WEBVTT

00:01.000 --> 00:01.880
KISAH YANG DIPAPARKAN MUNGKIN DITOKOK
TAMBAH DAN MEWAKILI SITUASI INDIVIDU.

00:01.960 --> 00:02.880
IA HANYA UNTUK TUJUAN HIBURAN.

00:02.960 --> 00:03.880
TIADA NIAT UNTUK MEMPROMOSIKAN
NILAI-NILAI SEKSUAL TIDAK BERMORAL

00:03.960 --> 00:04.920
ATAU MENGGALAKKAN SIKAP NEGATIF TERHADAP
MANA-MANA GENDER ATAU SEKUMPULAN INDIVIDU.

00:05.000 --> 00:06.560
Ini Cik Aiwarin.

00:06.640 --> 00:10.040
Saya fikir kalau awak nak
berbincang tentang perniagaan,

00:10.120 --> 00:12.080
Cik Ai patut tahu.

00:12.160 --> 00:13.000
Seronok, betul?

00:13.080 --> 00:15.600
Sebab awak tahu awak ada kelebihan.

00:15.680 --> 00:17.840
SEBELUM INI

00:17.919 --> 00:20.439
Tapi saya tak tahu jika
awak dah maafkan saya atau tak.

00:22.439 --> 00:24.119
Kalau tak, tak apa.

00:24.200 --> 00:26.160
Pegang saja tangan saya

00:26.240 --> 00:27.560
dan ikut saya.

00:34.160 --> 00:36.440
Jadi untuk menang bersama-sama,

00:36.519 --> 00:37.760
apa yang patut kita buat?

00:37.839 --> 00:39.239
CIK MAEVIKA PERGI JUMPA RACHEN

00:53.000 --> 00:54.279
Yam tahu

00:54.360 --> 00:56.320
yang Cik Ai sayang sangat Cik Mae.

00:56.400 --> 00:59.199
Tapi ia jelaslah
kita tak boleh percayakan dia.

01:01.839 --> 01:03.400
Sebenarnya,

01:04.360 --> 01:06.679
ia lebih baik kalau
Cik Ai jauhkan diri daripada dia.

01:06.759 --> 01:09.039
Hubungan ini cuma penuh dengan risiko.

01:09.119 --> 01:10.880
Dan kalau sesiapa dapat tahu,

01:11.560 --> 01:12.960
itu lebih bahaya.

01:13.039 --> 01:15.560
Maaf sebab menyibuk
dalam hidup peribadi awak, Cik Ai.

01:15.640 --> 01:17.160
- Tapi ini…
- Saya tahu.

01:19.880 --> 01:21.240
Jangan risau pasal saya.

01:21.880 --> 01:23.479
Saya takkan buat
apa-apa tanpa sebarang rancangan.

01:24.960 --> 01:27.240
Saya dah tetapkan batasan sendiri

01:27.759 --> 01:29.759
tentang sejauh mana
hubungan ini boleh diteruskan.

01:30.839 --> 01:32.520
Jika tiba hari

01:32.600 --> 01:34.600
di mana saya kena
pilih antara Orienna dan dia,

01:35.960 --> 01:37.720
saya masih akan pilih Orienna.

02:14.000 --> 02:15.920
NOVEL OLEH SERENISTA

02:54.920 --> 02:56.840
Macam mana dengan
perjanjian Andromeda itu?

02:58.120 --> 02:58.959
Semuanya dah selesai.

03:00.120 --> 03:02.799
Mereka akan buat perjanjian
dengan kita saja, betul?

03:03.880 --> 03:05.640
Kerana mereka menghormati kita, ya.

03:05.720 --> 03:08.000
Tapi saya tak pernah minta
mereka buat macam itu.

03:09.399 --> 03:10.359
Kenapa?

03:13.359 --> 03:16.079
Awak cakap saja dan mereka akan bersetuju.

03:17.519 --> 03:20.519
Tapi kalau kita tak cakap
apa-apa dan mereka ubah fikiran,

03:21.040 --> 03:22.040
kita yang akan terkesan.

03:25.000 --> 03:26.000
Lupakannya.

03:26.519 --> 03:30.399
Andromeda bukan satu-satunya perjanjian
yang ada dalam pelan pembidaan kita.

03:33.440 --> 03:35.000
Tapi ia penting

03:35.079 --> 03:38.840
sebab ia jenama Thai
yang dunia sedang perhatikan.

03:41.239 --> 03:43.079
Ayah rasa awak sendiri
patut cakap dengan mereka.

03:49.040 --> 03:50.640
Apa perkembangan hal-hal lain?

03:54.920 --> 03:57.040
Semuanya berjalan dengan lancar.

04:00.399 --> 04:01.239
Itu saja?

04:02.760 --> 04:05.239
Itu saja yang pewaris Orienna boleh cakap?

04:05.320 --> 04:07.000
Mengecewakan betul.

04:15.519 --> 04:17.479
Buatlah dengan lebih bersemangat, Aiwarin.

04:18.800 --> 04:20.920
Apa-apa yang tak berkaitan dengan kerja,

04:22.000 --> 04:23.080
lupakan saja.

04:24.920 --> 04:25.880
Jangan fikir

04:25.960 --> 04:28.479
hanya sebab awak anak ayah,
ayah akan biarkan awak buat sesuka hati.

04:30.039 --> 04:31.840
Ayah yang berikan awak jawatan ini.

04:33.240 --> 04:35.200
Ayah boleh hantar awak balik
ke tempat asal awak semudah itu juga.

04:37.680 --> 04:38.919
Saya faham, ayah.

04:40.360 --> 04:41.800
Menjadi anak ayah

04:42.320 --> 04:44.560
bukanlah seglamor yang semua orang fikir.

04:45.479 --> 04:48.400
Atau seglamor yang
ayah cuba buat orang percaya.

04:51.120 --> 04:52.960
Saya akan cuba yang terbaik.

04:55.479 --> 04:56.520
Itu saja.

04:57.520 --> 04:59.039
Saya pergi dulu.

05:21.000 --> 05:23.880
Cik Yolada, awak
tak tergesa-gesa nak balik, betul?

05:25.039 --> 05:26.520
Kalau cakap macam itu,

05:26.599 --> 05:28.280
nampaknya tuan sedang fikirkan sesuatu.

05:32.599 --> 05:35.599
Ada apa-apa yang awak nak
beritahu saya tentang bos awak?

05:40.680 --> 05:42.680
Saya rasa sekarang Aiwarin

05:42.760 --> 05:44.640
tak fokus sangat pada pembidaan itu.

05:44.719 --> 05:46.760
Awak penolong dia yang paling rapat.

05:47.280 --> 05:49.800
Awak patut tahu
apa yang sedang berlaku dengan dia.

05:52.640 --> 05:54.400
Kebelakangan ini Cik Ai nampak tertekan.

05:54.479 --> 05:56.200
Jadi mungkin kadangkala dia tak fokus.

05:56.280 --> 05:58.200
Tapi Cik Ai sangat
berdedikasi kepada tugas dia.

05:58.280 --> 06:03.200
Mungkin ia cuma
tak siap secepat yang tuan nak.

06:05.960 --> 06:08.159
- Yakah?
- Ya.

06:18.479 --> 06:20.400
Sejak awak mula bekerja di Orienna,

06:21.320 --> 06:23.520
awak dah balik pergi jumpa keluarga awak?

06:27.599 --> 06:29.400
- Mak…
- Mari. Mak suruh awak datang sini.

06:29.479 --> 06:30.320
Pergi.

06:30.400 --> 06:31.719
- Bagi sini duit.
- Saya tak ada duit.

06:31.799 --> 06:33.599
- Jangan, mak.
- Mak cakap lepaskan!

06:34.560 --> 06:36.640
- Mak!
- Mak cakap lepaskan!

06:36.719 --> 06:38.799
- Mak!
- Budak tak guna.

06:39.320 --> 06:42.320
Yam. Mak suruh awak
dapatkan duit untuk mak.

06:42.400 --> 06:44.719
Apa? Kalau awak tak boleh bagi mak duit,

06:44.799 --> 06:46.159
tak payah jadi anak mak.

06:46.240 --> 06:47.680
Dan jangan panggil mak ibu awak.

06:47.760 --> 06:52.000
Kalau awak tak boleh dapatkan duit,
jadilah pelacur, jual diri sendiri.

06:52.080 --> 06:53.680
Berhenti, ayah!

06:53.760 --> 06:55.320
- Ayah!
- Lepaskan saya!

06:57.799 --> 06:59.560
- Ayah!
- Mana duitnya?!

06:59.640 --> 07:01.000
- Saya tak ada duit.
- Mana duit ayah?!

07:01.520 --> 07:03.240
- Ayah, saya merayu.
- Bagi ayah duit!

07:03.840 --> 07:04.680
Ayah!

07:04.760 --> 07:07.320
Bagi duitlah, sial!

07:11.359 --> 07:13.039
Tak jawab maksudnya
awak tak pergi jumpa mereka.

07:14.239 --> 07:16.359
Sekarang, mereka mesti
rindukan awak sangat.

07:17.320 --> 07:19.440
Mereka mesti tertanya
awak hidup macam mana.

07:20.400 --> 07:21.799
Betapa bahagianya awak.

07:23.919 --> 07:25.760
Atau patutkah
saya beritahu mereka sendiri?

07:27.159 --> 07:28.159
Tuan.

07:31.840 --> 07:33.440
Hari ini saya buat tak tahu.

07:35.200 --> 07:37.000
Saya percaya saja
kata-kata awak buat masa sekarang,

07:38.000 --> 07:40.799
untuk kesetiaan awak kepada Aiwarin.

07:43.560 --> 07:46.719
Tapi mulai sekarang,
bila saya tanya, fikir baik-baik.

07:48.760 --> 07:50.520
Adakah awak akan terus
menyembunyikan kebenaran

07:51.239 --> 07:52.239
untuk melindungi Aiwarin,

07:55.560 --> 07:57.520
atau adakah awak akan
beritahu perkara sebenar

07:58.799 --> 07:59.960
untuk melindungi diri sendiri?

08:31.919 --> 08:33.120
Awak okey?

08:35.600 --> 08:37.280
Mari, jom bawa awak ke hospital.

08:39.919 --> 08:40.840
Saya tak nak pergi.

08:41.760 --> 08:44.120
Jangan risau pasal bil perubatan.

08:44.199 --> 08:45.240
Saya akan uruskan semuanya.

08:48.600 --> 08:49.959
Tak, bukan itu.

08:50.040 --> 08:52.680
Saya cuma fikir
kalau saya pergi ke hospital,

08:55.520 --> 08:57.480
mereka mesti akan datang cari saya.

08:58.280 --> 09:00.040
Saya dah buat keputusan
untuk larikan diri.

09:00.120 --> 09:02.760
Jadi saya kena lari jauh-jauh,
di mana tiada siapa boleh cari saya.

09:03.439 --> 09:04.280
Tunggu, jangan pergi lagi.

09:05.840 --> 09:07.199
Apa kata awak pergi
ke Bangkok dengan saya?

09:08.600 --> 09:11.240
Di sana, saya boleh jaga awak.

09:12.280 --> 09:13.839
Saya takkan benarkan
sesiapa sakiti awak lagi.

09:19.319 --> 09:20.160
Tuan.

09:21.839 --> 09:23.800
Tolong benarkan saya turun di sini.

09:38.040 --> 09:39.240
Terima kasih.

10:23.199 --> 10:24.280
Ada apa?

10:24.360 --> 10:25.600
Awak dah habis kerja?

10:27.800 --> 10:29.439
Kalau awak tak ada rancangan lepas ini,

10:30.439 --> 10:32.520
jom minum dengan saya.

10:36.120 --> 10:37.199
Di mana?

10:53.280 --> 10:54.319
Hei.

10:55.920 --> 10:57.520
Awak okey?

10:57.600 --> 10:58.640
Ini dia.

11:03.560 --> 11:05.640
Cukuplah, awak dah mabuk.

11:06.520 --> 11:08.520
Tak. Belum cukup lagi.

11:11.000 --> 11:13.120
Apa, awak nak minum sampai mampus?

11:16.120 --> 11:19.079
Kalau minum arak
boleh bunuh saya, baguslah.

11:49.280 --> 11:50.360
Hei.

11:51.719 --> 11:53.000
Duduklah betul-betul.

12:04.319 --> 12:06.160
Masa untuk balik. Bangun.

12:12.319 --> 12:13.240
Mari.

12:27.120 --> 12:28.040
Wah!

12:30.839 --> 12:31.880
Jom bawa awak ke bilik awak.

13:13.599 --> 13:14.680
Hei.

13:16.719 --> 13:18.000
Hei.

13:22.120 --> 13:23.319
Biar saya lap awak sikit.

14:11.520 --> 14:13.599
KUMPULAN ORIENNA BERHAD
SENARAI RAKAN KONGSI

14:18.560 --> 14:20.000
KUMPULAN ORIENNA BERHAD
RANCANGAN PEMBANGUNAN

14:24.839 --> 14:27.000
KENYATAAN KEWANGAN INTERIM RINGKAS
DAN LAPORAN ULASAN JURUAUDIT PERSENDIRIAN

14:50.319 --> 14:51.439
Hei.

14:52.160 --> 14:53.199
Awak rasa macam mana?

14:57.760 --> 14:59.079
Nak saya tolong lap awak?

15:01.719 --> 15:02.959
Tak, tak apa.

15:04.079 --> 15:05.760
Terima kasih.

15:07.240 --> 15:08.800
Sebab jaga saya.

15:11.000 --> 15:12.280
Tak perlu minta maaf.

15:13.560 --> 15:15.680
Awak pun pernah jaga saya.

15:19.760 --> 15:21.000
Awak tahu,

15:23.160 --> 15:24.719
sejak saya dilahirkan,

15:25.680 --> 15:27.520
selain daripada Cik Ai,

15:28.560 --> 15:29.839
awak saja

15:30.360 --> 15:32.240
yang pernah buat macam ini untuk saya.

15:35.479 --> 15:37.160
Cik Ai,

15:37.240 --> 15:38.959
dia seorang bos yang baik, ya?

15:44.319 --> 15:46.120
Bukan saja bos yang baik,

15:47.360 --> 15:49.120
Cik Ai macam

15:50.599 --> 15:52.680
cahaya dalam hidup saya.

15:54.520 --> 15:56.000
Tanpa dia,

15:57.319 --> 15:58.240
sekarang,

15:58.839 --> 16:01.400
saya mesti takkan dapat
teruskan hidup di sini.

16:04.719 --> 16:08.520
Kalau saya kena mati untuk melindungi dia,

16:09.760 --> 16:11.359
saya sanggup lakukannya.

17:05.839 --> 17:07.119
Biar saya lap awak sikit.

17:47.639 --> 17:49.440
PADAM DARIPADA SIMPANAN

17:53.919 --> 17:55.600
PADAM

18:26.240 --> 18:28.480
Bukankah awak cakap
awak nak tolong lap badan saya?

18:29.320 --> 18:31.800
- Cik.
- Kita berdua perempuan.

18:31.879 --> 18:33.399
Ini bukannya masalah besar.

20:40.280 --> 20:41.800
AUDIO PINTAR

20:56.440 --> 20:57.679
Belum tidur lagi?

20:58.440 --> 20:59.800
Kenapa awak tak jawab telefon?

21:00.720 --> 21:01.960
CIK MAE

21:14.800 --> 21:16.879
Buatlah dengan lebih bersemangat, Aiwarin.

21:16.960 --> 21:18.960
Apa-apa yang tak berkaitan dengan kerja,

21:19.040 --> 21:20.360
lupakan saja.

21:21.120 --> 21:22.159
Sebenarnya,

21:22.240 --> 21:24.639
ia lebih baik kalau
Cik Ai jauhkan diri daripada dia.

21:24.720 --> 21:27.000
Hubungan ini cuma penuh dengan risiko.

21:27.080 --> 21:29.040
Dan kalau sesiapa dapat tahu,

21:29.120 --> 21:30.560
itu lebih bahaya.

22:12.800 --> 22:13.760
Alamak…

22:25.040 --> 22:26.159
Awak nak pergi ke mana?

22:28.399 --> 22:29.960
Saya nak mandi dan bersiap.

22:30.040 --> 22:31.960
Dah tiba masa untuk bekerja.

22:32.040 --> 22:34.240
Awak tak boleh ambil cuti hari ini?

22:36.919 --> 22:37.800
Tak, tak boleh.

22:37.879 --> 22:40.320
Cik Ai kena uruskan macam-macam sekarang.

22:40.399 --> 22:43.520
Saya patut berada
di sisi dia dan tolong dia.

22:44.040 --> 22:45.720
Samalah dengan awak.

22:46.480 --> 22:48.520
Mungkin Cik Maevika pun perlukan awak.

22:51.000 --> 22:52.040
Hei.

22:52.879 --> 22:54.520
Apa yang awak cuba cakapkan sebenarnya?

22:56.560 --> 22:58.040
Awak tahu

22:58.560 --> 23:01.240
yang bos kita sedang bercinta?

23:02.159 --> 23:03.120
Saya tahu.

23:03.200 --> 23:05.639
Dan tak kira apa yang
berlaku antara mereka,

23:06.159 --> 23:07.439
akhirnya,

23:08.200 --> 23:11.120
hubungan mereka takkan berkekalan.

23:11.879 --> 23:13.159
Kemudian…

23:18.480 --> 23:20.040
Ia akan jadi macam kita.

23:21.679 --> 23:23.800
Awak tak patut
libatkan diri dengan saya lagi.

23:26.240 --> 23:27.200
Awak…

23:27.280 --> 23:29.200
Apa yang tak kena dengan awak?

23:29.280 --> 23:31.520
Malam tadi awak berlagak
macam awak inginkan saya.

23:32.120 --> 23:33.520
Awak yang panggil saya untuk datang.

23:33.600 --> 23:37.080
Dan sekarang awak suruh saya jauhkan diri?

23:38.879 --> 23:40.399
Awak sebenarnya manusia apa?

23:47.200 --> 23:48.200
Awak

23:49.159 --> 23:50.600
tak patut berpegang sangat pada itu.

23:51.280 --> 23:53.040
Apa yang berlaku antara kita

23:53.879 --> 23:55.600
cuma satu kesilapan.

23:55.679 --> 23:59.080
Kalau awak buat keputusan untuk
lupakannya, lambat-laun awak akan lupa.

24:31.200 --> 24:32.600
AWAK TIDURKAH, CIK AI?

24:52.879 --> 24:56.080
Maaf, ada banyak perkara
yang bermain di fikiran saya.

25:00.639 --> 25:02.560
CIK AI

25:07.200 --> 25:08.480
Apa yang awak fikirkan?

25:10.399 --> 25:11.360
Awak.

25:14.000 --> 25:17.520
Boleh awak jumpa saya
malam ini di Bar Anthea?

25:19.520 --> 25:21.399
Mesyuarat dah bersedia, Cik Ai.

25:22.399 --> 25:23.360
Baiklah.

25:24.560 --> 25:26.040
Jumpa awak malam ini.

25:26.560 --> 25:27.760
Okey.

25:38.399 --> 25:41.439
Rancangan pembentangan kita sekarang

25:41.520 --> 25:43.199
lebih daripada 80% lengkap.

25:44.720 --> 25:46.800
Tentang rakan kongsi
yang kita dah sediakan pula,

25:46.879 --> 25:48.320
kebanyakan daripada mereka dah bersetuju.

25:49.439 --> 25:50.720
Yang tinggal hanyalah

25:51.240 --> 25:53.760
jumlah keuntungan yang
kita perlu pertimbangkan dengan teliti.

25:53.840 --> 25:55.760
Awak dah fikirkan sesuatu, Cik Mae?

25:55.840 --> 25:58.240
Jumlah apa yang
kita akan gunakan sebagai asas?

25:58.760 --> 25:59.919
Saya dah tahu.

26:00.000 --> 26:02.000
Saya akan gunakan
jumlah bidaan yang menang

26:02.080 --> 26:04.360
daripada konsesi bebas cukai
lapangan terbang tujuh tahun lepas.

26:05.480 --> 26:08.480
Tapi kita akan tambah kadar inflasi.

26:09.240 --> 26:12.760
Kemudian kita patut tetapkan jumlahnya
dua kali ganda daripada tanda aras itu.

26:12.840 --> 26:14.720
Bukankah itu terlalu tinggi?

26:15.679 --> 26:16.800
Tepat sekali.

26:16.879 --> 26:18.600
Ia mungkin terlalu berisiko untuk kita.

26:18.679 --> 26:20.280
Kenapa awak yakin sangat, Cik Mae?

26:20.360 --> 26:22.399
Sebab pelanggan bebas cukai
di luar lapangan terbang

26:22.480 --> 26:25.199
tak dihadkan oleh masa
seperti di dalam lapangan terbang.

26:25.800 --> 26:29.720
Jadi mereka ada peluang
yang lebih besar untuk berbelanja.

26:29.800 --> 26:32.320
Lagipun, projek ini

26:32.399 --> 26:36.000
akan mendapat sokongan penuh kerajaan.

26:36.080 --> 26:37.320
Sebab ini inisiatif kerajaan.

26:38.520 --> 26:40.840
Kalau sektor swasta masuk dan gagal,

26:40.919 --> 26:42.120
maksudnya

26:42.199 --> 26:45.800
kestabilan kerajaan akan tergugat juga.

26:48.159 --> 26:49.240
Dan akhir sekali,

26:49.760 --> 26:50.800
saya percaya

26:51.480 --> 26:53.080
pesaing kita pun berfikir
dalam cara yang sama.

26:54.280 --> 26:56.159
Dan mereka akan cuba sebaik mungkin juga.

26:58.960 --> 26:59.960
Kalau macam itu,

27:00.480 --> 27:02.360
jika semua orang setuju dengan saya,

27:02.879 --> 27:04.120
biar saya rumuskannya.

27:04.199 --> 27:07.040
Saya akan gunakan jumlah Roy
sebagai titik panduan kita.

27:07.720 --> 27:09.480
Dan kita akan tambah lagi

27:09.560 --> 27:11.120
mengikut formula yang saya cadangkan.

27:11.919 --> 27:14.600
Maksudnya ia 24 bilion.

27:14.679 --> 27:18.560
Dulu, Roy bida 12 bilion dan menang.

27:18.639 --> 27:20.560
Selepas mengambil kira beberapa perkara,

27:20.639 --> 27:23.399
inilah jumlah yang paling munasabah.

27:24.879 --> 27:26.480
Dan pesaing lain,

27:27.000 --> 27:30.120
adakah mereka juga menggunakan
jumlah Roy sebagai asas mereka?

27:30.199 --> 27:31.240
Besar kemungkinan, ya.

27:31.760 --> 27:34.639
Sebab itulah jumlah
paling nyata yang boleh digunakan.

27:37.679 --> 27:39.800
Jadi itu bermaksud tiada apa menjamin

27:40.480 --> 27:43.080
yang 24 bilion
ialah bidaan yang paling tinggi.

27:45.280 --> 27:47.159
Itu memang dijangkakan.

27:47.240 --> 27:49.840
Akhirnya, ia bergantung
kepada semua peserta.

27:54.360 --> 27:56.320
Jadi kita perlukan pendekatan lain.

27:58.199 --> 27:59.040
Pendekatan apa?

28:01.520 --> 28:02.560
Pergilah fikir.

28:05.360 --> 28:07.159
Tak ada cara lain rasanya,

28:07.760 --> 28:10.800
melainkan seseorang dapatkan
maklumat rahsia daripada pesaing

28:11.320 --> 28:12.960
tentang berapa jumlah bidaan mereka.

28:13.040 --> 28:14.480
Lepas itu kita bida
lebih tinggi saja daripada mereka.

28:18.960 --> 28:19.800
Baiklah.

28:21.439 --> 28:23.439
Ayah dah cakap,
ayah tak kisah apa caranya.

28:23.520 --> 28:25.080
Satu perkara saja yang ayah kisah,

28:26.199 --> 28:27.280
kita kena menang.

28:30.959 --> 28:32.360
Jadi, secara ringkasnya,

28:32.439 --> 28:34.439
kita patut cuba jalan lain dulu.

28:34.520 --> 28:36.760
Dan jika kita betul-betul tiada pilihan,

28:36.840 --> 28:37.919
kita akan gunakan cara ini.

28:38.560 --> 28:41.120
Mesyuarat hari ini berakhir di sini.

28:41.199 --> 28:42.600
Terima kasih, semua.

29:10.639 --> 29:12.320
Cik Ai, Cik Ai.

29:59.480 --> 30:05.199
KUMPULAN SUPERIOR

31:09.320 --> 31:11.080
Saya tak tahu pula

31:12.000 --> 31:13.679
awak merokok.

31:16.760 --> 31:17.760
Tak selalu.

31:18.800 --> 31:20.199
Kadangkala saja.

31:21.360 --> 31:22.439
Cuma

31:23.320 --> 31:25.159
menunggu awak buat mulut saya bosan.

31:25.240 --> 31:27.159
Bosan, ya?

31:52.520 --> 31:54.240
Sekarang dah tak bosan.

32:34.520 --> 32:35.959
Koktel istimewa

32:36.600 --> 32:37.719
untuk Cik Mae.

32:39.320 --> 32:40.719
Cantiknya warna ini.

32:41.639 --> 32:43.120
Apa namanya?

32:44.439 --> 32:46.000
Cuba minum dan lihat.

32:55.080 --> 32:56.360
Rasanya manis

32:56.879 --> 32:58.320
tapi ada pahit juga.

32:58.919 --> 33:00.760
Ia digelar "Beautiful Trap."

33:01.480 --> 33:02.399
Atau

33:02.919 --> 33:04.480
perangkap yang indah.

33:05.360 --> 33:07.159
Pada mulanya ia nampak manis,

33:07.840 --> 33:09.560
tapi sebenarnya ia pahit.

33:09.639 --> 33:13.600
Satu lagi minuman yang saya suka.

33:14.840 --> 33:17.399
Awak sukakannya walaupun ia pahit?

33:18.480 --> 33:20.000
Walaupun dengan kepahitannya,

33:20.879 --> 33:22.760
kecantikannya

33:23.800 --> 33:25.199
menawan hati kita

33:26.360 --> 33:27.560
sehingga

33:28.560 --> 33:30.679
kita lupa tentang kepahitannya.

33:36.080 --> 33:37.360
Cik Ai,

33:39.399 --> 33:41.919
awak selalu buat
saya terkejut setiap kali kita berjumpa.

33:42.639 --> 33:44.600
Saya tak sabar nak lihat

33:44.679 --> 33:47.280
apa lagi kejutan awak lepas ini.

33:47.959 --> 33:49.360
Jadi janganlah tunggu.

34:07.840 --> 34:08.920
Sebelum ini,

34:09.000 --> 34:12.279
saya bawa awak pergi
menjelajah dunia sebenar.

34:13.319 --> 34:14.360
Kali ini,

34:14.880 --> 34:17.440
saya nak awak hidup dalam mimpi pula.

34:20.239 --> 34:21.960
Ia memang rasa macam mimpi.

34:23.199 --> 34:25.080
Dan ia mimpi yang begitu indah

34:26.319 --> 34:28.080
sampai saya tak nak bangun.

34:30.799 --> 34:32.000
Tepat sekali.

34:32.799 --> 34:34.719
Kalau kita boleh
hentikan saja masa di sini,

34:35.719 --> 34:36.679
mesti bagus.

34:42.639 --> 34:45.440
Apa perkembangan Superior
dengan rancangan membida mereka?

34:45.520 --> 34:47.360
Mereka dah ada jumlah pembidaan?

34:50.639 --> 34:51.839
Ya, betul.

34:52.880 --> 34:54.440
Orienna pula?

34:55.759 --> 34:57.200
Mereka pun dah ada jumlah.

34:58.319 --> 34:59.960
Bagi Superior,

35:00.040 --> 35:01.920
selain daripada Orienna,

35:02.000 --> 35:05.279
ada pembida lain yang kami patut risaukan?

35:09.000 --> 35:10.040
Great & Co.

35:12.120 --> 35:15.400
Kita tahu kita kena
perhatikan syarikat itu dengan teliti.

35:18.480 --> 35:20.880
Nampaknya awak kenal betul
Great & Co., Cik Mae.

35:22.520 --> 35:23.360
Ya,

35:24.440 --> 35:26.920
bukankah awak pernah beri
amaran kepada saya tentang Ranchen?

35:34.520 --> 35:35.560
Selain daripada itu,

35:36.520 --> 35:38.720
tak ada syarikat yang patut dirisaukan.

35:40.279 --> 35:42.319
Chamelo ialah orang baru,

35:43.600 --> 35:45.560
saja-saja libatkan diri dalam
bidang ini untuk meninjau.

35:46.319 --> 35:48.360
Mereka tak ada kekuatan untuk menang.

35:50.279 --> 35:51.920
Untuk Siam Ariana pula,

35:52.000 --> 35:55.160
walaupun mereka pernah
menang konsesi besar sebelum ini,

35:55.240 --> 35:58.160
sistem pengurusan mereka
ketinggalan zaman.

35:58.240 --> 36:01.279
Ada orang boleh gunakan kelemahan itu.

36:03.560 --> 36:05.080
Dan orang yang awak maksudkan itu…

36:06.080 --> 36:07.520
Takkanlah awak maksudkan awak, Cik Ai?

36:10.520 --> 36:11.799
Tak pasti.

36:15.600 --> 36:17.759
Jangan buat macam itu kepada saya, okey?

36:19.400 --> 36:20.720
Apa maksud awak?

36:21.400 --> 36:22.560
Itu…

36:23.600 --> 36:26.720
Menyebarkan khabar angin tentang Superior

36:27.240 --> 36:28.799
untuk menyingkirkan seorang pesaing.

36:29.759 --> 36:31.799
Awak betul-betul fikir, Cik Mae,

36:33.000 --> 36:34.200
orang yang sedang bercinta

36:34.880 --> 36:36.319
akan melukai satu sama lain hanya sebab

36:37.240 --> 36:39.160
mereka nak menang dalam perniagaan?

36:40.080 --> 36:41.520
Manalah tahu.

36:42.600 --> 36:43.839
Sekarang pun,

36:44.520 --> 36:46.120
saya masih percaya

36:46.720 --> 36:49.640
Orienna ialah pesaing
yang paling berbahaya.

36:51.520 --> 36:53.680
Sentiasa mempermainkan hati saya.

36:53.759 --> 36:54.839
Macam mana pula?

36:56.120 --> 36:59.040
Dengan membuat
benda-benda istimewa untuk saya,

37:00.359 --> 37:02.880
sesuatu yang tiada siapa pernah buat.

37:03.920 --> 37:07.640
Sekarang, saya tergila-gilakan awak.

37:10.520 --> 37:12.200
Kalau macam itu,

37:13.160 --> 37:15.839
Superior ialah pesaing yang
paling menakutkan untuk saya.

37:18.160 --> 37:19.880
Sebab pemimpinnya

37:20.400 --> 37:21.799
buat saya tergila-gila

37:23.160 --> 37:24.279
sampai saya asyik terfikir,

37:25.200 --> 37:26.759
kalau kami berjumpa sekali lagi,

37:27.600 --> 37:29.720
apa yang saya boleh lakukan
untuk buat dia kagum lepas ini?

38:02.680 --> 38:03.720
Awak buat apa?

38:04.600 --> 38:06.400
Ini tolong kita lihat
bintang dengan lebih jelas.

38:07.880 --> 38:09.279
Dan buat macam ini.

38:09.359 --> 38:10.960
Wah, awak belajar ini dari mana?

38:11.600 --> 38:12.880
Daripada sekolah saya.

38:52.240 --> 38:53.480
Ayah.

38:53.560 --> 38:55.160
Ayah.

38:55.240 --> 38:56.160
Ayah!

39:02.839 --> 39:04.319
Pembantu rumah!

39:04.400 --> 39:06.759
Sesiapa, panggil ambulans!

39:06.839 --> 39:08.560
Cepat!

39:08.640 --> 39:10.440
Ayah, ayah!

39:10.520 --> 39:12.400
Ayah! Pembantu rumah!

39:12.480 --> 39:14.080
Awak dah telefon?

39:20.720 --> 39:23.279
Cepat.

39:51.799 --> 39:52.680
Cik Maevika,

39:53.880 --> 39:55.560
doktor nak jumpa awak.

40:09.920 --> 40:11.799
Ayah rasa macam mana?

40:11.880 --> 40:13.440
Ayah okey sekarang, sayang.

40:14.400 --> 40:16.160
Ayah buat awak takut, ya?

40:18.279 --> 40:20.759
Pada mulanya ya, saya takut.

40:21.400 --> 40:23.400
Tapi apabila doktor cakap ayah dah bangun,

40:24.000 --> 40:25.880
saya rasa lebih baik.

40:29.160 --> 40:33.319
Doktor, apa sebenarnya
yang berlaku kepada ayah saya?

40:33.400 --> 40:35.720
En. Nuttakorn ada aritmia,

40:35.799 --> 40:38.160
keadaan di mana
jantung berdenyut dengan tidak teratur.

40:38.240 --> 40:42.040
Ini boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor

40:42.120 --> 40:44.440
dan sering berlaku tiba-tiba.

40:44.520 --> 40:47.359
Sesetengah orang juga mungkin
akan pengsan kerana terkejut,

40:47.880 --> 40:50.120
seperti apa yang berlaku
kepada En. Nuttakorn.

40:53.520 --> 40:56.480
Jadi adakah ia sangat berbahaya?

40:57.120 --> 40:59.240
Jika tak dirawat, ya, sangat berbahaya.

41:00.560 --> 41:02.600
Tapi jangan risau.

41:02.680 --> 41:05.200
Kami akan pastikan
En. Nuttakorn dapat jagaan yang terbaik.

41:07.880 --> 41:09.960
Apa yang saya kena buat mulai sekarang?

41:10.600 --> 41:13.480
Elakkan saja perkara-perkara
yang boleh mencetuskan simptom

41:13.560 --> 41:16.560
seperti tekanan atau keresahan.

41:22.000 --> 41:24.759
Baiklah, saya akan pergi dulu.

41:34.160 --> 41:35.359
Mae.

41:35.880 --> 41:37.640
Kenapa awak menangis, sayang?

41:38.720 --> 41:41.560
Bukankah doktor baru kata
ada cara untuk merawatnya?

41:41.640 --> 41:44.040
Tapi saya masih takut, ayah.

41:45.279 --> 41:47.520
Saya takut sesuatu
mungkin akan berlaku kepada ayah.

41:54.400 --> 41:55.960
Tapi ayah tak fikir macam itu.

41:57.279 --> 42:00.359
Apabila tiba masa
untuk mati, kita semua akan mati.

42:01.759 --> 42:04.560
Tapi ayah nak bertahan lebih lama sikit,

42:05.960 --> 42:07.839
cukup lama untuk lihat

42:08.880 --> 42:11.080
awak menang pembidaan itu.

42:12.960 --> 42:14.200
Awak tahu, Mae,

42:14.920 --> 42:18.680
ayah buat awak mengetuai
Superior dalam pembidaan ini

42:20.400 --> 42:23.160
bukan saja sebab ayah nak konsesi itu.

42:24.560 --> 42:26.960
Ayah percaya ia jalan pintas

42:28.720 --> 42:30.839
yang akan buat semua orang dalam syarikat

42:31.920 --> 42:33.799
terima awak.

42:36.400 --> 42:39.200
Awak kena jadi pemimpin Superior

42:40.759 --> 42:43.240
apabila ayah dah tiada.

42:48.520 --> 42:49.600
Mae,

42:51.759 --> 42:53.520
janjilah, sayang.

42:57.000 --> 42:58.759
Janji kepada ayah
yang awak akan lakukannya.

43:08.640 --> 43:09.960
Baik, ayah.

43:17.560 --> 43:18.720
Saya akan lakukannya.

43:26.759 --> 43:29.080
Apa yang patut
saya beritahu Cik Maevika, En. Nuttakorn?

43:29.160 --> 43:31.839
Beritahu saja dia ia sesuatu yang serius.

43:31.920 --> 43:32.920
Buat ia kedengaran lebih teruk
daripada keadaan sebenar.

43:33.000 --> 43:34.319
Tapi…

43:34.400 --> 43:37.640
Doktor, kalau
awak bekerjasama dengan saya,

43:37.720 --> 43:40.120
bangunan hospital baru
yang sedang dirancang itu

43:40.200 --> 43:42.520
akan mendapat sokongan penuh saya.

45:07.240 --> 45:08.839
Awak pasti tentang ini?

45:10.600 --> 45:11.440
Ya.

45:12.080 --> 45:13.520
Saya pasti.

45:15.600 --> 45:16.960
Boleh saya tanya

45:17.799 --> 45:19.720
apa yang buat awak begitu pasti?

45:21.359 --> 45:23.440
Sebab saya tanya diri sendiri,

45:24.920 --> 45:26.440
jika suatu hari nanti,

45:26.520 --> 45:29.560
sesuatu berlaku yang buat kita terpisah,

45:31.279 --> 45:32.440
apa yang saya akan buat?

45:35.359 --> 45:37.600
Dan saya dah tahu jawapannya.

45:38.359 --> 45:39.920
Saya akan lakukan ini.

45:42.120 --> 45:44.560
Satu-satunya perkara
yang kita berdua paling inginkan.

45:46.560 --> 45:48.240
Dan saya akan lakukannya
dengan sepenuh hati,

45:49.560 --> 45:50.799
seolah-olah ia hari yang terakhir.

47:24.560 --> 47:25.680
Awak sukakannya?

47:32.920 --> 47:34.680
Saya kena cakapkah?

47:37.680 --> 47:39.400
Mestilah, saya nak dengar.

47:41.040 --> 47:42.879
Kalau saya cakap saya suka?

47:46.319 --> 47:47.520
Saya akan buat lagi.

47:49.400 --> 47:51.160
Dan kalau saya cakap saya tak suka?

47:53.319 --> 47:54.879
Saya akan terus lakukannya

47:55.920 --> 47:57.560
sampai awak suka.

48:04.080 --> 48:05.520
Jadi apa jawapannya?

48:07.279 --> 48:09.720
Awak nampaknya selalu
selangkah di hadapan saya, Cik Ai.

48:14.080 --> 48:15.279
Taklah.

48:16.799 --> 48:18.879
Sebenarnya, saya yang tak beruntung.

48:20.680 --> 48:22.359
Terutamanya selepas hari ini,

48:23.480 --> 48:26.440
awak buat saya lebih
jatuh hati dengan awak, Mae.

48:27.319 --> 48:28.520
Kalau suatu hari nanti

48:29.680 --> 48:31.200
hari itu betul-betul tiba,

48:32.799 --> 48:34.359
hari yang awak kata itu,

48:36.720 --> 48:38.759
di mana kita tak boleh berjumpa lagi…

48:44.160 --> 48:46.600
Awak tak nak itu berlaku, betul?

48:49.000 --> 48:50.640
Siapa yang nak?

48:51.319 --> 48:53.040
Ia ambil masa yang
lama sangat untuk cari seseorang

48:53.680 --> 48:55.440
yang buat awak betul-betul bahagia…

48:57.600 --> 48:59.879
yang buat hidup awak bermakna.

49:03.160 --> 49:04.920
Itu tak pernah senang.

49:06.640 --> 49:07.640
Tapi

49:08.759 --> 49:10.480
tiada siapa tahu

49:12.080 --> 49:13.879
apa yang akan berlaku esok.

49:16.560 --> 49:18.799
Patutkah kita berjanji?

49:21.319 --> 49:23.960
Bahawa apa saja yang berlaku selepas ini

49:25.400 --> 49:26.359
hanya akan berlaku

49:26.879 --> 49:29.400
sebab kita dah tak cintakan
satu sama lain,

49:30.720 --> 49:32.879
bukan sebab keputusan pembidaan.

49:35.520 --> 49:37.680
Tak kira apa pun keputusan pembidaan itu,

49:39.960 --> 49:42.640
kita takkan biarkan ia menentukan

49:46.120 --> 49:48.040
apa yang berlaku antara kita.

49:49.000 --> 49:50.560
Hanya kita berdua, okey?

49:53.040 --> 49:54.160
Okey?

49:57.759 --> 49:59.120
Saya janji, Mae.

50:29.680 --> 50:32.399
ORIENNA GRAND
ZON VIP

51:07.920 --> 51:09.600
Helo, En. Rachen.

51:11.399 --> 51:13.560
Boleh kita jumpa esok?

51:15.040 --> 51:17.240
Saya nak tahu
perkembangan persediaan awak.

51:23.920 --> 51:25.440
Sebenarnya tak ada apa-apa
yang susah sangat pun.

51:26.600 --> 51:28.319
Semua rancangan Greater itu

51:28.399 --> 51:30.960
cuma satu lakonan.

51:32.240 --> 51:34.160
Saya ada hubungan
dengan beberapa orang dalam.

51:35.160 --> 51:38.839
Saya dapat tahu perkara
yang paling penting ialah jumlah itu.

51:40.200 --> 51:42.720
Dan jika awak dapat tahu
jumlah pembidaan Orienna,

51:43.480 --> 51:45.799
memenangi pembidaan itu tak susah pun.

51:48.920 --> 51:51.200
Tapi ada banyak syarikat
yang sertai pembidaan ini.

51:51.799 --> 51:54.480
Kenapa fokus pada Orienna saja?

51:58.720 --> 52:00.399
Ada perjanjian rahsiakah

52:01.839 --> 52:03.160
antara Superior dan Orienna?

52:12.359 --> 52:15.920
Pembidaan ini mula
menjadi semakin menarik.

52:17.960 --> 52:20.920
Sebab Orienna ialah
syarikat yang paling penting pada saya.

52:22.520 --> 52:25.120
Saya dapat maklumat tentang syarikat lain.

52:25.879 --> 52:27.319
Tiada apa-apa yang terlalu bahaya.

52:28.279 --> 52:29.960
Satu-satunya pemain sebenar
yang tinggal ialah Orienna.

52:31.040 --> 52:32.879
Jadi kalau awak boleh ketahui
jumlah pembidaan mereka,

52:34.279 --> 52:37.080
kita cuma kena berikan jumlah
yang lebih tinggi berbanding mereka.

52:38.640 --> 52:40.839
Memenangi pembidaan ini mesti senang saja.

52:43.000 --> 52:46.040
Awak sebenarnya ada cara
untuk ketahui jumlah pembidaan Orienna?

52:48.319 --> 52:49.160
Tak.

52:50.480 --> 52:52.040
Tapi saya rasa awak ada.

52:54.080 --> 52:55.440
Kenapa awak fikir macam itu?

52:55.520 --> 52:56.799
Sebab awak berdua wanita,

52:57.319 --> 52:59.560
ia sepatutnya lebih mudah
untuk awak dekati dia.

53:01.040 --> 53:02.560
Lagipun,

53:02.640 --> 53:05.359
Aiwarin sangat berminat dengan awak.

53:06.040 --> 53:07.319
Semua orang boleh nampak.

53:11.560 --> 53:12.759
Jadi mari berjanji tentang ini,

53:13.560 --> 53:15.720
awak siasat jumlah pembidaan Orienna

53:15.799 --> 53:17.120
dan saya…

53:17.799 --> 53:19.879
Saya akan uruskan syarikat lain.

53:21.560 --> 53:24.640
Apabila kita dapat tahu
jumlah pembidaan Orienna,

53:24.720 --> 53:27.160
kita akan ubah jumlah kita
untuk mengatasi mereka.

53:28.399 --> 53:30.120
Dan saya akan berundur untuk awak juga

53:31.160 --> 53:33.399
supaya awak boleh menang pembidaan itu.

53:35.680 --> 53:38.879
Sebagai balasan,
saya tak nak apa-apa sangat.

53:39.399 --> 53:42.799
Panggil saja saya untuk tolong uruskan
hal-hal yang awak tak pandai buat.

53:42.879 --> 53:44.720
Dengan itu, kita akan jadi rakan kongsi.

53:45.240 --> 53:46.960
Dan macam mana saya nak pasti

53:47.480 --> 53:49.240
awak takkan tikam belakang saya nanti?

53:50.600 --> 53:52.279
Saya tak tahu.

53:52.359 --> 53:53.440
Tapi sekurang-kurangnya,

53:53.520 --> 53:55.879
saya cukup jujur

53:55.960 --> 53:58.279
untuk beritahu awak apa yang saya nak.

54:00.279 --> 54:02.399
Sementara orang lain

54:02.480 --> 54:04.960
mungkin dekati awak
dengan motif tersembunyi dan

54:06.000 --> 54:09.480
kononnya layan awak dengan sangat baik,
tak seperti pesaing biasa.

54:19.839 --> 54:23.240
PADAM
TIADA GAMBAR ATAU VIDEO

54:29.160 --> 54:30.640
Ayah datang jumpa saya untuk sesuatu?

54:30.720 --> 54:31.759
Malam tadi,

54:34.160 --> 54:35.640
ayah pergi ke hotel untuk jumpa awak.

54:36.920 --> 54:38.799
Ayah nak naik ke bilik awak.

54:40.240 --> 54:43.600
Tapi awak tahu kenapa ayah tak pergi?

54:46.440 --> 54:48.000
Sebab kebetulan ayah ternampak

54:49.040 --> 54:51.000
awak ada tetamu yang sangat penting.

54:55.839 --> 54:57.839
Apa yang sedang berlaku
antara awak dan pewaris Superior?

55:03.279 --> 55:05.120
Ayah tanya, apa yang
sedang berlaku antara awak berdua?

55:34.120 --> 55:35.960
Awak ada masa terluang
untuk beberapa hari akan datang, Cik Mae?

55:36.040 --> 55:38.080
Apa lagi rancangan seronok
yang awak nak saya buat?

55:38.160 --> 55:41.399
EPISOD SETERUSNYA

55:41.480 --> 55:43.120
PERJANJIAN RAHSIA ANTARA
DUA PEWARIS SYARIKAT BILION DOLAR

55:44.600 --> 55:47.520
Ayah rasa dengan
menjalinkan hubungan dengan wanita itu,

55:47.600 --> 55:49.160
awak mengambil risiko yang tak berbaloi.

55:50.240 --> 55:52.319
Sekarang saya betul-betul
menaruh perasaan terhadap dia, ayah.

55:52.399 --> 55:53.359
Perasaan apa?

55:53.440 --> 55:55.160
Saya nak awak tolong Aiwarin

55:55.240 --> 55:57.799
dapatkan jumlah pembidaan Superior.

55:57.879 --> 56:00.560
Saya takkan sesekali melukai awak, Cik Ai.

57:02.120 --> 57:04.120
Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris
Ai.
