 00:42:45.560 align:center
Awak ada di sini,

00:42:47.480 --> 00:42:50.720 align:center
di sisi saya
dan mendengar, itu pun dah cukup.

00:43:04.359 --> 00:43:05.200 align:center
Jadi,

00:43:06.240 --> 00:43:09.440 align:center
apa yang patut kita buat
dengan rakaman yang kita dapat?

00:43:12.720 --> 00:43:14.359 align:center
Patutkah kita sebarkannya?

00:43:16.000 --> 00:43:17.200 align:center
Belum lagi.

00:43:18.960 --> 00:43:21.080 align:center
Kalau kita lawan orang yang main kotor,

00:43:22.040 --> 00:43:26.040 align:center
itu tak bermaksud
kita kena jadi macam mereka.

00:43:29.120 --> 00:43:31.319 align:center
Mari pilih jalan yang jelas.

00:44:53.640 --> 00:44:55.240 align:center
Jangan risau.

00:44:55.960 --> 00:44:58.000 align:center
Semuanya mesti okey.

00:45:13.600 --> 00:45:15.480 align:center
Awak tahu tentang Mae dan Aiwarin, betul?

00:45:19.440 --> 00:45:21.000 align:center
Kenapa awak tak beritahu saya?

00:45:24.359 --> 00:45:27.120 align:center
Saya minta dia rahsiakannya, ayah.

00:45:28.720 --> 00:45:29.720 align:center
Mae.

00:45:33.279 --> 00:45:34.680 align:center
Apa yang awak fikirkan?

00:45:36.680 --> 00:45:39.480 align:center
Kalau awak bercinta
dengan wanita, ayah tak kisah.

00:45:40.120 --> 00:45:43.080 align:center
Tapi dia pesaing kita, Mae.

00:45:45.000 --> 00:45:46.160 align:center
Saya tahu, ayah.

00:45:47.359 --> 00:45:50.520 align:center
Pada mulanya, saya cuma dekati dia,

00:45:50.600 --> 00:45:54.720 align:center
menjadi rapat hanya untuk mendapatkan
kelebihan dalam pembidaan, itu saja.

00:45:55.480 --> 00:45:56.600 align:center
Tapi sekarang

00:45:58.240 --> 00:46:00.759 align:center
saya betul-betul ada
perasaan terhadap dia, ayah.

00:46:03.839 --> 00:46:05.480 align:center
Perasaan apa?

00:46:12.160 --> 00:46:13.560 align:center
Saya cintakan dia.

00:46:29.080 --> 00:46:30.000 align:center
Mae.

00:46:37.120 --> 00:46:38.240 align:center
Kalau macam itu,

00:46:39.200 --> 00:46:42.400 align:center
awak kena berundur
daripada mengetuai pembidaan ini.

00:46:43.279 --> 00:46:44.720 align:center
Serahkan kepada ayah.

00:46:44.799 --> 00:46:46.359 align:center
Ayah akan uruskannya sendiri.

00:46:47.319 --> 00:46:50.000 align:center
Awak tak nampakkah?
Bersaing dengan orang yang awak cinta,

00:46:50.520 --> 00:46:53.520 align:center
sama ada awak menang
atau kalah, akan melukakan awak.

00:46:53.600 --> 00:46:55.200 align:center
Saya takkan berundur.

00:46:56.480 --> 00:46:58.120 align:center
Tak kira apa, saya tak setuju.

00:46:59.080 --> 00:47:01.720 align:center
Aiwarin dan saya dah bersetuju,

00:47:02.240 --> 00:47:04.440 align:center
tak kira apa yang berlaku
dalam pembidaan itu,

00:47:05.720 --> 00:47:09.120 align:center
kami takkan biarkan
ia menentukan hubungan kami.

00:47:11.279 --> 00:47:12.640 align:center
Awak pastikah

00:47:13.160 --> 00:47:14.600 align:center
yang awak boleh buat macam itu?

00:47:17.440 --> 00:47:19.279 align:center
Saya tak pasti, ayah.

00:47:22.600 --> 00:47:24.080 align:center
Walaupun jika ia melukai saya,

00:47:25.759 --> 00:47:27.000 align:center
sekurang-kurangnya sekarang

00:47:27.520 --> 00:47:29.600 align:center
saya dah lakukannya untuk ayah.

00:47:34.359 --> 00:47:36.080 align:center
Saya janji,

00:47:37.400 --> 00:47:39.520 align:center
saya akan buat ayah bangga.

00:47:47.160 --> 00:47:49.160 align:center
Berikan saya peluang ini, ayah.

00:47:51.920 --> 00:47:53.960 align:center
Biar saya uruskan sampai selesai.

00:48:23.640 --> 00:48:26.279 align:center
Ya, laman asal dah padam hantaran itu.

00:48:26.359 --> 00:48:29.200 align:center
Tapi saya pasti
ahli lembaga masih akan rasa sangsi.

00:48:29.279 --> 00:48:31.279 align:center
Awak patut sediakan jawapan, Cik Ai.

00:48:32.480 --> 00:48:34.879 align:center
Saya betul-betul nak tahu
siapa yang bocorkan cerita itu.

00:48:34.960 --> 00:48:37.240 align:center
- Saya dah tahu.
- Yakah?

00:48:37.319 --> 00:48:39.240 align:center
Apa yang awak akan buat lepas ini?

00:48:39.839 --> 00:48:41.799 align:center
Tak ada apa sangat, cuma

00:48:41.879 --> 00:48:44.400 align:center
terus buat semua perkara dengan betul.

00:48:59.560 --> 00:49:00.799 align:center
Awak dah dapatkan jumlah pembidaan itu?

00:49:03.359 --> 00:49:05.120 align:center
26 BILION BAHT

00:49:08.080 --> 00:49:09.319 align:center
Belum.

00:49:12.080 --> 00:49:15.839 align:center
Kalau ia akan mengambil masa selama ini,
ayah rasa awak patut ubah rancangan awak.

00:49:18.279 --> 00:49:21.359 align:center
Ayah rasa dengan
menjalinkan hubungan dengan wanita itu,

00:49:21.440 --> 00:49:23.520 align:center
awak mengambil risiko yang tak berbaloi.

00:49:23.600 --> 00:49:26.000 align:center
Tak. Berikan saya sedikit masa saja lagi.

00:49:26.080 --> 00:49:27.560 align:center
Sedikit lagi itu banyak mana?

00:49:28.680 --> 00:49:31.560 align:center
Tarikh akhir pembidaan dah dekat.

00:49:32.920 --> 00:49:34.400 align:center
Saya tengah cuba, betul.

00:49:36.600 --> 00:49:38.080 align:center
Seseorang macam awak,

00:49:38.680 --> 00:49:41.520 align:center
kalau betul awak cuba,
awak mesti dah berjaya.

00:49:43.720 --> 00:49:44.960 align:center
Melainkan

00:49:46.359 --> 00:49:48.120 align:center
ada sesuatu yang menghalang awak.

00:49:48.759 --> 00:49:49.879 align:center
Apa dia?

00:49:50.520 --> 00:49:51.640 align:center
Hati awak.

00:49:56.000 --> 00:49:58.120 align:center
Awak bukannya dekati Maevika

00:49:59.480 --> 00:50:01.400 align:center
hanya untuk perniagaan, ya?

00:50:08.480 --> 00:50:09.720 align:center
Awak sukakan dia.

00:50:18.440 --> 00:50:20.359 align:center
Ayah akan berikan awak satu lagi peluang.

00:50:20.440 --> 00:50:22.000 align:center
Kalau awak berjaya,

00:50:23.200 --> 00:50:25.759 align:center
ayah akan berikan awak
apa-apa saja yang awak minta.

00:50:28.399 --> 00:50:30.000 align:center
Tapi kalau awak gagal,

00:50:32.359 --> 00:50:34.200 align:center
awak takkan dapat
apa-apa daripada ayah lagi.

00:50:50.120 --> 00:50:51.960 align:center
ESOK SEMASA MESYUARAT,
SAYA NAK AWAK, CIK MAE,

00:50:52.040 --> 00:50:53.799 align:center
JELASKAN SEMUA BENDA YANG DAH BERLAKU.

00:50:53.879 --> 00:50:55.440 align:center
YA, SEBAB ORANG RAMAI TERTANYA-TANYA.

00:50:55.520 --> 00:50:57.640 align:center
SAMA ADA AWAK MASIH LAYAK
UNTUK MEMIMPIN KUMPULAN SUPERIOR.

00:51:33.879 --> 00:51:36.839 align:center
PERANTI

00:52:12.120 --> 00:52:13.480 align:center
Kalau awak semua ingat,

00:52:13.560 --> 00:52:16.200 align:center
semasa sidang media The Greater,

00:52:16.279 --> 00:52:18.000 align:center
saya beritahu pihak media

00:52:18.080 --> 00:52:20.759 align:center
yang Aiwarin dan saya
kenal satu sama lain sejak zaman sekolah.

00:52:21.839 --> 00:52:24.160 align:center
Jadi berjumpa semula kali ini,

00:52:24.240 --> 00:52:26.040 align:center
walaupun sebagai pesaing,

00:52:26.120 --> 00:52:29.200 align:center
tak bermaksud saya kena
anggap dia sebagai seorang musuh.

00:52:29.279 --> 00:52:31.440 align:center
Sebab selepas pembidaan ini tamat,

00:52:31.520 --> 00:52:33.160 align:center
Orienna dan Superior

00:52:33.240 --> 00:52:36.319 align:center
mungkin masih akan bekerjasama
dalam projek lain pada masa depan.

00:52:36.399 --> 00:52:41.279 align:center
Jadi mengekalkan hubungan dan persahabatan

00:52:41.359 --> 00:52:43.240 align:center
bukannya sesuatu yang tak bagus.

00:52:43.319 --> 00:52:45.560 align:center
Tapi bukankah ini tak kena pada masanya?

00:52:45.640 --> 00:52:47.240 align:center
Kenapa tak tunggu sampai pembidaan tamat?

00:52:47.319 --> 00:52:50.680 align:center
Persahabatan kena ikut masa?

00:52:50.759 --> 00:52:52.680 align:center
Awak tak rasakah, Cik Mae,

00:52:52.759 --> 00:52:55.520 align:center
yang pihak media atau The Greater juga,

00:52:55.600 --> 00:52:57.960 align:center
mungkin tak faham niat awak?

00:52:58.040 --> 00:53:03.120 align:center
Mereka mungkin andaikan awak dan
Aiwarin ada pakat-sulit dalam pembidaan.

00:53:03.200 --> 00:53:06.080 align:center
Tuduhan itu agak ekstrem, bukan?

00:53:06.160 --> 00:53:08.759 align:center
Jika ada orang nak
tuduh kami ada pakat-sulit,

00:53:08.839 --> 00:53:11.319 align:center
mereka patut ada bukti yang kukuh.

00:53:11.399 --> 00:53:13.000 align:center
Bukannya gambar saja.

00:53:13.080 --> 00:53:15.319 align:center
Jika satu gambar

00:53:15.399 --> 00:53:17.920 align:center
cukup untuk jelaskan
semua perkara sebagai fakta,

00:53:18.560 --> 00:53:20.319 align:center
susahlah nak hidup di dunia ini.

00:53:28.120 --> 00:53:29.040 align:center
Saya rasa

00:53:29.120 --> 00:53:32.399 align:center
semua orang tak patut
risau sangat tentang ini.

00:53:32.480 --> 00:53:36.359 align:center
Selagi tiada kenyataan rasmi
daripada The Greater

00:53:36.440 --> 00:53:38.560 align:center
tentang sama ada Orienna atau Superior

00:53:38.640 --> 00:53:40.319 align:center
tersingkir daripada persaingan ini,

00:53:40.920 --> 00:53:43.720 align:center
maksudnya kita masih okey.

00:53:45.319 --> 00:53:47.200 align:center
Dan siapa tahu,

00:53:47.279 --> 00:53:50.920 align:center
mungkin The Greater
tak kisah pun pasal khabar angin ini.

00:53:51.000 --> 00:53:52.879 align:center
Mereka mungkin melihatnya

00:53:52.960 --> 00:53:56.080 align:center
sebagai satu lagi taktik
daripada pembida lain

00:53:56.160 --> 00:53:58.520 align:center
yang cuba memburukkan nama kita.

00:53:58.600 --> 00:54:01.879 align:center
Sebab helah macam ini dah lama

00:54:01.960 --> 00:54:04.120 align:center
digunakan dalam peperangan membida.

00:54:06.520 --> 00:54:08.560 align:center
Pembida lain yang awak sebutkan ini,

00:54:09.160 --> 00:54:10.560 align:center
awak rasa siapa?

00:54:11.920 --> 00:54:14.799 align:center
Mungkinkah mereka Superior sendiri?

00:54:15.600 --> 00:54:17.160 align:center
Kenapa pula mereka nak buat macam itu?

00:54:17.240 --> 00:54:19.040 align:center
Mereka pun akan terjejas.

00:54:19.120 --> 00:54:22.000 align:center
Betul, tapi kita yang kena lebih teruk.

00:54:22.520 --> 00:54:24.879 align:center
Sebab kita lebih lama dalam industri ini,

00:54:24.960 --> 00:54:28.560 align:center
mereka boleh putar belit cerita kata
kita tipu mereka untuk buat pakat-sulit.

00:54:29.359 --> 00:54:30.560 align:center
Mustahil.

00:54:31.160 --> 00:54:32.839 align:center
Maevika bukan macam itu.

00:54:37.680 --> 00:54:38.839 align:center
Mesyuarat bersurai.

00:54:55.560 --> 00:54:56.560 align:center
Cik Ai…

00:54:59.120 --> 00:55:00.879 align:center
ada apa-apa yang saya patut tahu?

00:55:12.799 --> 00:55:13.759 align:center
Masuk.

00:55:25.799 --> 00:55:28.279 align:center
Saya mula fikir bos awak

00:55:28.359 --> 00:55:30.080 align:center
tak dapat lakukannya

00:55:30.759 --> 00:55:32.279 align:center
macam apa yang dia janjikan.

00:55:34.240 --> 00:55:35.759 align:center
Saya nak lihat
sejauh mana awak sayangkan dia.

00:55:36.279 --> 00:55:38.520 align:center
Jadi mungkin
awak boleh lakukannya untuk dia.

00:55:40.600 --> 00:55:43.399 align:center
Apa maksud tuan?

00:55:52.160 --> 00:55:54.359 align:center
Saya nak awak tolong Aiwarin

00:55:55.240 --> 00:55:57.640 align:center
dapatkan jumlah pembidaan
daripada Superior.

00:56:00.480 --> 00:56:01.759 align:center
Sebab awak sendiri

00:56:02.879 --> 00:56:04.759 align:center
rapat

00:56:05.279 --> 00:56:07.560 align:center
dengan pembantu Maevika, betul?

00:56:13.480 --> 00:56:15.560 align:center
Tuan tahu pasal itu?

00:56:16.160 --> 00:56:17.359 align:center
Orang macam saya,

00:56:17.440 --> 00:56:20.799 align:center
kalau saya nak tahu
tentang sesuatu, saya akan tahu.

00:56:28.759 --> 00:56:29.799 align:center
Dan jika…

00:56:31.040 --> 00:56:32.920 align:center
saya tak boleh lakukannya?

00:56:33.520 --> 00:56:35.279 align:center
Awak tak nak saya buat benda

00:56:35.879 --> 00:56:37.520 align:center
yang awak tak suka, betul?

00:56:58.279 --> 00:57:01.960 align:center
Jadi sebenarnya,
awak dah tahu jumlah pembidaan Superior,

00:57:02.040 --> 00:57:04.480 align:center
tapi awak beritahu dia awak tak tahu?

00:57:07.680 --> 00:57:09.040 align:center
Saya tak boleh lakukannya.

00:57:11.680 --> 00:57:13.080 align:center
Saya cintakan dia.

00:58:00.000 --> 00:58:01.040 align:center
Hei.

00:58:02.240 --> 00:58:03.600 align:center
Mari, bangun betul-betul.

01:00:27.839 --> 01:00:28.919 align:center
Hei.

01:00:32.680 --> 01:00:33.720 align:center
Hei.

01:00:34.240 --> 01:00:36.080 align:center
Apa yang awak buat?

01:00:53.560 --> 01:00:54.680 align:center
Bertenang.

01:01:00.799 --> 01:01:02.160 align:center
Bertenang.

01:01:02.240 --> 01:01:03.480 align:center
Tak apa.

01:01:06.000 --> 01:01:06.919 align:center
Tak apa.

01:01:12.240 --> 01:01:14.680 align:center
Saya dipaksa melukai Cik Ai…

01:01:18.040 --> 01:01:19.399 align:center
dan awak.

01:01:21.839 --> 01:01:23.640 align:center
Tapi saya tak boleh lakukannya.

01:01:26.000 --> 01:01:27.359 align:center
Saya ingatkan

01:01:28.200 --> 01:01:30.680 align:center
inilah jalan keluar yang terbaik.

01:01:37.080 --> 01:01:38.960 align:center
Tak apa. Bertenang.

01:01:39.839 --> 01:01:41.279 align:center
Dalam situasi macam ini,

01:01:42.200 --> 01:01:44.240 align:center
kita patut lebih bergantung
kepada satu sama lain.

01:01:45.319 --> 01:01:46.319 align:center
Okey?

01:01:50.960 --> 01:01:51.960 align:center
Okey?

01:03:28.839 --> 01:03:31.799 align:center
Saya tak tahu maklumat apa
yang awak dapat tentang Orienna.

01:03:31.879 --> 01:03:35.680 align:center
Tapi saya pun dapat
maklumat penting daripada Superior.

01:03:35.759 --> 01:03:37.160 align:center
Jadi saya rasa masanya dah tiba.

01:03:37.240 --> 01:03:40.799 align:center
Mulai sekarang, kita cuma pesaing.

01:03:40.879 --> 01:03:43.040 align:center
- Apa yang awak nak?
- Bukti.

01:03:43.120 --> 01:03:44.040 align:center
EPISOD SETERUSNYA

01:03:44.120 --> 01:03:48.279 align:center
Sekarang, semua orang tahu khabar angin
tentang Cik Aiwarin dari Orienna

01:03:48.359 --> 01:03:49.879 align:center
dan Cik Maevika dari Superior.

01:03:49.960 --> 01:03:51.439 align:center
Jika ia benar,

01:03:51.520 --> 01:03:55.520 align:center
kedua-dua Orienna dan Superior sepatutnya
disingkirkan daripada pembidaan.

01:04:57.600 --> 01:04:59.600 align:center
Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris
nya
disingkirkan daripada pembidaan.

