WEBVTT

00:00:01.000 --> 00:00:02.000 align:center
KISAH YANG DIPAPARKAN MUNGKIN DITOKOK
TAMBAH DAN MEWAKILI SITUASI INDIVIDU.

00:00:02.080 --> 00:00:02.880 align:center
IA HANYA UNTUK TUJUAN HIBURAN.

00:00:02.960 --> 00:00:03.920 align:center
TIADA NIAT UNTUK MEMPROMOSIKAN
NILAI-NILAI SEKSUAL TIDAK BERMORAL

00:00:04.000 --> 00:00:04.920 align:center
ATAU MENGGALAKKAN SIKAP NEGATIF TERHADAP
MANA-MANA GENDER ATAU SEKUMPULAN INDIVIDU.

00:00:05.560 --> 00:00:08.200 align:center
Tapi kalau suatu hari nanti
ada berita yang pewaris Orienna

00:00:08.280 --> 00:00:11.400 align:center
buat hal dan tak terkawal,
ayah akan halau awak.

00:00:11.479 --> 00:00:12.440 align:center
Awak tak lupa, betul?

00:00:12.520 --> 00:00:16.480 align:center
Ada orang yang tunggu
untuk lihat kita jatuh kerana ini.

00:00:16.560 --> 00:00:18.520 align:center
SEBELUM INI

00:00:18.599 --> 00:00:20.320 align:center
Hati-hatilah dengan lelaki itu.

00:00:20.400 --> 00:00:23.599 align:center
Kita tak tahu apa yang
Rachen akan buat lepas ini.

00:00:26.480 --> 00:00:30.880 align:center
Awak orang pertama yang buat saya rasa
macam saya nak ada hubungan yang serius.

00:00:30.959 --> 00:00:33.519 align:center
Apa kata kita berdua
cuba mulakan hubungan ini?

00:00:33.600 --> 00:00:35.239 align:center
Saya akan jadi teman wanita awak.

00:00:46.440 --> 00:00:49.519 align:center
Cepat balik, tukar baju
dan mandi di rumah saya.

00:00:50.120 --> 00:00:53.320 align:center
Sekarang dah makin sejuk.
Awak boleh kena selesema.

00:01:01.320 --> 00:01:02.400 align:center
Jom.

00:01:04.519 --> 00:01:06.240 align:center
Awak tak takut ayah awak nampak?

00:01:08.119 --> 00:01:09.560 align:center
Tak.

00:01:09.640 --> 00:01:13.039 align:center
Memang orang ayah saya ada di mana-mana.

00:01:13.119 --> 00:01:16.360 align:center
Tapi di sini,
orang saya sendiri lebih ramai.

00:01:20.960 --> 00:01:23.039 align:center
Awak suka guna kekerasan juga, ya?

00:01:24.440 --> 00:01:26.160 align:center
Kadangkala saja.

00:01:26.759 --> 00:01:30.399 align:center
Tapi kadangkala,
saya suka guna cara lembut.

00:01:32.080 --> 00:01:34.960 align:center
Dan apabila saya gunakan cara yang lembut,

00:01:36.920 --> 00:01:38.920 align:center
ia begitu lembut sampai

00:01:39.759 --> 00:01:41.320 align:center
awak tak boleh bayangkannya.

00:01:43.440 --> 00:01:46.479 align:center
Awak tahu, awak selalu bercakap macam ini.

00:01:47.720 --> 00:01:48.559 align:center
Jom.

00:02:54.400 --> 00:02:58.200 align:center
Bukankah awak cakap awak bawa
saya ke sini hanya untuk tukar baju?

00:03:00.160 --> 00:03:03.120 align:center
Kadang-kadang awak macam budak-budak.

00:03:21.480 --> 00:03:22.679 align:center
Tunggu.

00:03:27.120 --> 00:03:28.519 align:center
Tapi kita dah jadi teman wanita sekarang.

00:03:31.000 --> 00:03:33.040 align:center
Itu memang betul. Tapi…

00:03:33.840 --> 00:03:35.160 align:center
ini kali pertama saya.

00:03:37.119 --> 00:03:38.600 align:center
Jadi?

00:03:38.679 --> 00:03:42.280 align:center
Takkan awak ingat saya nak
tunggu sampai kita berkahwin?

00:03:44.040 --> 00:03:45.600 align:center
Tak adalah macam itu.

00:03:46.519 --> 00:03:47.920 align:center
Saya cuma rasa macam…

00:03:50.679 --> 00:03:52.399 align:center
walaupun kita berpasangan,

00:03:53.560 --> 00:03:55.840 align:center
kita belum kenal sangat satu sama lain.

00:03:56.840 --> 00:03:58.359 align:center
Saya rasa

00:03:58.440 --> 00:04:01.359 align:center
kita patut berkenalan lagi.

00:04:04.720 --> 00:04:05.679 align:center
Baiklah.

00:04:06.480 --> 00:04:08.440 align:center
Kalau itu yang awak nak,

00:04:08.519 --> 00:04:09.920 align:center
saya ikut saja.

00:04:11.040 --> 00:04:14.720 align:center
Jadi apa yang patut kita buat?

00:04:18.479 --> 00:04:19.640 align:center
Pergi mandi.

00:04:20.240 --> 00:04:23.080 align:center
Awak ajak saya ke sini untuk mandi.

00:04:24.520 --> 00:04:26.320 align:center
Cepat, jom.

00:04:27.520 --> 00:04:30.719 align:center
Awak pergi dulu.
Saya akan mandi lepas awak selesai.

00:04:33.719 --> 00:04:36.000 align:center
Janganlah tengok saya macam itu.

00:04:36.080 --> 00:04:38.360 align:center
Saya tahu kalau kita mandi sama-sama,

00:04:38.440 --> 00:04:40.039 align:center
ia akan ambil masa yang lama.

00:04:41.240 --> 00:04:42.479 align:center
Kenapa pula?

00:04:43.320 --> 00:04:46.400 align:center
Hei, bila awak nak
berhenti bercakap macam ini?

00:04:47.440 --> 00:04:49.599 align:center
Saya betul-betul tak fikirkan apa-apa.

00:04:49.680 --> 00:04:50.840 align:center
Sumpah.

00:04:52.640 --> 00:04:55.080 align:center
Awak pula? Apa yang awak fikir?

00:04:57.719 --> 00:04:59.240 align:center
Cepatlah pergi mandi.

00:04:59.320 --> 00:05:01.880 align:center
Pergi, cepat. Pergilah.

00:05:23.640 --> 00:05:24.479 align:center
Tunggu, Mae.

00:05:32.560 --> 00:05:33.840 align:center
Ini peranti pepijat.

00:05:33.919 --> 00:05:36.919 align:center
Awak boleh gunakannya apabila perlu.

00:05:38.719 --> 00:05:41.599 align:center
Inilah cara kita akan korek rahsia dia.

00:05:42.560 --> 00:05:44.719 align:center
Cik Mae, fikir tentang
di mana awak boleh letakkannya

00:05:44.800 --> 00:05:46.080 align:center
supaya dia tak perasan.

00:06:36.680 --> 00:06:38.599 align:center
NOVEL OLEH SERENISTA

00:07:14.560 --> 00:07:16.640 align:center
CIK MAEVIKA

00:07:16.719 --> 00:07:17.560 align:center
MENELEFON CIK MAEVIKA

00:07:29.080 --> 00:07:32.159 align:center
Hei. Boleh bagi saya segelas vodka?

00:07:32.239 --> 00:07:33.640 align:center
Buat empat gelas.

00:07:39.320 --> 00:07:41.440 align:center
Berdasarkan situasi sekarang,

00:07:41.520 --> 00:07:44.000 align:center
kita berdua perlukan
dua gelas untuk mengharunginya.

00:07:47.479 --> 00:07:50.359 align:center
Saya tahu awak tak nak dekati saya,

00:07:50.440 --> 00:07:52.239 align:center
tapi kita bukannya musuh.

00:07:54.440 --> 00:07:56.200 align:center
Lebih penting daripada itu,

00:07:56.760 --> 00:07:58.799 align:center
bos-bos kita tak takut pun.

00:07:58.880 --> 00:08:00.200 align:center
Jadi kenapa awak takut?

00:08:02.000 --> 00:08:03.359 align:center
Saya bukannya takut.

00:08:04.080 --> 00:08:07.599 align:center
Apa pun, tiada sebab
untuk kita jadi rapat.

00:08:09.320 --> 00:08:10.719 align:center
Kita tak perlu jadi rapat.

00:08:10.799 --> 00:08:14.640 align:center
Saya cuma fikir, tak bolehkah kita
sekurang-kurangnya jadi kawan baru?

00:08:14.719 --> 00:08:16.080 align:center
Saya bukannya mencari kawan.

00:08:17.120 --> 00:08:18.159 align:center
Yakah?

00:08:18.719 --> 00:08:21.640 align:center
Orang apa yang hidup tanpa kawan?

00:08:25.200 --> 00:08:26.919 align:center
Baiklah.

00:08:27.000 --> 00:08:28.919 align:center
Kita tak perlu berkawan.

00:08:29.000 --> 00:08:30.840 align:center
Kita boleh minum sama-sama saja.

00:08:31.840 --> 00:08:33.000 align:center
Saya belanja.

00:08:35.480 --> 00:08:36.559 align:center
Saya rasa

00:08:37.439 --> 00:08:40.400 align:center
kita sekurang-kurangnya boleh berbual.

00:08:41.240 --> 00:08:44.199 align:center
Sebab kita ada satu persamaan.

00:08:46.040 --> 00:08:47.000 align:center
Apa dia?

00:08:48.040 --> 00:08:51.439 align:center
Kita berdua orang bawahan yang setia.

00:08:51.520 --> 00:08:53.680 align:center
Kita buat apa saja yang bos suruh.

00:08:54.600 --> 00:08:56.400 align:center
Sebab bos kita layan kita dengan baik.

00:08:57.319 --> 00:08:59.240 align:center
Dan kita percayakan mereka.

00:09:05.040 --> 00:09:06.160 align:center
Silakan.

00:09:14.199 --> 00:09:15.360 align:center
Minum.

00:09:50.120 --> 00:09:51.720 align:center
Mari, jom menari.

00:09:53.240 --> 00:09:54.480 align:center
Saya tak menari.

00:09:54.560 --> 00:09:56.400 align:center
Marilah. Jom menari.

00:10:00.600 --> 00:10:01.920 align:center
Jom.

00:10:02.000 --> 00:10:03.520 align:center
Saya cakap tak nak.

00:10:07.319 --> 00:10:08.600 align:center
Okey.

00:10:15.280 --> 00:10:18.160 align:center
Awak nak ikut ke tak? Apa?

00:10:24.199 --> 00:10:26.880 align:center
- Marilah.
- Saya tak nak.

00:10:45.560 --> 00:10:48.439 align:center
Sudah, jom pergi balik ke meja.

00:10:48.520 --> 00:10:49.600 align:center
Marilah.

00:10:50.360 --> 00:10:51.240 align:center
Saya tak nak pergi balik.

00:10:51.839 --> 00:10:53.640 align:center
Awak mabuk. Jom duduk balik.

00:10:54.760 --> 00:10:55.959 align:center
Saya tak mabuk.

00:10:58.680 --> 00:11:00.000 align:center
Awak tak percaya?

00:11:00.079 --> 00:11:01.079 align:center
Tengok?

00:11:19.800 --> 00:11:23.079 align:center
Hei, hei.

00:11:38.280 --> 00:11:41.160 align:center
Cik Mae, awak di mana sekarang?

00:11:44.560 --> 00:11:47.439 align:center
Awak di mana, G?

00:11:48.120 --> 00:11:49.839 align:center
Saya di bar hotel.

00:11:50.439 --> 00:11:51.640 align:center
Kita dah nak balik?

00:11:53.079 --> 00:11:55.040 align:center
Awak balik dulu.

00:11:55.120 --> 00:11:56.360 align:center
Saya akan balik sendiri.

00:11:56.439 --> 00:11:58.280 align:center
Cik Mae.

00:11:59.240 --> 00:12:02.000 align:center
G, percayalah saya.

00:12:02.079 --> 00:12:03.400 align:center
Saya selamat.

00:12:04.240 --> 00:12:05.480 align:center
Itu saja buat masa sekarang.

00:12:10.800 --> 00:12:12.439 align:center
Coklat panas.

00:12:12.520 --> 00:12:14.160 align:center
Ini akan panaskan badan awak.

00:12:15.079 --> 00:12:16.400 align:center
Terima kasih.

00:12:26.839 --> 00:12:28.000 align:center
Jangan risau.

00:12:32.160 --> 00:12:33.920 align:center
Saya tolong kutip.

00:12:39.760 --> 00:12:40.839 align:center
Terima kasih.

00:12:42.240 --> 00:12:43.800 align:center
Tak perlu ucap terima kasih.

00:12:44.920 --> 00:12:46.120 align:center
Saya nak buat.

00:12:48.360 --> 00:12:50.760 align:center
Dan itu cuma benda kecil

00:12:50.839 --> 00:12:54.120 align:center
yang pasangan patut buat
untuk satu sama lain.

00:13:02.800 --> 00:13:03.800 align:center
Mari sini.

00:13:08.880 --> 00:13:12.800 align:center
Saya rasa kita patut tukar
cara kita panggil satu sama lain.

00:13:13.520 --> 00:13:16.079 align:center
Cakap "awak" dan "saya" rasa jauh sangat.

00:13:17.680 --> 00:13:19.120 align:center
Jadi

00:13:19.199 --> 00:13:22.520 align:center
macam mana kalau "sayang" atau "boo-boo"?

00:13:23.400 --> 00:13:25.920 align:center
Saya dengan kawan-kawan saya
panggil pasangan mereka macam itu.

00:13:26.000 --> 00:13:27.160 align:center
Itu agak kelakarlah.

00:13:28.000 --> 00:13:31.719 align:center
Tak naklah. Saya tak boleh
bayangkan panggil awak macam itu.

00:13:38.160 --> 00:13:40.120 align:center
Macam mana kalau Cik Ai dan Cik Mae?

00:13:40.199 --> 00:13:42.280 align:center
Biasanya kita panggil
satu sama lain macam itu.

00:13:43.400 --> 00:13:45.880 align:center
Saya cuma nak buat ia
kedengaran lebih manis.

00:13:46.480 --> 00:13:49.120 align:center
- Macam mana?
- Contohnya…

00:13:50.400 --> 00:13:51.839 align:center
Cik Ai gembira

00:13:52.400 --> 00:13:54.160 align:center
dapat bersama dengan Cik Mae.

00:13:59.439 --> 00:14:00.959 align:center
Jangan gembira sangat, Cik Ai.

00:14:01.040 --> 00:14:06.000 align:center
Mungkin Cik Mae
bukanlah sebaik yang awak sangka.

00:14:06.839 --> 00:14:08.319 align:center
Cik Ai tak suka orang baik.

00:14:09.199 --> 00:14:10.480 align:center
Cik Ai suka Cik Mae.

00:14:11.680 --> 00:14:12.760 align:center
Sahaja.

00:14:17.560 --> 00:14:18.920 align:center
Apa yang kelakar sangat?

00:14:19.560 --> 00:14:22.240 align:center
Saya cuma tak sangka

00:14:22.319 --> 00:14:24.640 align:center
seseorang macam pewaris Orienna

00:14:24.719 --> 00:14:26.640 align:center
akan cakap sesuatu yang manja sangat.

00:14:27.240 --> 00:14:28.199 align:center
Awak buli sayakah?

00:14:31.079 --> 00:14:32.079 align:center
Hati-hati, nanti tumpah.

00:14:35.479 --> 00:14:36.760 align:center
Hei, awak,

00:14:37.439 --> 00:14:39.640 align:center
cepat pergi ambil tisu,
kalau tak nanti tak hilang.

00:14:40.439 --> 00:14:41.719 align:center
Habis tumpah dah.

00:16:54.319 --> 00:16:57.079 align:center
- Helo?
- Awak tinggalkan kunci awak di bar.

00:16:57.160 --> 00:16:59.880 align:center
Awak di mana? Saya hantarkan kepada awak.

00:17:00.719 --> 00:17:02.439 align:center
Saya dah balik rumah.

00:17:02.520 --> 00:17:04.839 align:center
Bagi saja saya apabila kita berjumpa.
Saya tak perlukannya sekarang.

00:17:04.919 --> 00:17:06.760 align:center
Tapi saya nak pulangkan sekarang.

00:17:06.839 --> 00:17:08.599 align:center
Hantar lokasi awak.

00:17:09.760 --> 00:17:10.599 align:center
Tak apa.

00:17:17.720 --> 00:17:20.560 align:center
LOKASI

00:18:05.000 --> 00:18:06.919 align:center
Kenapa awak balik
awal sangat tanpa beritahu saya?

00:18:08.280 --> 00:18:09.560 align:center
Nah.

00:18:13.320 --> 00:18:14.639 align:center
Hei! Hei!

00:18:15.879 --> 00:18:17.200 align:center
Hei.

00:18:17.280 --> 00:18:18.560 align:center
Awak tak apa-apa?

00:18:20.480 --> 00:18:21.520 align:center
Hei.

00:18:32.840 --> 00:18:33.800 align:center
Hei.

00:18:34.800 --> 00:18:35.720 align:center
Hei.

00:18:47.320 --> 00:18:48.480 align:center
Awak berat.

00:19:12.840 --> 00:19:13.919 align:center
Hei.

00:19:15.960 --> 00:19:17.000 align:center
Hei.

00:19:20.639 --> 00:19:21.600 align:center
Hei.

00:19:22.960 --> 00:19:23.960 align:center
Hei.

00:20:11.480 --> 00:20:14.240 align:center
KENA PERGI KERJA
SEKARANG, SELAMAT TINGGAL.

00:21:40.040 --> 00:21:41.200 align:center
Hidupkan kamera awak.

00:21:41.800 --> 00:21:44.480 align:center
- Apa?
- Saya suruh awak hidupkan sekarang.

00:21:44.560 --> 00:21:45.840 align:center
Sebagai teman wanita awak.

00:21:47.439 --> 00:21:50.480 align:center
Baiklah. Tapi kita dah bersetuju, ingat?

00:21:50.560 --> 00:21:52.360 align:center
Awak kena kena cakap
dengan saya baik-baik, Cik Mae.

00:21:52.439 --> 00:21:54.080 align:center
Tolonglah.

00:21:54.159 --> 00:21:55.879 align:center
Kalau tak, saya akan
masuk bilik awak sekarang.

00:21:55.960 --> 00:21:58.840 align:center
Yalah, Cik Mae, garangnya awak.

00:22:04.720 --> 00:22:07.080 align:center
Awak buat apa, Cik Ai?

00:22:07.159 --> 00:22:08.720 align:center
Kenapa awak berpeluh sangat?

00:22:10.000 --> 00:22:12.080 align:center
Awak ingat saya tengah buat apa?

00:22:13.360 --> 00:22:15.960 align:center
Saya tanya awak, jangan tanya saya balik.

00:22:27.480 --> 00:22:28.919 align:center
Awak tengah bersenamkah?

00:22:30.120 --> 00:22:31.760 align:center
Mestilah.

00:22:31.840 --> 00:22:34.879 align:center
Awak ingat saya buat apa?

00:22:38.520 --> 00:22:39.639 align:center
Tiada apa-apa.

00:22:40.760 --> 00:22:41.960 align:center
Kalau macam itu

00:22:42.639 --> 00:22:44.760 align:center
awak boleh teruskan bersenam, Cik Ai.

00:22:45.360 --> 00:22:46.520 align:center
Saya takkan kacau awak.

00:23:05.840 --> 00:23:07.080 align:center
Helo, Cik Ai.

00:23:07.159 --> 00:23:10.919 align:center
Ini mesti penting
kalau awak terus telefon saya.

00:23:11.879 --> 00:23:14.760 align:center
Awak tak rasakah mungkin
kadangkala saya rindu awak saja?

00:23:14.840 --> 00:23:17.399 align:center
Hati-hati mengurat macam itu,
nanti saya mengurat balik.

00:23:17.480 --> 00:23:18.800 align:center
Habislah awak nanti.

00:23:18.879 --> 00:23:23.120 align:center
Berapa ramai gadis yang awak ada
dalam stok? Saya boleh uruskan semuanya.

00:23:23.200 --> 00:23:24.879 align:center
Saya tak ada seorang pun sekarang.

00:23:25.480 --> 00:23:28.000 align:center
Sebab saya baru saja
dapat seorang teman wanita.

00:23:28.080 --> 00:23:32.240 align:center
Yakah? Tahniah.

00:23:34.200 --> 00:23:35.360 align:center
Terima kasih.

00:23:36.280 --> 00:23:38.679 align:center
Baiklah, kita tak boleh berlengah lagi.

00:23:38.760 --> 00:23:40.639 align:center
Saya tahu awak tak banyak masa.

00:23:40.720 --> 00:23:42.800 align:center
Awak mungkin dah tahu

00:23:42.879 --> 00:23:46.040 align:center
Orienna akan sertai pembidaan
untuk The Greater Duty Free, betul?

00:23:46.120 --> 00:23:51.040 align:center
Saya nak jemput awak dan
Andromeda untuk bekerjasama dengan saya.

00:23:51.120 --> 00:23:54.600 align:center
Tapi ada beberapa butiran yang saya rasa

00:23:54.679 --> 00:23:56.360 align:center
kita patut bincang secara berhadapan.

00:23:57.240 --> 00:23:59.919 align:center
Awak ada masa tak untuk makan dengan saya?

00:24:37.639 --> 00:24:40.520 align:center
BANYAK SANGAT NYAMUK

00:24:46.120 --> 00:24:49.480 align:center
Sapulah salap. Kenapa duduk
di situ kalau awak tahu ada nyamuk?

00:24:51.280 --> 00:24:52.120 align:center
MESEJ TELAH DIHANTAR

00:25:07.320 --> 00:25:08.439 align:center
Helo.

00:25:08.520 --> 00:25:11.919 align:center
Sebenarnya saya nak
bawa awak masuk untuk tidur.

00:25:12.000 --> 00:25:15.280 align:center
Tapi awak besar sangat.
Saya tak boleh angkat awak.

00:25:17.480 --> 00:25:19.240 align:center
Jadi awak duduk saja
di situ biar nyamuk gigit?

00:25:20.320 --> 00:25:23.360 align:center
Ya. Tapi tak apa. Nanti saya okeylah.

00:25:23.960 --> 00:25:26.399 align:center
Awak pula? Awak kena gigit?

00:25:26.480 --> 00:25:28.760 align:center
Saya cuba halau nyamuk daripada awak.

00:25:28.840 --> 00:25:32.439 align:center
Lagi satu, kenapa awak
tak beritahu yang awak makan ubat tidur?

00:25:32.520 --> 00:25:34.159 align:center
Saya takkan pergi jumpa awak.

00:25:35.159 --> 00:25:39.240 align:center
Manalah saya tahu ia berkesan secepat itu?

00:25:40.240 --> 00:25:43.240 align:center
Macam ini. Apabila awak minum alkohol,

00:25:43.320 --> 00:25:44.919 align:center
awak tak patut makan ubat tidur.

00:25:45.000 --> 00:25:46.639 align:center
Itu bahaya, tahu.

00:25:46.720 --> 00:25:48.439 align:center
Banyak betul yang awak tahu.

00:25:48.520 --> 00:25:52.040 align:center
Mestilah. Kadang-kadang
saya akan makan ubat tidur kalau tertekan.

00:25:52.120 --> 00:25:55.480 align:center
Nampaknya kita ada banyak persamaan.

00:25:57.840 --> 00:25:59.280 align:center
Kita borak lagi nanti.

00:26:10.639 --> 00:26:14.199 align:center
- Ya?
- G? Datang jumpa saya sekejap.

00:26:14.280 --> 00:26:15.399 align:center
Okey.

00:26:26.439 --> 00:26:28.399 align:center
Selamat pagi, Cik Ai.

00:26:28.480 --> 00:26:30.600 align:center
Awak cakap dengan siapa?
Teman wanita awak?

00:26:31.199 --> 00:26:33.240 align:center
Teman wanita apa? Mana ada.

00:26:34.679 --> 00:26:36.720 align:center
Awak boleh cari
teman wanita, tahu. Saya tak kisah.

00:26:37.320 --> 00:26:41.159 align:center
Sebab saya tahu awak luangkan
semua masa awak menolong saya bekerja

00:26:41.240 --> 00:26:43.399 align:center
dan tak pernah bercinta dengan sesiapa.

00:26:44.000 --> 00:26:47.080 align:center
Wah. Daripada awak cakap macam itu,

00:26:47.760 --> 00:26:49.720 align:center
lebih baik awak bunuh saja saya.

00:26:50.560 --> 00:26:53.639 align:center
Tapi awak bagi galakan macam itu

00:26:53.720 --> 00:26:56.639 align:center
sebab awak pun sibuk bercinta juga, betul?

00:26:58.919 --> 00:27:00.080 align:center
Mana ada.

00:27:00.159 --> 00:27:03.399 align:center
Saya cuma seorang bos
yang prihatin tentang staf dia.

00:27:03.480 --> 00:27:06.320 align:center
Tapi kalau awak nak ada
pasangan, pilih baik-baik.

00:27:06.399 --> 00:27:10.360 align:center
Kalau mereka tak baik atau nak ambil
kesempatan, jangan keluar dengan mereka.

00:27:10.439 --> 00:27:15.040 align:center
Jadi saya boleh luangkan semua
masa saya menolong Cik Ai bekerja lagi?

00:27:15.120 --> 00:27:16.600 align:center
Tepat sekali.

00:27:22.760 --> 00:27:24.720 align:center
Itu saja yang saya dengar.

00:27:24.800 --> 00:27:26.480 align:center
Jadi saya tak pasti

00:27:26.560 --> 00:27:30.360 align:center
macam mana Andromeda akan terlibat
dengan Orienna dalam pembidaan ini.

00:27:32.480 --> 00:27:35.040 align:center
Atau jika Cik Aiwarin rancang
untuk jemput Andromeda

00:27:35.120 --> 00:27:37.280 align:center
membuka kedai utama di The Greater.

00:27:37.879 --> 00:27:40.919 align:center
Sebab sekarang,
Andromeda ialah jenama mewah di Thailand

00:27:41.000 --> 00:27:43.840 align:center
yang paling diminati
pelanggan luar negara.

00:27:44.560 --> 00:27:47.679 align:center
Aiwarin sendiri ialah
duta jenama mereka sekarang.

00:27:47.760 --> 00:27:50.480 align:center
Tambahan, dia nampaknya
rapat dengan pemilik jenama itu.

00:27:50.560 --> 00:27:53.080 align:center
Jadi dia rancang nak gunakan
hubungan itu untuk mendapat kelebihan, ya?

00:27:53.159 --> 00:27:55.480 align:center
Tentulah. Dan saya rasa Cik Aiwarin

00:27:55.560 --> 00:27:58.280 align:center
sedang menghubungi
banyak lagi jenama-jenama besar.

00:27:58.879 --> 00:28:00.840 align:center
Tapi buat masa sekarang,
lupakan saja jenama lain.

00:28:01.439 --> 00:28:04.560 align:center
Kalau awak boleh tarik
Andromeda masuk projek kita, Cik Mae,

00:28:05.159 --> 00:28:07.560 align:center
sementara Cik Ai ialah duta jenama mereka,

00:28:07.639 --> 00:28:10.480 align:center
ia seolah-olah Superior menampar
Orienna depan semua orang.

00:28:12.199 --> 00:28:15.080 align:center
Kedudukan kita dengan
lembaga pun akan meningkat.

00:28:20.040 --> 00:28:21.320 align:center
Kalau macam itu…

00:28:21.840 --> 00:28:24.760 align:center
G, dapatkan
nombor telefon Cik Anne untuk saya.

00:28:26.240 --> 00:28:27.320 align:center
Baiklah.

00:29:20.919 --> 00:29:22.000 align:center
Helo, Anne.

00:29:22.879 --> 00:29:25.439 align:center
Helo. Silakan duduk.

00:29:27.480 --> 00:29:30.760 align:center
Terima kasih banyak, Cik Anne,
sebab berikan saya kesempatan ini.

00:29:30.840 --> 00:29:32.040 align:center
Sama-sama.

00:29:32.879 --> 00:29:34.879 align:center
Saya suka sangat
karya-karya awak, Cik Anne.

00:29:36.240 --> 00:29:37.840 align:center
Saya tahu.

00:29:37.919 --> 00:29:41.199 align:center
Tengok baju yang awak
pakai hari ini pun dah cukup.

00:29:41.280 --> 00:29:44.320 align:center
Tapi baju ini daripada
koleksi terkini jenama saya.

00:29:44.399 --> 00:29:46.280 align:center
Ia baru saja
dikeluarkan beberapa hari lepas.

00:29:57.800 --> 00:30:02.240 align:center
Sebenarnya, saya tak tahu
awak nak bincang tentang apa hari ini.

00:30:02.320 --> 00:30:03.720 align:center
Tapi pertama sekali, saya nak awak

00:30:04.639 --> 00:30:07.800 align:center
jumpa kawan saya.

00:30:10.720 --> 00:30:11.959 align:center
Baiklah.

00:30:20.720 --> 00:30:22.399 align:center
Ini Cik Aiwarin.

00:30:23.240 --> 00:30:26.159 align:center
Saya pasti awak dah kenal dia.

00:30:27.000 --> 00:30:30.120 align:center
Cik Ai ialah duta jenama kami
dan seorang rakan kongsi penting

00:30:30.199 --> 00:30:32.280 align:center
yang membantu kami kembangkan jenama ini.

00:30:33.199 --> 00:30:38.720 align:center
Jadi saya fikir kalau awak nak
berbincang tentang perniagaan,

00:30:38.800 --> 00:30:40.879 align:center
Cik Ai patut tahu.

00:30:42.800 --> 00:30:45.040 align:center
Dia mungkin akan tolong
saya fikir dan buat keputusan.

00:30:50.360 --> 00:30:52.560 align:center
Apa kata kita mulakan perbincangan?

00:30:56.720 --> 00:30:59.040 align:center
Tak apa, Cik Anne.

00:30:59.720 --> 00:31:01.159 align:center
Saya minta diri dulu.

00:31:03.080 --> 00:31:04.159 align:center
Selamat tinggal.

00:31:11.240 --> 00:31:15.439 align:center
Dia datang untuk minta kerjasama kita
tapi tak boleh kawal emosi dia.

00:31:16.080 --> 00:31:17.240 align:center
Dia masih terlalu muda.

00:31:19.120 --> 00:31:21.000 align:center
Jangan menilai dia begitu lagi.

00:31:21.080 --> 00:31:23.199 align:center
Sesiapa pun dalam situasi dia

00:31:24.000 --> 00:31:25.720 align:center
akan jadi tertekan.

00:31:29.399 --> 00:31:30.800 align:center
Saya pergi dulu.

00:31:53.480 --> 00:31:55.840 align:center
- Mae.
- Cik Anne dah tahu

00:31:56.600 --> 00:31:58.159 align:center
tentang apa yang
saya nak bincangkan, betul?

00:31:58.240 --> 00:31:59.800 align:center
Sebab itu dia jemput awak.

00:32:02.679 --> 00:32:05.480 align:center
Dan awak tahu juga, betul,
apa yang saya nak buat?

00:32:05.560 --> 00:32:06.919 align:center
Sebab itu awak datang.

00:32:08.600 --> 00:32:11.240 align:center
Seronok, ya? Sebab awak tahu
awak lebih berkuasa daripada saya.

00:32:12.800 --> 00:32:14.199 align:center
Awak marah sangat.

00:32:14.280 --> 00:32:16.879 align:center
- Saya tak pernah terfikir macam itu.
- Jadi kenapa awak datang?

00:32:17.679 --> 00:32:20.120 align:center
Kalau Cik Anne jemput awak,
awak boleh saja menolak.

00:32:23.520 --> 00:32:26.040 align:center
Atau adakah
satu-satunya sebab awak tak tolak

00:32:26.120 --> 00:32:28.439 align:center
adalah sebab awak tak nak buat dia marah?

00:32:30.639 --> 00:32:31.959 align:center
Mesti awak suka sangat dia, ya?

00:32:35.760 --> 00:32:37.439 align:center
Awak dah terbawa-bawa pula.

00:32:38.320 --> 00:32:39.600 align:center
Apa-apalah.

00:32:39.679 --> 00:32:42.719 align:center
Tapi satu perkara yang pasti,
saya tahu apa yang awak nak.

00:32:45.159 --> 00:32:47.199 align:center
Jadi saya nak berikan awak peluang.

00:32:48.679 --> 00:32:52.399 align:center
Dan sebab saya datang adalah
untuk mendengar cadangan awak.

00:32:53.360 --> 00:32:57.199 align:center
Kalau ia bagus, saya mungkin akan
sokong awak untuk dapatkan perjanjian ini.

00:33:01.280 --> 00:33:04.679 align:center
Saya tahu akhirnya, kita akan bersaing.

00:33:06.199 --> 00:33:07.840 align:center
Tapi kalau ada apa-apa yang
saya boleh buat untuk tolong awak,

00:33:08.840 --> 00:33:10.360 align:center
- saya nak tolong.
- Jangan.

00:33:11.280 --> 00:33:14.399 align:center
Jangan layan saya macam orang baru
yang awak kena tolong sepanjang masa.

00:33:15.320 --> 00:33:17.199 align:center
Saya boleh buat sendiri.

00:33:17.280 --> 00:33:19.280 align:center
Dan saya tak perlukan bantuan sesiapa.

00:33:44.439 --> 00:33:47.040 align:center
CIK AI

00:34:13.520 --> 00:34:15.679 align:center
Sebab awak tak nak buat dia marah.

00:34:15.759 --> 00:34:17.560 align:center
Mesti awak suka sangat dia, ya?

00:34:17.639 --> 00:34:20.600 align:center
Jangan layan saya macam orang baru
yang awak kena tolong sepanjang masa.

00:34:30.679 --> 00:34:32.279 align:center
Ya.

00:34:32.360 --> 00:34:34.400 align:center
Ini Rachen, Cik Mae.

00:34:37.960 --> 00:34:39.799 align:center
Macam mana awak dapat
nombor peribadi saya?

00:34:39.880 --> 00:34:42.920 align:center
Tiada apa yang terlalu susah
untuk orang macam saya.

00:34:43.000 --> 00:34:44.560 align:center
Jadi

00:34:44.639 --> 00:34:46.679 align:center
kenapa awak telefon saya, En. Rachen?

00:34:47.279 --> 00:34:50.719 align:center
Saya nak bincang berduaan
dengan awak tentang sesuatu yang penting.

00:34:50.799 --> 00:34:51.920 align:center
Tapi kita patut aturkan satu perjumpaan.

00:34:52.679 --> 00:34:54.360 align:center
Lebih baik kalau dapat
bincang secara berhadapan.

00:34:55.839 --> 00:35:00.520 align:center
Saya janji, apa yang kita bincang
akan memberi manfaat kepada awak

00:35:00.600 --> 00:35:02.440 align:center
dan pembidaan itu, saya pasti.

00:35:07.480 --> 00:35:09.360 align:center
Hati-hatilah dengan lelaki itu.

00:35:10.080 --> 00:35:11.560 align:center
Sebagai seorang pesaing

00:35:13.000 --> 00:35:15.040 align:center
dan seorang lelaki.

00:35:16.520 --> 00:35:19.279 align:center
Sebab dia bukan macam
lelaki lain yang awak pernah jumpa.

00:35:19.360 --> 00:35:20.880 align:center
Kita tak tahu apa yang

00:35:21.920 --> 00:35:23.680 align:center
Rachen akan buat lepas ini.

00:35:27.080 --> 00:35:29.799 align:center
Baiklah. Saya akan datang jumpa awak.

00:35:48.839 --> 00:35:51.000 align:center
Selamat datang, Cik Maevika.

00:35:57.000 --> 00:35:59.120 align:center
Ini salah satu perniagaan keluarga saya.

00:36:01.279 --> 00:36:04.839 align:center
Awak tahu tak, Cik Mae, semasa saya kecil,

00:36:06.000 --> 00:36:07.799 align:center
keadaan fizikal saya sangat lemah?

00:36:09.440 --> 00:36:12.360 align:center
Jadi ibu bapa saya bina arena sukan ini

00:36:13.040 --> 00:36:14.880 align:center
untuk memaksa saya bersukan setiap hari.

00:36:15.680 --> 00:36:17.319 align:center
Pada mulanya, saya tak suka,

00:36:17.400 --> 00:36:20.240 align:center
terutamanya sukan di mana
saya kena bersaing dengan orang lain.

00:36:22.240 --> 00:36:24.799 align:center
Sebab setiap kali
saya bersaing, saya selalu kalah.

00:36:28.720 --> 00:36:31.360 align:center
Tapi suatu hari,
apabila saya akhirnya menang,

00:36:32.200 --> 00:36:34.040 align:center
saya menjadi ketagih dengan perasaan itu.

00:36:37.440 --> 00:36:41.680 align:center
Sehingga semua orang kata saya
mesti ketagih dengan kemenangan.

00:36:45.920 --> 00:36:49.279 align:center
Jadi maksud awak,
awak ketagih untuk menang

00:36:50.520 --> 00:36:53.080 align:center
melawan saya, pesaing pembidaan awak?

00:36:56.359 --> 00:36:58.720 align:center
Saya tak lihat awak sebagai pesaing saya.

00:37:00.440 --> 00:37:02.400 align:center
Saya lihat kita sebagai rakan kongsi.

00:37:03.240 --> 00:37:05.120 align:center
Lebih bagus menang bersama-sama.

00:37:08.120 --> 00:37:09.720 align:center
Jadi inilah dia,

00:37:09.799 --> 00:37:11.799 align:center
hal penting yang
awak nak bincang dengan saya.

00:37:13.880 --> 00:37:16.040 align:center
Jadi untuk menang bersama-sama,

00:37:16.120 --> 00:37:17.759 align:center
apa yang patut kita buat?

00:37:21.799 --> 00:37:24.720 align:center
Saya akan beritahu awak nanti
apa yang saya nak awak buat.

00:37:27.120 --> 00:37:30.600 align:center
Sekarang, saya perlukan
sedikit masa untuk buat persiapan dulu.

00:37:32.960 --> 00:37:36.839 align:center
Sebab sebenar saya minta awak datang
hari ini adalah supaya saya boleh pastikan

00:37:37.480 --> 00:37:38.960 align:center
yang awak akan bekerjasama dengan saya.

00:37:40.839 --> 00:37:42.200 align:center
Dan sekarang saya pasti.

00:37:43.000 --> 00:37:44.560 align:center
Kenapa awak pasti sangat?

00:37:47.720 --> 00:37:51.680 align:center
Kalau tak,
awak takkan datang ke sini hari ini.

00:37:53.400 --> 00:37:55.560 align:center
Dengan membuat keputusan
untuk datang ke sini,

00:37:56.160 --> 00:37:58.279 align:center
awak dah setuju separuh jalan.

00:37:58.960 --> 00:37:59.960 align:center
Betul?

00:38:07.279 --> 00:38:08.920 align:center
Ada orang pernah beritahu saya

00:38:10.000 --> 00:38:13.000 align:center
dalam perniagaan,
awak kena belajar untuk bermain sudut.

00:38:15.440 --> 00:38:16.799 align:center
Dan sekarang, sebagai orang baru,

00:38:17.680 --> 00:38:20.400 align:center
saya dah mula belajar
tentang apa yang saya perlu buat.

00:38:21.880 --> 00:38:25.600 align:center
Lepas awak dah selesai buat
persediaan, hubungi saya semula.

00:39:03.600 --> 00:39:05.400 align:center
Saya lihat kita sebagai rakan kongsi.

00:39:06.400 --> 00:39:08.040 align:center
Lebih bagus menang bersama-sama.

00:39:08.120 --> 00:39:10.400 align:center
Apa yang patut kita buat?

00:39:10.480 --> 00:39:13.440 align:center
Saya akan beritahu awak nanti
tentang apa yang saya nak awak buat.

00:39:13.520 --> 00:39:17.160 align:center
Sebab sebenar saya minta awak datang
hari ini adalah supaya saya boleh pastikan

00:39:17.839 --> 00:39:19.319 align:center
yang awak akan bekerjasama dengan saya.

00:39:32.000 --> 00:39:35.920 align:center
CIK AI

00:40:13.120 --> 00:40:16.560 align:center
Cik Anne dah tahu tentang
apa yang saya nak bincangkan, betul?

00:40:16.640 --> 00:40:18.000 align:center
Sebab itu dia jemput awak.

00:40:18.080 --> 00:40:20.759 align:center
Dan awak tahu juga, betul,
apa yang saya nak buat?

00:40:20.839 --> 00:40:24.200 align:center
Seronok, ya? Sebab awak tahu
awak lebih berkuasa daripada saya.

00:41:02.359 --> 00:41:03.759 align:center
Ada penghantaran untuk awak.

00:41:06.920 --> 00:41:08.319 align:center
Siapa yang hantar, G?

00:41:09.000 --> 00:41:10.120 align:center
Saya tak pasti.

00:42:02.960 --> 00:42:05.000 align:center
KALAU AWAK NAK KELUAR
BERSERONOK BERSAMA-SAMA,

00:42:05.080 --> 00:42:07.279 align:center
TUKAR BAJU DAN TUNGGU
DEPAN RUMAH PUKUL SEMBILAN MALAM INI.

00:42:15.880 --> 00:42:17.839 align:center
8.56 MALAM

00:42:42.799 --> 00:42:44.279 align:center
Itu kereta siapa?

00:42:45.040 --> 00:42:48.040 align:center
Kereta pembantu saya.
Saya belikan untuk dia dulu,

00:42:48.120 --> 00:42:50.680 align:center
tapi dia jarang pakai, jadi saya pinjam.

00:42:52.880 --> 00:42:55.400 align:center
Mae, awak dah bersedia untuk
pergi berseronok dengan saya?

00:42:56.759 --> 00:43:00.160 align:center
Belum lagi. Saya cuma nak tahu
awak nak bawa saya ke mana.

00:43:00.920 --> 00:43:02.359 align:center
Masuklah kereta.

00:43:20.400 --> 00:43:21.640 align:center
Apa benda ini?

00:43:21.720 --> 00:43:23.000 align:center
Saya nak pakaikan pada awak.

00:44:07.799 --> 00:44:10.560 align:center
Perlukah kita menyamar sampai macam ini?

00:44:11.160 --> 00:44:14.160 align:center
Saya nak bawa awak keluar

00:44:14.240 --> 00:44:16.560 align:center
macam pasangan lain.

00:44:19.160 --> 00:44:22.480 align:center
Tapi saya tak tahu jika
awak dah maafkan saya atau tak.

00:44:24.480 --> 00:44:26.680 align:center
Kalau tak, tak apa.

00:44:26.759 --> 00:44:30.000 align:center
Pegang saja tangan saya dan ikut saya.

00:44:42.759 --> 00:44:43.799 align:center
Baiklah. Saya dah tak marah.

00:44:45.640 --> 00:44:48.160 align:center
Tapi awak kena janji kepada saya dulu

00:44:49.879 --> 00:44:51.200 align:center
yang awak takkan buat macam itu lagi.

00:44:53.640 --> 00:44:55.480 align:center
Sebab itu tak buat saya rasa gembira.

00:44:56.879 --> 00:44:58.879 align:center
Itu buat saya rasa tak bernilai,

00:44:59.799 --> 00:45:02.600 align:center
macam saya tak mampu buat apa-apa sendiri.

00:45:04.000 --> 00:45:06.520 align:center
Dan saya benci perasaan itu.

00:45:10.200 --> 00:45:12.720 align:center
Okey. Saya janji.

00:45:12.799 --> 00:45:14.600 align:center
Saya takkan buat lagi.

00:45:19.000 --> 00:45:21.400 align:center
Awak dah bersedia
nak berseronok dengan saya?

00:45:23.839 --> 00:45:25.600 align:center
Jom pergi?

00:45:25.680 --> 00:45:27.879 align:center
Belum lagi, ini juga.

00:46:18.040 --> 00:46:19.480 align:center
Ai.

00:46:20.000 --> 00:46:21.600 align:center
Saya nak makan di sini.

00:46:21.680 --> 00:46:25.080 align:center
Tapi awak dah makan banyak.
Awak tak takut naik berat?

00:46:25.160 --> 00:46:27.160 align:center
Tak.

00:46:27.240 --> 00:46:29.240 align:center
Tapi kalau saya jadi gemuk,
awak nak berpisah dengan saya?

00:46:29.319 --> 00:46:31.759 align:center
Tak. Lagi saya suka awak.

00:46:31.839 --> 00:46:33.879 align:center
Lembut, sedap dipicit dan comel.

00:46:34.480 --> 00:46:37.040 align:center
Baguslah, jom jadi gemuk sama-sama.

00:46:39.359 --> 00:46:40.640 align:center
Mari.

00:46:45.080 --> 00:46:46.480 align:center
Helo, alamak.

00:46:59.960 --> 00:47:01.720 align:center
Boleh saya beli yang ini dua?

00:47:02.440 --> 00:47:03.839 align:center
Bukankah awak orang Thai?

00:47:03.920 --> 00:47:07.640 align:center
Awak nampak macam kenal.
Saya ingatkan awak seorang selebriti.

00:47:09.720 --> 00:47:10.960 align:center
Tak apalah. Terima kasih banyak.

00:47:20.040 --> 00:47:22.279 align:center
Mae, awak boleh cakap bahasa Cina juga?

00:47:22.359 --> 00:47:25.799 align:center
Sikit. Saya belajar sejak kecil.

00:47:27.040 --> 00:47:28.879 align:center
Ayah awak memang berpandangan jauh.

00:47:28.960 --> 00:47:32.279 align:center
Dia mesti tahu awak akan
gunakannya suatu hari nanti.

00:47:33.319 --> 00:47:34.960 align:center
Sebenarnya bukan ayah saya.

00:47:35.720 --> 00:47:37.200 align:center
Mak saya.

00:47:38.400 --> 00:47:40.759 align:center
Walaupun dia bukan
seorang ahli perniagaan,

00:47:41.359 --> 00:47:45.120 align:center
kadangkala mak saya lebih
berpandangan jauh berbanding ayah saya.

00:47:49.560 --> 00:47:51.400 align:center
Sebenarnya saya tak pandai sangat
bertutur bahasa Cina.

00:47:52.000 --> 00:47:53.279 align:center
Saya cuma ingat beberapa ayat.

00:47:54.279 --> 00:47:56.240 align:center
Kali terakhir saya belajarnya
adalah semasa kecil.

00:47:56.319 --> 00:47:58.080 align:center
Sejak ibu saya meninggal dunia.

00:48:04.680 --> 00:48:08.240 align:center
Sebenarnya, saya mungkin patut
cakap sesuatu untuk menceriakan awak.

00:48:10.440 --> 00:48:12.799 align:center
Tapi ia sukar.

00:48:13.920 --> 00:48:16.160 align:center
Saya pun tak ada ibu.

00:48:16.839 --> 00:48:18.600 align:center
Terima kasih banyak, Cik Ai,

00:48:19.440 --> 00:48:21.480 align:center
sebab bawa saya keluar hari ini.

00:48:22.640 --> 00:48:24.240 align:center
Seronok sangat.

00:48:27.400 --> 00:48:29.440 align:center
Saya suka sangat suasana macam ini.

00:48:31.600 --> 00:48:33.440 align:center
Jom datang lagi lain kali.

00:48:34.680 --> 00:48:37.799 align:center
Sebenarnya saya tahu tempat
yang lebih baik daripada ini.

00:48:39.640 --> 00:48:40.879 align:center
Awak nak pergi, Cik Mae?

00:48:44.080 --> 00:48:45.120 align:center
Ya.

00:49:19.680 --> 00:49:23.080 align:center
Saya baca ulasan
daripada tetamu hotel di isni.

00:49:23.160 --> 00:49:27.480 align:center
Mereka cakap ini
salah satu tempat yang paling cantik.

00:49:27.560 --> 00:49:30.160 align:center
Dan kita boleh lihat Bangkok

00:49:30.240 --> 00:49:32.120 align:center
dari perspektif yang
kita mungkin tak pernah nampak.

00:49:35.879 --> 00:49:37.480 align:center
Cantik.

00:49:37.560 --> 00:49:39.839 align:center
Sebab kita tak biasa
tengok pemandangan ini, betul?

00:49:40.920 --> 00:49:43.319 align:center
Kita sedang melihat
kehidupan sebenar juga.

00:49:46.480 --> 00:49:49.000 align:center
Awak faham juga pasal
benda-benda macam ini?

00:49:49.080 --> 00:49:50.520 align:center
Saya ingatkan

00:49:50.600 --> 00:49:52.839 align:center
budak kaya macam awak

00:49:52.920 --> 00:49:55.520 align:center
tak pernah lihat
sesuatu yang realistik macam ini.

00:50:00.600 --> 00:50:04.879 align:center
Hidup saya bukannya selalu di awangan.

00:50:06.759 --> 00:50:10.080 align:center
Jadi awak fikir saya budak kaya?
Macam mana dengan awak pula, Cik Ai?

00:50:12.160 --> 00:50:16.440 align:center
Ia berbeza untuk saya.
Saya suka rasa seronok,

00:50:16.520 --> 00:50:19.839 align:center
suka pengembaraan dan menyelinap keluar

00:50:20.720 --> 00:50:22.680 align:center
untuk mencari perkara-perkara baru
dan jarang ditemui.

00:50:25.200 --> 00:50:29.000 align:center
Sekarang, hidup di jalanan pun

00:50:29.879 --> 00:50:31.720 align:center
boleh berikan kebahagiaan.

00:50:33.759 --> 00:50:35.560 align:center
Cik Mae, awak perasan tak?

00:50:35.640 --> 00:50:37.839 align:center
Penjual jalanan
yang ada hidup yang realistik

00:50:37.920 --> 00:50:40.080 align:center
tak tinggal di awangan macam kita,

00:50:40.160 --> 00:50:42.759 align:center
tapi mereka nampak
lebih bahagia daripada kita.

00:50:46.279 --> 00:50:47.520 align:center
Betul.

00:50:50.000 --> 00:50:53.440 align:center
Dan saya tak tahu kenapa
orang iri hati dengan hidup kita.

00:50:55.759 --> 00:50:57.560 align:center
Apabila sebenarnya,

00:50:58.960 --> 00:51:02.720 align:center
hidup mereka yang sepatutnya dicemburui.

00:51:04.839 --> 00:51:06.000 align:center
Sekurang-kurangnya,

00:51:06.839 --> 00:51:08.080 align:center
mereka ada kebebasan

00:51:09.080 --> 00:51:11.120 align:center
untuk buat apa saja yang mereka nak,

00:51:12.399 --> 00:51:14.240 align:center
tanpa sesiapa memaksa

00:51:14.319 --> 00:51:16.200 align:center
atau menghalang mereka.

00:51:18.000 --> 00:51:20.240 align:center
Tapi apa yang mereka tak ada ialah duit.

00:51:20.759 --> 00:51:22.160 align:center
Kita kena akui

00:51:22.759 --> 00:51:26.040 align:center
duit ialah salah satu faktor
yang paling penting dalam hidup.

00:51:27.240 --> 00:51:28.600 align:center
Awak mungkin takkan tahu

00:51:29.600 --> 00:51:34.920 align:center
kepedihan melihat
orang yang awak sayang jatuh sakit

00:51:35.799 --> 00:51:37.640 align:center
dan tak ada duit untuk merawat mereka,

00:51:38.960 --> 00:51:40.960 align:center
atau tak ada duit untuk membeli makanan

00:51:41.839 --> 00:51:43.640 align:center
untuk mengurangkan rasa lapar mereka.

00:51:45.160 --> 00:51:47.160 align:center
Ia sangat kejam.

00:51:53.440 --> 00:51:54.839 align:center
Lain kali,

00:51:56.080 --> 00:51:57.839 align:center
bawa saya ke sini lagi, Cik Ai.

00:52:01.120 --> 00:52:03.640 align:center
Membuat sesuatu yang saya tak pernah buat

00:52:03.720 --> 00:52:05.279 align:center
dengan orang lain

00:52:06.080 --> 00:52:07.480 align:center
rasa seronok.

00:52:08.160 --> 00:52:11.399 align:center
Dan saya rasa gembira sangat.

00:53:14.120 --> 00:53:15.680 align:center
YAM HANTAR GAMBAR

00:53:36.279 --> 00:53:37.640 align:center
YAM

00:53:39.200 --> 00:53:44.359 align:center
CIK MAEVIKA PERGI JUMPA RACHEN

00:54:30.240 --> 00:54:32.160 align:center
Kalau kita boleh
hentikan saja masa di sini,

00:54:32.960 --> 00:54:34.480 align:center
mesti bagus.

00:54:35.080 --> 00:54:38.799 align:center
Nak berjanji?
Tak kira apa yang berlaku lepas ini,

00:54:38.879 --> 00:54:41.879 align:center
kita takkan biarkan ia
menjejaskan hubungan kita.

00:54:41.960 --> 00:54:45.240 align:center
EPISOD SETERUSNYA

00:54:45.319 --> 00:54:47.440 align:center
Apa yang paling penting ialah jumlah itu.

00:54:47.520 --> 00:54:49.920 align:center
Dan kalau awak boleh
ketahui jumlah Orienna,

00:54:50.000 --> 00:54:51.839 align:center
senang saja nak menang pembidaan itu.

00:54:53.600 --> 00:54:55.279 align:center
Apa yang sedang berlaku
antara awak dan pewaris Superior?

00:55:56.920 --> 00:55:58.960 align:center
Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris
n pewaris Superior?

