WEBVTT

00:01.000 --> 00:02.000
KISAH YANG DIPAPARKAN MUNGKIN DITOKOK
TAMBAH DAN MEWAKILI SITUASI INDIVIDU.

00:02.080 --> 00:02.880
IA HANYA UNTUK TUJUAN HIBURAN.

00:02.960 --> 00:03.920
TIADA NIAT UNTUK MEMPROMOSIKAN
NILAI-NILAI SEKSUAL TIDAK BERMORAL

00:04.000 --> 00:04.920
ATAU MENGGALAKKAN SIKAP NEGATIF TERHADAP
MANA-MANA GENDER ATAU SEKUMPULAN INDIVIDU.

00:05.560 --> 00:08.200
Tapi kalau suatu hari nanti
ada berita yang pewaris Orienna

00:08.280 --> 00:11.400
buat hal dan tak terkawal,
ayah akan halau awak.

00:11.479 --> 00:12.440
Awak tak lupa, betul?

00:12.520 --> 00:16.480
Ada orang yang tunggu
untuk lihat kita jatuh kerana ini.

00:16.560 --> 00:18.520
SEBELUM INI

00:18.599 --> 00:20.320
Hati-hatilah dengan lelaki itu.

00:20.400 --> 00:23.599
Kita tak tahu apa yang
Rachen akan buat lepas ini.

00:26.480 --> 00:30.880
Awak orang pertama yang buat saya rasa
macam saya nak ada hubungan yang serius.

00:30.959 --> 00:33.519
Apa kata kita berdua
cuba mulakan hubungan ini?

00:33.600 --> 00:35.239
Saya akan jadi teman wanita awak.

00:46.440 --> 00:49.519
Cepat balik, tukar baju
dan mandi di rumah saya.

00:50.120 --> 00:53.320
Sekarang dah makin sejuk.
Awak boleh kena selesema.

01:01.320 --> 01:02.400
Jom.

01:04.519 --> 01:06.240
Awak tak takut ayah awak nampak?

01:08.119 --> 01:09.560
Tak.

01:09.640 --> 01:13.039
Memang orang ayah saya ada di mana-mana.

01:13.119 --> 01:16.360
Tapi di sini,
orang saya sendiri lebih ramai.

01:20.960 --> 01:23.039
Awak suka guna kekerasan juga, ya?

01:24.440 --> 01:26.160
Kadangkala saja.

01:26.759 --> 01:30.399
Tapi kadangkala,
saya suka guna cara lembut.

01:32.080 --> 01:34.960
Dan apabila saya gunakan cara yang lembut,

01:36.920 --> 01:38.920
ia begitu lembut sampai

01:39.759 --> 01:41.320
awak tak boleh bayangkannya.

01:43.440 --> 01:46.479
Awak tahu, awak selalu bercakap macam ini.

01:47.720 --> 01:48.559
Jom.

02:54.400 --> 02:58.200
Bukankah awak cakap awak bawa
saya ke sini hanya untuk tukar baju?

03:00.160 --> 03:03.120
Kadang-kadang awak macam budak-budak.

03:21.480 --> 03:22.679
Tunggu.

03:27.120 --> 03:28.519
Tapi kita dah jadi teman wanita sekarang.

03:31.000 --> 03:33.040
Itu memang betul. Tapi…

03:33.840 --> 03:35.160
ini kali pertama saya.

03:37.119 --> 03:38.600
Jadi?

03:38.679 --> 03:42.280
Takkan awak ingat saya nak
tunggu sampai kita berkahwin?

03:44.040 --> 03:45.600
Tak adalah macam itu.

03:46.519 --> 03:47.920
Saya cuma rasa macam…

03:50.679 --> 03:52.399
walaupun kita berpasangan,

03:53.560 --> 03:55.840
kita belum kenal sangat satu sama lain.

03:56.840 --> 03:58.359
Saya rasa

03:58.440 --> 04:01.359
kita patut berkenalan lagi.

04:04.720 --> 04:05.679
Baiklah.

04:06.480 --> 04:08.440
Kalau itu yang awak nak,

04:08.519 --> 04:09.920
saya ikut saja.

04:11.040 --> 04:14.720
Jadi apa yang patut kita buat?

04:18.479 --> 04:19.640
Pergi mandi.

04:20.240 --> 04:23.080
Awak ajak saya ke sini untuk mandi.

04:24.520 --> 04:26.320
Cepat, jom.

04:27.520 --> 04:30.719
Awak pergi dulu.
Saya akan mandi lepas awak selesai.

04:33.719 --> 04:36.000
Janganlah tengok saya macam itu.

04:36.080 --> 04:38.360
Saya tahu kalau kita mandi sama-sama,

04:38.440 --> 04:40.039
ia akan ambil masa yang lama.

04:41.240 --> 04:42.479
Kenapa pula?

04:43.320 --> 04:46.400
Hei, bila awak nak
berhenti bercakap macam ini?

04:47.440 --> 04:49.599
Saya betul-betul tak fikirkan apa-apa.

04:49.680 --> 04:50.840
Sumpah.

04:52.640 --> 04:55.080
Awak pula? Apa yang awak fikir?

04:57.719 --> 04:59.240
Cepatlah pergi mandi.

04:59.320 --> 05:01.880
Pergi, cepat. Pergilah.

05:23.640 --> 05:24.479
Tunggu, Mae.

05:32.560 --> 05:33.840
Ini peranti pepijat.

05:33.919 --> 05:36.919
Awak boleh gunakannya apabila perlu.

05:38.719 --> 05:41.599
Inilah cara kita akan korek rahsia dia.

05:42.560 --> 05:44.719
Cik Mae, fikir tentang
di mana awak boleh letakkannya

05:44.800 --> 05:46.080
supaya dia tak perasan.

06:36.680 --> 06:38.599
NOVEL OLEH SERENISTA

07:14.560 --> 07:16.640
CIK MAEVIKA

07:16.719 --> 07:17.560
MENELEFON CIK MAEVIKA

07:29.080 --> 07:32.159
Hei. Boleh bagi saya segelas vodka?

07:32.239 --> 07:33.640
Buat empat gelas.

07:39.320 --> 07:41.440
Berdasarkan situasi sekarang,

07:41.520 --> 07:44.000
kita berdua perlukan
dua gelas untuk mengharunginya.

07:47.479 --> 07:50.359
Saya tahu awak tak nak dekati saya,

07:50.440 --> 07:52.239
tapi kita bukannya musuh.

07:54.440 --> 07:56.200
Lebih penting daripada itu,

07:56.760 --> 07:58.799
bos-bos kita tak takut pun.

07:58.880 --> 08:00.200
Jadi kenapa awak takut?

08:02.000 --> 08:03.359
Saya bukannya takut.

08:04.080 --> 08:07.599
Apa pun, tiada sebab
untuk kita jadi rapat.

08:09.320 --> 08:10.719
Kita tak perlu jadi rapat.

08:10.799 --> 08:14.640
Saya cuma fikir, tak bolehkah kita
sekurang-kurangnya jadi kawan baru?

08:14.719 --> 08:16.080
Saya bukannya mencari kawan.

08:17.120 --> 08:18.159
Yakah?

08:18.719 --> 08:21.640
Orang apa yang hidup tanpa kawan?

08:25.200 --> 08:26.919
Baiklah.

08:27.000 --> 08:28.919
Kita tak perlu berkawan.

08:29.000 --> 08:30.840
Kita boleh minum sama-sama saja.

08:31.840 --> 08:33.000
Saya belanja.

08:35.480 --> 08:36.559
Saya rasa

08:37.439 --> 08:40.400
kita sekurang-kurangnya boleh berbual.

08:41.240 --> 08:44.199
Sebab kita ada satu persamaan.

08:46.040 --> 08:47.000
Apa dia?

08:48.040 --> 08:51.439
Kita berdua orang bawahan yang setia.

08:51.520 --> 08:53.680
Kita buat apa saja yang bos suruh.

08:54.600 --> 08:56.400
Sebab bos kita layan kita dengan baik.

08:57.319 --> 08:59.240
Dan kita percayakan mereka.

09:05.040 --> 09:06.160
Silakan.

09:14.199 --> 09:15.360
Minum.

09:50.120 --> 09:51.720
Mari, jom menari.

09:53.240 --> 09:54.480
Saya tak menari.

09:54.560 --> 09:56.400
Marilah. Jom menari.

10:00.600 --> 10:01.920
Jom.

10:02.000 --> 10:03.520
Saya cakap tak nak.

10:07.319 --> 10:08.600
Okey.

10:15.280 --> 10:18.160
Awak nak ikut ke tak? Apa?

10:24.199 --> 10:26.880
- Marilah.
- Saya tak nak.

10:45.560 --> 10:48.439
Sudah, jom pergi balik ke meja.

10:48.520 --> 10:49.600
Marilah.

10:50.360 --> 10:51.240
Saya tak nak pergi balik.

10:51.839 --> 10:53.640
Awak mabuk. Jom duduk balik.

10:54.760 --> 10:55.959
Saya tak mabuk.

10:58.680 --> 11:00.000
Awak tak percaya?

11:00.079 --> 11:01.079
Tengok?

11:19.800 --> 11:23.079
Hei, hei.

11:38.280 --> 11:41.160
Cik Mae, awak di mana sekarang?

11:44.560 --> 11:47.439
Awak di mana, G?

11:48.120 --> 11:49.839
Saya di bar hotel.

11:50.439 --> 11:51.640
Kita dah nak balik?

11:53.079 --> 11:55.040
Awak balik dulu.

11:55.120 --> 11:56.360
Saya akan balik sendiri.

11:56.439 --> 11:58.280
Cik Mae.

11:59.240 --> 12:02.000
G, percayalah saya.

12:02.079 --> 12:03.400
Saya selamat.

12:04.240 --> 12:05.480
Itu saja buat masa sekarang.

12:10.800 --> 12:12.439
Coklat panas.

12:12.520 --> 12:14.160
Ini akan panaskan badan awak.

12:15.079 --> 12:16.400
Terima kasih.

12:26.839 --> 12:28.000
Jangan risau.

12:32.160 --> 12:33.920
Saya tolong kutip.

12:39.760 --> 12:40.839
Terima kasih.

12:42.240 --> 12:43.800
Tak perlu ucap terima kasih.

12:44.920 --> 12:46.120
Saya nak buat.

12:48.360 --> 12:50.760
Dan itu cuma benda kecil

12:50.839 --> 12:54.120
yang pasangan patut buat
untuk satu sama lain.

13:02.800 --> 13:03.800
Mari sini.

13:08.880 --> 13:12.800
Saya rasa kita patut tukar
cara kita panggil satu sama lain.

13:13.520 --> 13:16.079
Cakap "awak" dan "saya" rasa jauh sangat.

13:17.680 --> 13:19.120
Jadi

13:19.199 --> 13:22.520
macam mana kalau "sayang" atau "boo-boo"?

13:23.400 --> 13:25.920
Saya dengan kawan-kawan saya
panggil pasangan mereka macam itu.

13:26.000 --> 13:27.160
Itu agak kelakarlah.

13:28.000 --> 13:31.719
Tak naklah. Saya tak boleh
bayangkan panggil awak macam itu.

13:38.160 --> 13:40.120
Macam mana kalau Cik Ai dan Cik Mae?

13:40.199 --> 13:42.280
Biasanya kita panggil
satu sama lain macam itu.

13:43.400 --> 13:45.880
Saya cuma nak buat ia
kedengaran lebih manis.

13:46.480 --> 13:49.120
- Macam mana?
- Contohnya…

13:50.400 --> 13:51.839
Cik Ai gembira

13:52.400 --> 13:54.160
dapat bersama dengan Cik Mae.

13:59.439 --> 14:00.959
Jangan gembira sangat, Cik Ai.

14:01.040 --> 14:06.000
Mungkin Cik Mae
bukanlah sebaik yang awak sangka.

14:06.839 --> 14:08.319
Cik Ai tak suka orang baik.

14:09.199 --> 14:10.480
Cik Ai suka Cik Mae.

14:11.680 --> 14:12.760
Sahaja.

14:17.560 --> 14:18.920
Apa yang kelakar sangat?

14:19.560 --> 14:22.240
Saya cuma tak sangka

14:22.319 --> 14:24.640
seseorang macam pewaris Orienna

14:24.719 --> 14:26.640
akan cakap sesuatu yang manja sangat.

14:27.240 --> 14:28.199
Awak buli sayakah?

14:31.079 --> 14:32.079
Hati-hati, nanti tumpah.

14:35.479 --> 14:36.760
Hei, awak,

14:37.439 --> 14:39.640
cepat pergi ambil tisu,
kalau tak nanti tak hilang.

14:40.439 --> 14:41.719
Habis tumpah dah.

16:54.319 --> 16:57.079
- Helo?
- Awak tinggalkan kunci awak di bar.

16:57.160 --> 16:59.880
Awak di mana? Saya hantarkan kepada awak.

17:00.719 --> 17:02.439
Saya dah balik rumah.

17:02.520 --> 17:04.839
Bagi saja saya apabila kita berjumpa.
Saya tak perlukannya sekarang.

17:04.919 --> 17:06.760
Tapi saya nak pulangkan sekarang.

17:06.839 --> 17:08.599
Hantar lokasi awak.

17:09.760 --> 17:10.599
Tak apa.

17:17.720 --> 17:20.560
LOKASI

18:05.000 --> 18:06.919
Kenapa awak balik
awal sangat tanpa beritahu saya?

18:08.280 --> 18:09.560
Nah.

18:13.320 --> 18:14.639
Hei! Hei!

18:15.879 --> 18:17.200
Hei.

18:17.280 --> 18:18.560
Awak tak apa-apa?

18:20.480 --> 18:21.520
Hei.

18:32.840 --> 18:33.800
Hei.

18:34.800 --> 18:35.720
Hei.

18:47.320 --> 18:48.480
Awak berat.

19:12.840 --> 19:13.919
Hei.

19:15.960 --> 19:17.000
Hei.

19:20.639 --> 19:21.600
Hei.

19:22.960 --> 19:23.960
Hei.

20:11.480 --> 20:14.240
KENA PERGI KERJA
SEKARANG, SELAMAT TINGGAL.

21:40.040 --> 21:41.200
Hidupkan kamera awak.

21:41.800 --> 21:44.480
- Apa?
- Saya suruh awak hidupkan sekarang.

21:44.560 --> 21:45.840
Sebagai teman wanita awak.

21:47.439 --> 21:50.480
Baiklah. Tapi kita dah bersetuju, ingat?

21:50.560 --> 21:52.360
Awak kena kena cakap
dengan saya baik-baik, Cik Mae.

21:52.439 --> 21:54.080
Tolonglah.

21:54.159 --> 21:55.879
Kalau tak, saya akan
masuk bilik awak sekarang.

21:55.960 --> 21:58.840
Yalah, Cik Mae, garangnya awak.

22:04.720 --> 22:07.080
Awak buat apa, Cik Ai?

22:07.159 --> 22:08.720
Kenapa awak berpeluh sangat?

22:10.000 --> 22:12.080
Awak ingat saya tengah buat apa?

22:13.360 --> 22:15.960
Saya tanya awak, jangan tanya saya balik.

22:27.480 --> 22:28.919
Awak tengah bersenamkah?

22:30.120 --> 22:31.760
Mestilah.

22:31.840 --> 22:34.879
Awak ingat saya buat apa?

22:38.520 --> 22:39.639
Tiada apa-apa.

22:40.760 --> 22:41.960
Kalau macam itu

22:42.639 --> 22:44.760
awak boleh teruskan bersenam, Cik Ai.

22:45.360 --> 22:46.520
Saya takkan kacau awak.

23:05.840 --> 23:07.080
Helo, Cik Ai.

23:07.159 --> 23:10.919
Ini mesti penting
kalau awak terus telefon saya.

23:11.879 --> 23:14.760
Awak tak rasakah mungkin
kadangkala saya rindu awak saja?

23:14.840 --> 23:17.399
Hati-hati mengurat macam itu,
nanti saya mengurat balik.

23:17.480 --> 23:18.800
Habislah awak nanti.

23:18.879 --> 23:23.120
Berapa ramai gadis yang awak ada
dalam stok? Saya boleh uruskan semuanya.

23:23.200 --> 23:24.879
Saya tak ada seorang pun sekarang.

23:25.480 --> 23:28.000
Sebab saya baru saja
dapat seorang teman wanita.

23:28.080 --> 23:32.240
Yakah? Tahniah.

23:34.200 --> 23:35.360
Terima kasih.

23:36.280 --> 23:38.679
Baiklah, kita tak boleh berlengah lagi.

23:38.760 --> 23:40.639
Saya tahu awak tak banyak masa.

23:40.720 --> 23:42.800
Awak mungkin dah tahu

23:42.879 --> 23:46.040
Orienna akan sertai pembidaan
untuk The Greater Duty Free, betul?

23:46.120 --> 23:51.040
Saya nak jemput awak dan
Andromeda untuk bekerjasama dengan saya.

23:51.120 --> 23:54.600
Tapi ada beberapa butiran yang saya rasa

23:54.679 --> 23:56.360
kita patut bincang secara berhadapan.

23:57.240 --> 23:59.919
Awak ada masa tak untuk makan dengan saya?

24:37.639 --> 24:40.520
BANYAK SANGAT NYAMUK

24:46.120 --> 24:49.480
Sapulah salap. Kenapa duduk
di situ kalau awak tahu ada nyamuk?

24:51.280 --> 24:52.120
MESEJ TELAH DIHANTAR

25:07.320 --> 25:08.439
Helo.

25:08.520 --> 25:11.919
Sebenarnya saya nak
bawa awak masuk untuk tidur.

25:12.000 --> 25:15.280
Tapi awak besar sangat.
Saya tak boleh angkat awak.

25:17.480 --> 25:19.240
Jadi awak duduk saja
di situ biar nyamuk gigit?

25:20.320 --> 25:23.360
Ya. Tapi tak apa. Nanti saya okeylah.

25:23.960 --> 25:26.399
Awak pula? Awak kena gigit?

25:26.480 --> 25:28.760
Saya cuba halau nyamuk daripada awak.

25:28.840 --> 25:32.439
Lagi satu, kenapa awak
tak beritahu yang awak makan ubat tidur?

25:32.520 --> 25:34.159
Saya takkan pergi jumpa awak.

25:35.159 --> 25:39.240
Manalah saya tahu ia berkesan secepat itu?

25:40.240 --> 25:43.240
Macam ini. Apabila awak minum alkohol,

25:43.320 --> 25:44.919
awak tak patut makan ubat tidur.

25:45.000 --> 25:46.639
Itu bahaya, tahu.

25:46.720 --> 25:48.439
Banyak betul yang awak tahu.

25:48.520 --> 25:52.040
Mestilah. Kadang-kadang
saya akan makan ubat tidur kalau tertekan.

25:52.120 --> 25:55.480
Nampaknya kita ada banyak persamaan.

25:57.840 --> 25:59.280
Kita borak lagi nanti.

26:10.639 --> 26:14.199
- Ya?
- G? Datang jumpa saya sekejap.

26:14.280 --> 26:15.399
Okey.

26:26.439 --> 26:28.399
Selamat pagi, Cik Ai.

26:28.480 --> 26:30.600
Awak cakap dengan siapa?
Teman wanita awak?

26:31.199 --> 26:33.240
Teman wanita apa? Mana ada.

26:34.679 --> 26:36.720
Awak boleh cari
teman wanita, tahu. Saya tak kisah.

26:37.320 --> 26:41.159
Sebab saya tahu awak luangkan
semua masa awak menolong saya bekerja

26:41.240 --> 26:43.399
dan tak pernah bercinta dengan sesiapa.

26:44.000 --> 26:47.080
Wah. Daripada awak cakap macam itu,

26:47.760 --> 26:49.720
lebih baik awak bunuh saja saya.

26:50.560 --> 26:53.639
Tapi awak bagi galakan macam itu

26:53.720 --> 26:56.639
sebab awak pun sibuk bercinta juga, betul?

26:58.919 --> 27:00.080
Mana ada.

27:00.159 --> 27:03.399
Saya cuma seorang bos
yang prihatin tentang staf dia.

27:03.480 --> 27:06.320
Tapi kalau awak nak ada
pasangan, pilih baik-baik.

27:06.399 --> 27:10.360
Kalau mereka tak baik atau nak ambil
kesempatan, jangan keluar dengan mereka.

27:10.439 --> 27:15.040
Jadi saya boleh luangkan semua
masa saya menolong Cik Ai bekerja lagi?

27:15.120 --> 27:16.600
Tepat sekali.

27:22.760 --> 27:24.720
Itu saja yang saya dengar.

27:24.800 --> 27:26.480
Jadi saya tak pasti

27:26.560 --> 27:30.360
macam mana Andromeda akan terlibat
dengan Orienna dalam pembidaan ini.

27:32.480 --> 27:35.040
Atau jika Cik Aiwarin rancang
untuk jemput Andromeda

27:35.120 --> 27:37.280
membuka kedai utama di The Greater.

27:37.879 --> 27:40.919
Sebab sekarang,
Andromeda ialah jenama mewah di Thailand

27:41.000 --> 27:43.840
yang paling diminati
pelanggan luar negara.

27:44.560 --> 27:47.679
Aiwarin sendiri ialah
duta jenama mereka sekarang.

27:47.760 --> 27:50.480
Tambahan, dia nampaknya
rapat dengan pemilik jenama itu.

27:50.560 --> 27:53.080
Jadi dia rancang nak gunakan
hubungan itu untuk mendapat kelebihan, ya?

27:53.159 --> 27:55.480
Tentulah. Dan saya rasa Cik Aiwarin

27:55.560 --> 27:58.280
sedang menghubungi
banyak lagi jenama-jenama besar.

27:58.879 --> 28:00.840
Tapi buat masa sekarang,
lupakan saja jenama lain.

28:01.439 --> 28:04.560
Kalau awak boleh tarik
Andromeda masuk projek kita, Cik Mae,

28:05.159 --> 28:07.560
sementara Cik Ai ialah duta jenama mereka,

28:07.639 --> 28:10.480
ia seolah-olah Superior menampar
Orienna depan semua orang.

28:12.199 --> 28:15.080
Kedudukan kita dengan
lembaga pun akan meningkat.

28:20.040 --> 28:21.320
Kalau macam itu…

28:21.840 --> 28:24.760
G, dapatkan
nombor telefon Cik Anne untuk saya.

28:26.240 --> 28:27.320
Baiklah.

29:20.919 --> 29:22.000
Helo, Anne.

29:22.879 --> 29:25.439
Helo. Silakan duduk.

29:27.480 --> 29:30.760
Terima kasih banyak, Cik Anne,
sebab berikan saya kesempatan ini.

29:30.840 --> 29:32.040
Sama-sama.

29:32.879 --> 29:34.879
Saya suka sangat
karya-karya awak, Cik Anne.

29:36.240 --> 29:37.840
Saya tahu.

29:37.919 --> 29:41.199
Tengok baju yang awak
pakai hari ini pun dah cukup.

29:41.280 --> 29:44.320
Tapi baju ini daripada
koleksi terkini jenama saya.

29:44.399 --> 29:46.280
Ia baru saja
dikeluarkan beberapa hari lepas.

29:57.800 --> 30:02.240
Sebenarnya, saya tak tahu
awak nak bincang tentang apa hari ini.

30:02.320 --> 30:03.720
Tapi pertama sekali, saya nak awak

30:04.639 --> 30:07.800
jumpa kawan saya.

30:10.720 --> 30:11.959
Baiklah.

30:20.720 --> 30:22.399
Ini Cik Aiwarin.

30:23.240 --> 30:26.159
Saya pasti awak dah kenal dia.

30:27.000 --> 30:30.120
Cik Ai ialah duta jenama kami
dan seorang rakan kongsi penting

30:30.199 --> 30:32.280
yang membantu kami kembangkan jenama ini.

30:33.199 --> 30:38.720
Jadi saya fikir kalau awak nak
berbincang tentang perniagaan,

30:38.800 --> 30:40.879
Cik Ai patut tahu.

30:42.800 --> 30:45.040
Dia mungkin akan tolong
saya fikir dan buat keputusan.

30:50.360 --> 30:52.560
Apa kata kita mulakan perbincangan?

30:56.720 --> 30:59.040
Tak apa, Cik Anne.

30:59.720 --> 31:01.159
Saya minta diri dulu.

31:03.080 --> 31:04.159
Selamat tinggal.

31:11.240 --> 31:15.439
Dia datang untuk minta kerjasama kita
tapi tak boleh kawal emosi dia.

31:16.080 --> 31:17.240
Dia masih terlalu muda.

31:19.120 --> 31:21.000
Jangan menilai dia begitu lagi.

31:21.080 --> 31:23.199
Sesiapa pun dalam situasi dia

31:24.000 --> 31:25.720
akan jadi tertekan.

31:29.399 --> 31:30.800
Saya pergi dulu.

31:53.480 --> 31:55.840
- Mae.
- Cik Anne dah tahu

31:56.600 --> 31:58.159
tentang apa yang
saya nak bincangkan, betul?

31:58.240 --> 31:59.800
Sebab itu dia jemput awak.

32:02.679 --> 32:05.480
Dan awak tahu juga, betul,
apa yang saya nak buat?

32:05.560 --> 32:06.919
Sebab itu awak datang.

32:08.600 --> 32:11.240
Seronok, ya? Sebab awak tahu
awak lebih berkuasa daripada saya.

32:12.800 --> 32:14.199
Awak marah sangat.

32:14.280 --> 32:16.879
- Saya tak pernah terfikir macam itu.
- Jadi kenapa awak datang?

32:17.679 --> 32:20.120
Kalau Cik Anne jemput awak,
awak boleh saja menolak.

32:23.520 --> 32:26.040
Atau adakah
satu-satunya sebab awak tak tolak

32:26.120 --> 32:28.439
adalah sebab awak tak nak buat dia marah?

32:30.639 --> 32:31.959
Mesti awak suka sangat dia, ya?

32:35.760 --> 32:37.439
Awak dah terbawa-bawa pula.

32:38.320 --> 32:39.600
Apa-apalah.

32:39.679 --> 32:42.719
Tapi satu perkara yang pasti,
saya tahu apa yang awak nak.

32:45.159 --> 32:47.199
Jadi saya nak berikan awak peluang.

32:48.679 --> 32:52.399
Dan sebab saya datang adalah
untuk mendengar cadangan awak.

32:53.360 --> 32:57.199
Kalau ia bagus, saya mungkin akan
sokong awak untuk dapatkan perjanjian ini.

33:01.280 --> 33:04.679
Saya tahu akhirnya, kita akan bersaing.

33:06.199 --> 33:07.840
Tapi kalau ada apa-apa yang
saya boleh buat untuk tolong awak,

33:08.840 --> 33:10.360
- saya nak tolong.
- Jangan.

33:11.280 --> 33:14.399
Jangan layan saya macam orang baru
yang awak kena tolong sepanjang masa.

33:15.320 --> 33:17.199
Saya boleh buat sendiri.

33:17.280 --> 33:19.280
Dan saya tak perlukan bantuan sesiapa.

33:44.439 --> 33:47.040
CIK AI

34:13.520 --> 34:15.679
Sebab awak tak nak buat dia marah.

34:15.759 --> 34:17.560
Mesti awak suka sangat dia, ya?

34:17.639 --> 34:20.600
Jangan layan saya macam orang baru
yang awak kena tolong sepanjang masa.

34:30.679 --> 34:32.279
Ya.

34:32.360 --> 34:34.400
Ini Rachen, Cik Mae.

34:37.960 --> 34:39.799
Macam mana awak dapat
nombor peribadi saya?

34:39.880 --> 34:42.920
Tiada apa yang terlalu susah
untuk orang macam saya.

34:43.000 --> 34:44.560
Jadi

34:44.639 --> 34:46.679
kenapa awak telefon saya, En. Rachen?

34:47.279 --> 34:50.719
Saya nak bincang berduaan
dengan awak tentang sesuatu yang penting.

34:50.799 --> 34:51.920
Tapi kita patut aturkan satu perjumpaan.

34:52.679 --> 34:54.360
Lebih baik kalau dapat
bincang secara berhadapan.

34:55.839 --> 35:00.520
Saya janji, apa yang kita bincang
akan memberi manfaat kepada awak

35:00.600 --> 35:02.440
dan pembidaan itu, saya pasti.

35:07.480 --> 35:09.360
Hati-hatilah dengan lelaki itu.

35:10.080 --> 35:11.560
Sebagai seorang pesaing

35:13.000 --> 35:15.040
dan seorang lelaki.

35:16.520 --> 35:19.279
Sebab dia bukan macam
lelaki lain yang awak pernah jumpa.

35:19.360 --> 35:20.880
Kita tak tahu apa yang

35:21.920 --> 35:23.680
Rachen akan buat lepas ini.

35:27.080 --> 35:29.799
Baiklah. Saya akan datang jumpa awak.

35:48.839 --> 35:51.000
Selamat datang, Cik Maevika.

35:57.000 --> 35:59.120
Ini salah satu perniagaan keluarga saya.

36:01.279 --> 36:04.839
Awak tahu tak, Cik Mae, semasa saya kecil,

36:06.000 --> 36:07.799
keadaan fizikal saya sangat lemah?

36:09.440 --> 36:12.360
Jadi ibu bapa saya bina arena sukan ini

36:13.040 --> 36:14.880
untuk memaksa saya bersukan setiap hari.

36:15.680 --> 36:17.319
Pada mulanya, saya tak suka,

36:17.400 --> 36:20.240
terutamanya sukan di mana
saya kena bersaing dengan orang lain.

36:22.240 --> 36:24.799
Sebab setiap kali
saya bersaing, saya selalu kalah.

36:28.720 --> 36:31.360
Tapi suatu hari,
apabila saya akhirnya menang,

36:32.200 --> 36:34.040
saya menjadi ketagih dengan perasaan itu.

36:37.440 --> 36:41.680
Sehingga semua orang kata saya
mesti ketagih dengan kemenangan.

36:45.920 --> 36:49.279
Jadi maksud awak,
awak ketagih untuk menang

36:50.520 --> 36:53.080
melawan saya, pesaing pembidaan awak?

36:56.359 --> 36:58.720
Saya tak lihat awak sebagai pesaing saya.

37:00.440 --> 37:02.400
Saya lihat kita sebagai rakan kongsi.

37:03.240 --> 37:05.120
Lebih bagus menang bersama-sama.

37:08.120 --> 37:09.720
Jadi inilah dia,

37:09.799 --> 37:11.799
hal penting yang
awak nak bincang dengan saya.

37:13.880 --> 37:16.040
Jadi untuk menang bersama-sama,

37:16.120 --> 37:17.759
apa yang patut kita buat?

37:21.799 --> 37:24.720
Saya akan beritahu awak nanti
apa yang saya nak awak buat.

37:27.120 --> 37:30.600
Sekarang, saya perlukan
sedikit masa untuk buat persiapan dulu.

37:32.960 --> 37:36.839
Sebab sebenar saya minta awak datang
hari ini adalah supaya saya boleh pastikan

37:37.480 --> 37:38.960
yang awak akan bekerjasama dengan saya.

37:40.839 --> 37:42.200
Dan sekarang saya pasti.

37:43.000 --> 37:44.560
Kenapa awak pasti sangat?

37:47.720 --> 37:51.680
Kalau tak,
awak takkan datang ke sini hari ini.

37:53.400 --> 37:55.560
Dengan membuat keputusan
untuk datang ke sini,

37:56.160 --> 37:58.279
awak dah setuju separuh jalan.

37:58.960 --> 37:59.960
Betul?

38:07.279 --> 38:08.920
Ada orang pernah beritahu saya

38:10.000 --> 38:13.000
dalam perniagaan,
awak kena belajar untuk bermain sudut.

38:15.440 --> 38:16.799
Dan sekarang, sebagai orang baru,

38:17.680 --> 38:20.400
saya dah mula belajar
tentang apa yang saya perlu buat.

38:21.880 --> 38:25.600
Lepas awak dah selesai buat
persediaan, hubungi saya semula.

39:03.600 --> 39:05.400
Saya lihat kita sebagai rakan kongsi.

39:06.400 --> 39:08.040
Lebih bagus menang bersama-sama.

39:08.120 --> 39:10.400
Apa yang patut kita buat?

39:10.480 --> 39:13.440
Saya akan beritahu awak nanti
tentang apa yang saya nak awak buat.

39:13.520 --> 39:17.160
Sebab sebenar saya minta awak datang
hari ini adalah supaya saya boleh pastikan

39:17.839 --> 39:19.319
yang awak akan bekerjasama dengan saya.

39:32.000 --> 39:35.920
CIK AI

40:13.120 --> 40:16.560
Cik Anne dah tahu tentang
apa yang saya nak bincangkan, betul?

40:16.640 --> 40:18.000
Sebab itu dia jemput awak.

40:18.080 --> 40:20.759
Dan awak tahu juga, betul,
apa yang saya nak buat?

40:20.839 --> 40:24.200
Seronok, ya? Sebab awak tahu
awak lebih berkuasa daripada saya.

41:02.359 --> 41:03.759
Ada penghantaran untuk awak.

41:06.920 --> 41:08.319
Siapa yang hantar, G?

41:09.000 --> 41:10.120
Saya tak pasti.

42:02.960 --> 42:05.000
KALAU AWAK NAK KELUAR
BERSERONOK BERSAMA-SAMA,

42:05.080 --> 42:07.279
TUKAR BAJU DAN TUNGGU
DEPAN RUMAH PUKUL SEMBILAN MALAM INI.

42:15.880 --> 42:17.839
8.56 MALAM

42:42.799 --> 42:44.279
Itu kereta siapa?

42:45.040 --> 42:48.040
Kereta pembantu saya.
Saya belikan untuk dia dulu,

42:48.120 --> 42:50.680
tapi dia jarang pakai, jadi saya pinjam.

42:52.880 --> 42:55.400
Mae, awak dah bersedia untuk
pergi berseronok dengan saya?

42:56.759 --> 43:00.160
Belum lagi. Saya cuma nak tahu
awak nak bawa saya ke mana.

43:00.920 --> 43:02.359
Masuklah kereta.

43:20.400 --> 43:21.640
Apa benda ini?

43:21.720 --> 43:23.000
Saya nak pakaikan pada awak.

44:07.799 --> 44:10.560
Perlukah kita menyamar sampai macam ini?

44:11.160 --> 44:14.160
Saya nak bawa awak keluar

44:14.240 --> 44:16.560
macam pasangan lain.

44:19.160 --> 44:22.480
Tapi saya tak tahu jika
awak dah maafkan saya atau tak.

44:24.480 --> 44:26.680
Kalau tak, tak apa.

44:26.759 --> 44:30.000
Pegang saja tangan saya dan ikut saya.

44:42.759 --> 44:43.799
Baiklah. Saya dah tak marah.

44:45.640 --> 44:48.160
Tapi awak kena janji kepada saya dulu

44:49.879 --> 44:51.200
yang awak takkan buat macam itu lagi.

44:53.640 --> 44:55.480
Sebab itu tak buat saya rasa gembira.

44:56.879 --> 44:58.879
Itu buat saya rasa tak bernilai,

44:59.799 --> 45:02.600
macam saya tak mampu buat apa-apa sendiri.

45:04.000 --> 45:06.520
Dan saya benci perasaan itu.

45:10.200 --> 45:12.720
Okey. Saya janji.

45:12.799 --> 45:14.600
Saya takkan buat lagi.

45:19.000 --> 45:21.400
Awak dah bersedia
nak berseronok dengan saya?

45:23.839 --> 45:25.600
Jom pergi?

45:25.680 --> 45:27.879
Belum lagi, ini juga.

46:18.040 --> 46:19.480
Ai.

46:20.000 --> 46:21.600
Saya nak makan di sini.

46:21.680 --> 46:25.080
Tapi awak dah makan banyak.
Awak tak takut naik berat?

46:25.160 --> 46:27.160
Tak.

46:27.240 --> 46:29.240
Tapi kalau saya jadi gemuk,
awak nak berpisah dengan saya?

46:29.319 --> 46:31.759
Tak. Lagi saya suka awak.

46:31.839 --> 46:33.879
Lembut, sedap dipicit dan comel.

46:34.480 --> 46:37.040
Baguslah, jom jadi gemuk sama-sama.

46:39.359 --> 46:40.640
Mari.

46:45.080 --> 46:46.480
Helo, alamak.

46:59.960 --> 47:01.720
Boleh saya beli yang ini dua?

47:02.440 --> 47:03.839
Bukankah awak orang Thai?

47:03.920 --> 47:07.640
Awak nampak macam kenal.
Saya ingatkan awak seorang selebriti.

47:09.720 --> 47:10.960
Tak apalah. Terima kasih banyak.

47:20.040 --> 47:22.279
Mae, awak boleh cakap bahasa Cina juga?

47:22.359 --> 47:25.799
Sikit. Saya belajar sejak kecil.

47:27.040 --> 47:28.879
Ayah awak memang berpandangan jauh.

47:28.960 --> 47:32.279
Dia mesti tahu awak akan
gunakannya suatu hari nanti.

47:33.319 --> 47:34.960
Sebenarnya bukan ayah saya.

47:35.720 --> 47:37.200
Mak saya.

47:38.400 --> 47:40.759
Walaupun dia bukan
seorang ahli perniagaan,

47:41.359 --> 47:45.120
kadangkala mak saya lebih
berpandangan jauh berbanding ayah saya.

47:49.560 --> 47:51.400
Sebenarnya saya tak pandai sangat
bertutur bahasa Cina.

47:52.000 --> 47:53.279
Saya cuma ingat beberapa ayat.

47:54.279 --> 47:56.240
Kali terakhir saya belajarnya
adalah semasa kecil.

47:56.319 --> 47:58.080
Sejak ibu saya meninggal dunia.

48:04.680 --> 48:08.240
Sebenarnya, saya mungkin patut
cakap sesuatu untuk menceriakan awak.

48:10.440 --> 48:12.799
Tapi ia sukar.

48:13.920 --> 48:16.160
Saya pun tak ada ibu.

48:16.839 --> 48:18.600
Terima kasih banyak, Cik Ai,

48:19.440 --> 48:21.480
sebab bawa saya keluar hari ini.

48:22.640 --> 48:24.240
Seronok sangat.

48:27.400 --> 48:29.440
Saya suka sangat suasana macam ini.

48:31.600 --> 48:33.440
Jom datang lagi lain kali.

48:34.680 --> 48:37.799
Sebenarnya saya tahu tempat
yang lebih baik daripada ini.

48:39.640 --> 48:40.879
Awak nak pergi, Cik Mae?

48:44.080 --> 48:45.120
Ya.

49:19.680 --> 49:23.080
Saya baca ulasan
daripada tetamu hotel di isni.

49:23.160 --> 49:27.480
Mereka cakap ini
salah satu tempat yang paling cantik.

49:27.560 --> 49:30.160
Dan kita boleh lihat Bangkok

49:30.240 --> 49:32.120
dari perspektif yang
kita mungkin tak pernah nampak.

49:35.879 --> 49:37.480
Cantik.

49:37.560 --> 49:39.839
Sebab kita tak biasa
tengok pemandangan ini, betul?

49:40.920 --> 49:43.319
Kita sedang melihat
kehidupan sebenar juga.

49:46.480 --> 49:49.000
Awak faham juga pasal
benda-benda macam ini?

49:49.080 --> 49:50.520
Saya ingatkan

49:50.600 --> 49:52.839
budak kaya macam awak

49:52.920 --> 49:55.520
tak pernah lihat
sesuatu yang realistik macam ini.

50:00.600 --> 50:04.879
Hidup saya bukannya selalu di awangan.

50:06.759 --> 50:10.080
Jadi awak fikir saya budak kaya?
Macam mana dengan awak pula, Cik Ai?

50:12.160 --> 50:16.440
Ia berbeza untuk saya.
Saya suka rasa seronok,

50:16.520 --> 50:19.839
suka pengembaraan dan menyelinap keluar

50:20.720 --> 50:22.680
untuk mencari perkara-perkara baru
dan jarang ditemui.

50:25.200 --> 50:29.000
Sekarang, hidup di jalanan pun

50:29.879 --> 50:31.720
boleh berikan kebahagiaan.

50:33.759 --> 50:35.560
Cik Mae, awak perasan tak?

50:35.640 --> 50:37.839
Penjual jalanan
yang ada hidup yang realistik

50:37.920 --> 50:40.080
tak tinggal di awangan macam kita,

50:40.160 --> 50:42.759
tapi mereka nampak
lebih bahagia daripada kita.

50:46.279 --> 50:47.520
Betul.

50:50.000 --> 50:53.440
Dan saya tak tahu kenapa
orang iri hati dengan hidup kita.

50:55.759 --> 50:57.560
Apabila sebenarnya,

50:58.960 --> 51:02.720
hidup mereka yang sepatutnya dicemburui.

51:04.839 --> 51:06.000
Sekurang-kurangnya,

51:06.839 --> 51:08.080
mereka ada kebebasan

51:09.080 --> 51:11.120
untuk buat apa saja yang mereka nak,

51:12.399 --> 51:14.240
tanpa sesiapa memaksa

51:14.319 --> 51:16.200
atau menghalang mereka.

51:18.000 --> 51:20.240
Tapi apa yang mereka tak ada ialah duit.

51:20.759 --> 51:22.160
Kita kena akui

51:22.759 --> 51:26.040
duit ialah salah satu faktor
yang paling penting dalam hidup.

51:27.240 --> 51:28.600
Awak mungkin takkan tahu

51:29.600 --> 51:34.920
kepedihan melihat
orang yang awak sayang jatuh sakit

51:35.799 --> 51:37.640
dan tak ada duit untuk merawat mereka,

51:38.960 --> 51:40.960
atau tak ada duit untuk membeli makanan

51:41.839 --> 51:43.640
untuk mengurangkan rasa lapar mereka.

51:45.160 --> 51:47.160
Ia sangat kejam.

51:53.440 --> 51:54.839
Lain kali,

51:56.080 --> 51:57.839
bawa saya ke sini lagi, Cik Ai.

52:01.120 --> 52:03.640
Membuat sesuatu yang saya tak pernah buat

52:03.720 --> 52:05.279
dengan orang lain

52:06.080 --> 52:07.480
rasa seronok.

52:08.160 --> 52:11.399
Dan saya rasa gembira sangat.

53:14.120 --> 53:15.680
YAM HANTAR GAMBAR

53:36.279 --> 53:37.640
YAM

53:39.200 --> 53:44.359
CIK MAEVIKA PERGI JUMPA RACHEN

54:30.240 --> 54:32.160
Kalau kita boleh
hentikan saja masa di sini,

54:32.960 --> 54:34.480
mesti bagus.

54:35.080 --> 54:38.799
Nak berjanji?
Tak kira apa yang berlaku lepas ini,

54:38.879 --> 54:41.879
kita takkan biarkan ia
menjejaskan hubungan kita.

54:41.960 --> 54:45.240
EPISOD SETERUSNYA

54:45.319 --> 54:47.440
Apa yang paling penting ialah jumlah itu.

54:47.520 --> 54:49.920
Dan kalau awak boleh
ketahui jumlah Orienna,

54:50.000 --> 54:51.839
senang saja nak menang pembidaan itu.

54:53.600 --> 54:55.279
Apa yang sedang berlaku
antara awak dan pewaris Superior?

55:56.920 --> 55:58.960
Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris
n pewaris Superior?
