WEBVTT

00:01.000 --> 00:01.880
KISAH YANG DIPAPARKAN MUNGKIN DITOKOK
TAMBAH DAN MEWAKILI SITUASI INDIVIDU.

00:01.960 --> 00:02.800
IA HANYA UNTUK TUJUAN HIBURAN.

00:02.880 --> 00:03.760
TIADA NIAT UNTUK MEMPROMOSIKAN
NILAI-NILAI SEKSUAL TIDAK BERMORAL

00:03.840 --> 00:04.920
ATAU MENGGALAKKAN SIKAP NEGATIF TERHADAP
MANA-MANA GENDER ATAU SEKUMPULAN INDIVIDU

00:05.000 --> 00:08.639
Nampaknya kita kena pura-pura jadi
pasangan kekasih buat masa sekarang.

00:08.719 --> 00:11.440
Buatlah dia percaya yang
awak bercinta dengan seorang wanita.

00:12.440 --> 00:14.399
Lagipun kenapa dia buat macam itu?

00:14.479 --> 00:17.599
Cik Ai rancang semua ini
supaya awak bersendirian dengan dia.

00:17.680 --> 00:18.880
Awak tak nampak muslihat dia.

00:18.960 --> 00:20.480
Awak tak perlu risau
tentang semua benda kecil.

00:20.560 --> 00:21.640
SEBELUM INI

00:21.720 --> 00:24.200
Ayah awak tahu awak datang
ke sini untuk berjumpa dengan saya?

00:24.279 --> 00:26.560
Ayah awak tahu awak suka wanita?

00:27.080 --> 00:30.160
Nanti awak akan lihat saya lebih licik
berbanding apa yang awak sangka.

00:43.040 --> 00:44.559
ID SENTUHAN ATAU MASUKKAN KATA LALUAN

01:07.080 --> 01:08.320
Awak buat apa?

01:19.360 --> 01:21.320
Black Manhattan.

01:21.399 --> 01:23.119
Ia untuk seorang gadis
yang berkelas tinggi.

01:23.200 --> 01:25.560
Manis dengan sedikit masam

01:25.640 --> 01:27.640
tapi bermisteri juga.

01:28.240 --> 01:29.440
Menarik perhatian.

01:32.320 --> 01:33.640
Saya? Bermisteri?

01:34.920 --> 01:36.520
Saya macam buku yang terbuka.

01:49.360 --> 01:51.440
Tak cukup terbuka.

01:53.839 --> 01:55.759
Maksud saya hati awak.

01:58.479 --> 02:00.559
Mungkin ada orang kena bukakan hati saya.

05:41.359 --> 05:42.200
Hei.

05:44.520 --> 05:45.440
Hei.

06:49.560 --> 06:51.200
KAD ID KEBANGSAAN THAI
LESEN MEMANDU KERETA PERSENDIRIAN

06:57.039 --> 06:58.080
KAD ID KEBANGSAAN THAI
LESEN MEMANDU KERETA PERSENDIRIAN

06:58.159 --> 06:59.039
MASUKKAN KOD LALUAN

07:19.039 --> 07:21.640
Kita berdua tak dapat
apa yang kita nak hari ini.

07:22.239 --> 07:24.039
Lain kalilah.

07:25.599 --> 07:27.200
Jom cuba sekali lagi.

07:28.159 --> 07:29.359
Maple.

08:08.359 --> 08:10.280
NOVEL OLEH SERENISTA

09:12.079 --> 09:13.439
G

09:29.720 --> 09:30.560
Ya, G.

09:31.160 --> 09:33.600
Maaf sebab telefon awal sangat.

09:33.680 --> 09:36.199
Ada dokumen penting
yang awak kena tandatangan.

09:36.280 --> 09:40.319
Awak nak datang tandatangan di pejabat
atau patutkah saya bawa ke rumah awak?

09:44.000 --> 09:45.360
Saya akan pergi ke pejabat.

09:49.079 --> 09:50.760
Ada hal penting?

09:52.839 --> 09:54.000
Ya.

09:54.079 --> 09:55.319
Sayangnya.

09:55.839 --> 09:58.120
Malam tadi kita baru saja nak bermula

09:58.199 --> 10:00.000
dan awak pengsan sebelum apa-apa berlaku.

10:00.640 --> 10:03.640
Agaknya Black Manhattan yang saya buat itu

10:04.280 --> 10:05.800
terlalu kuat.

10:07.199 --> 10:10.120
Awak betul-betul nak pakai itu ke pejabat?

10:10.800 --> 10:12.760
Bukankah itu agak seksi?

10:15.680 --> 10:17.000
Awak boleh pakai baju saya.

10:17.839 --> 10:19.920
Pinjam atau simpan,

10:20.000 --> 10:21.000
saya tak kisah mana-mana pun.

10:22.880 --> 10:24.560
Adakah awak cuma layan saya dengan baik

10:24.640 --> 10:26.959
atau awak nak saya
terhutang budi kepada awak lagi?

10:28.520 --> 10:30.079
Awak tak boleh cakap "lagi."

10:30.680 --> 10:33.280
Sebab kali terakhir
awak terhutang budi kepada saya,

10:33.360 --> 10:35.240
awak dah balas balik semuanya.

10:37.920 --> 10:39.199
Dengan ciuman di dalam kereta itu.

10:43.199 --> 10:46.400
Anggap sajalah
saya tak tolong awak kali ini.

10:47.000 --> 10:48.760
Ini cuma layanan baik.

10:50.880 --> 10:53.160
Layanan baik apa yang berharga
berpuluh atau beratus ribu?

10:53.240 --> 10:56.280
Bukankah itu terlalu banyak
untuk orang yang awak baru jumpa?

10:57.959 --> 10:59.959
Ya, kita baru berjumpa.
Tapi awak istimewa.

11:01.199 --> 11:03.079
Tak kira berapa banyak,
saya masih akan berikannya.

11:10.640 --> 11:11.800
Saya lebih rela tak ambil.

11:12.400 --> 11:14.079
Saya akan pulangkannya kepada awak nanti.

11:14.920 --> 11:17.360
Lagipun kita akan berjumpa lagi.

11:19.240 --> 11:21.480
Saya masih belum dapat
jawapan yang saya nak.

11:27.000 --> 11:28.160
Jadi mana bajunya?

11:29.640 --> 11:31.600
Pergi mandi dan relaks dulu.

13:08.760 --> 13:10.040
Awak sukakah

13:13.000 --> 13:13.880
saya tiup kering rambut awak macam ini?

13:19.079 --> 13:22.079
Kalau awak suka,
saya boleh buatkan untuk awak setiap hari.

13:22.160 --> 13:23.280
Saya betul-betul akan buat.

13:24.520 --> 13:26.920
Dan kalau awak nak tahu
jika saya maksudkannya,

13:27.520 --> 13:29.280
awak kena tinggal dengan saya.

13:31.400 --> 13:32.640
Awak dah gila?

13:34.560 --> 13:35.400
Pipi awak merahkah?

13:37.160 --> 13:38.920
Kenapa pula pipi saya nak merah?

13:39.000 --> 13:41.439
Orang kata wanita

13:41.520 --> 13:43.599
selalu cakap berlawanan
dengan perasaan mereka.

13:44.240 --> 13:45.560
Saya tahu

13:46.199 --> 13:48.439
sekarang awak tengah fikir tentang

13:48.520 --> 13:50.920
apa rasanya kalau tinggal dengan saya.

14:05.800 --> 14:06.839
Saya betulkah?

14:11.520 --> 14:12.599
Okey, saya akan berhenti mengusik awak.

14:15.000 --> 14:16.319
Awak tahu tak?

14:16.400 --> 14:18.479
Biasanya, orang yang gila kerja macam saya

14:18.560 --> 14:20.680
takkan buang masa macam ini.

14:22.520 --> 14:25.439
Saya basuh rambut di salun juga.

14:26.400 --> 14:30.959
Jadi maksud awak semua benda
yang awak cakap dan buat untuk saya

14:31.040 --> 14:33.439
adalah kerana saya istimewa kepada awak?

14:34.439 --> 14:36.120
Agaknya macam itulah.

14:37.160 --> 14:38.959
Manis juga mulut awak.

14:39.040 --> 14:40.000
Jadi,

14:40.079 --> 14:42.520
pelanggan ini dah mula berminatkah?

14:45.439 --> 14:46.479
Entahlah.

14:46.560 --> 14:49.079
Tapi saya tahu
saya patut pergi ke pejabat sekarang.

14:49.160 --> 14:50.360
Dah siap.

14:51.160 --> 14:52.160
Tunggu.

14:53.199 --> 14:54.360
Rambut awak sempurna.

14:54.439 --> 14:56.560
Sekarang kulit awak kena nampak berseri.

15:00.920 --> 15:02.079
Mari.

15:42.800 --> 15:45.760
- Siap.
- Terima kasih.

16:14.079 --> 16:15.160
Ada orang beritahu ayah

16:15.839 --> 16:17.280
awak bawa seorang gadis masuk bilik awak.

16:17.959 --> 16:18.920
Siapa dia?

16:24.319 --> 16:25.920
Salah seorang pengintip ayah?

16:26.000 --> 16:27.599
Siapa pula kali ini?

16:27.680 --> 16:29.599
Pengawal yang mana?

16:30.280 --> 16:31.800
Kenapa semua orang di sekitar saya

16:32.359 --> 16:34.000
orang yang saya tak boleh percayakan?

16:40.400 --> 16:41.800
Kalau awak tak buat apa-apa,

16:42.319 --> 16:44.400
tiada siapa perlu laporkan
apa-apa kepada ayah.

16:45.640 --> 16:46.599
Jadi?

16:47.199 --> 16:48.400
Siapa yang awak bawa ke sini?

16:50.000 --> 16:51.079
Seorang kawan.

16:51.160 --> 16:52.439
Kawan?

16:53.000 --> 16:54.160
Kawan yang mana?

16:54.240 --> 16:55.560
Ayah kenal dia?

16:56.079 --> 16:57.520
Dia boleh dipercayaikah?

16:58.040 --> 17:00.240
Awak cukup percayakan dia
sampai bawa dia ke sini?

17:04.079 --> 17:06.040
Kenapa awak tak jawab?

17:06.119 --> 17:07.319
Itu cuma soalan yang mudah.

17:07.399 --> 17:09.599
Ayah tak perlu datang ke sini.

17:09.680 --> 17:11.240
Telefon saja pun dah cukup.

17:11.319 --> 17:13.319
Ayah kena lihat sendiri.

17:13.399 --> 17:17.319
Supaya ayah tahu
apa sebenarnya yang awak buat.

17:29.960 --> 17:32.040
Saya takkan buat apa-apa yang
akan timbulkan masalah untuk ayah.

17:33.000 --> 17:34.240
Ayah tak perlu risau.

17:36.680 --> 17:37.760
Risau pasal awak?

17:39.120 --> 17:40.440
Ayah bukannya risau pasal awak.

17:42.040 --> 17:43.240
Ayah risau pasal syarikat itu.

17:44.280 --> 17:45.720
Tentang reputasi kita.

17:45.800 --> 17:49.080
Tentang imej
yang ayah bina sepanjang hidup.

17:49.159 --> 17:50.560
Ini hal peribadi saya.

17:53.240 --> 17:54.879
Jangan cakap macam itu dengan ayah.

17:54.960 --> 17:57.200
Buat ayah teringat ibu awak.

18:05.639 --> 18:07.800
Ayah cakap ayah takkan ungkit pasal dia.

18:08.520 --> 18:09.680
Jadi kenapa ayah cakap pasal dia?

18:09.760 --> 18:11.840
Jadi janganlah berperangai macam dia.

18:11.919 --> 18:14.040
Kalau awak tak buat,
ayah takkan cakap macam itu.

18:15.399 --> 18:17.440
Ingat, Aiwarin.

18:19.000 --> 18:21.960
Ayah pernah kecewa
dengan mak awak sebelum ini.

18:23.000 --> 18:25.960
Jangan buat ayah kecewa dengan awak juga.

18:30.440 --> 18:31.720
Ayah tak kisah langsung

18:31.800 --> 18:34.360
pasal perempuan jijik
yang awak heret ke katil awak.

18:35.280 --> 18:36.560
Tapi kalau suatu hari nanti

18:37.080 --> 18:39.159
ada berita yang pewaris Orienna

18:39.240 --> 18:40.960
buat hal dan tak terkawal,

18:43.520 --> 18:44.879
ayah akan halau awak.

18:45.760 --> 18:47.080
Tengok sajalah.

19:56.280 --> 19:57.720
Duduk dulu di sini.

19:58.840 --> 20:00.480
Tunggu sampai dia balik.

20:01.800 --> 20:03.280
Lepas itu awak boleh pergi.

20:06.560 --> 20:07.560
Okey.

20:33.240 --> 20:37.600
Tolong sediakan tiga set dokumen
dan CC kepada pengerusi.

20:46.159 --> 20:47.120
Cik Mae.

20:48.760 --> 20:50.280
Pergi ke pejabat awak sekarang.

20:50.879 --> 20:52.000
Apa yang berlaku, G?

20:52.080 --> 20:54.360
Jangan banyak tanya. Pergi saja.

20:55.240 --> 20:56.080
Okey.

21:08.960 --> 21:11.760
Bagi saya baju macam yang Maevika
biasanya pakai, sekarang juga.

21:11.840 --> 21:12.879
Sekarang!

21:13.560 --> 21:15.240
Kenapa dengan semua ini, G?

21:15.320 --> 21:16.760
Awak cakap saya tak perlu risau.

21:17.360 --> 21:19.159
Jadi saya cuba untuk tak risau.

21:19.240 --> 21:21.399
Tapi sekarang awak dah buat hal.

21:22.320 --> 21:25.800
Baju yang awak pakai itu
daripada koleksi baharu Andromeda.

21:25.879 --> 21:28.080
Koleksi itu belum dikeluarkan.

21:28.679 --> 21:31.480
Satu-satunya orang yang
kononnya ada baju itu sekarang

21:31.560 --> 21:34.840
ialah duta jenama itu, Aiwarin.

21:36.080 --> 21:38.879
Dan dia dah pakai baju itu
dalam temu bual dengan pihak media.

21:39.879 --> 21:43.200
Awak pernah terfikirkah
tentang apa yang akan berlaku

21:43.280 --> 21:45.960
kalau ada orang nampak awak
pakai itu dan buat hantaran dalam talian?

22:01.159 --> 22:02.679
Maafkan saya, G.

22:11.679 --> 22:13.560
Tolong lebih berhati-hati lain kali.

22:15.120 --> 22:16.240
Boleh?

22:20.240 --> 22:21.800
Saya takkan buat kesilapan yang sama lagi.

22:23.200 --> 22:24.919
Saya akan tamatkan ini secepat mungkin.

22:28.320 --> 22:30.159
Boleh saya tanya awak sesuatu?

22:30.840 --> 22:32.560
Kalau awak nak pergi jumpa dia lagi,

22:33.399 --> 22:34.879
biar saya ikut awak.

22:36.200 --> 22:38.040
Saya akan jauhkan diri.

22:38.720 --> 22:41.040
Sekiranya sesuatu
berlaku, saya ada di situ.

22:59.760 --> 23:01.399
Ada orang beritahu ayah

23:01.480 --> 23:03.120
awak bawa seorang gadis masuk bilik awak.

23:03.200 --> 23:04.080
Siapa dia?

23:04.159 --> 23:05.679
Ini hal peribadi saya.

23:06.320 --> 23:07.800
Jangan cakap macam itu dengan ayah.

23:07.879 --> 23:08.879
Buat ayah teringat ibu awak.

23:08.960 --> 23:11.000
Ayah cakap ayah takkan ungkit pasal dia.

23:11.080 --> 23:12.879
Jadi janganlah berperangai macam dia.

23:12.960 --> 23:15.080
Kalau awak tak buat,
ayah takkan cakap macam itu.

23:19.760 --> 23:22.120
Maafkan ibu, Ai.
Ibu betul-betul minta maaf.

23:23.399 --> 23:25.080
Tapi ibu kena pergi sekarang.

23:26.639 --> 23:28.000
Jangan nakal, okey?

24:06.560 --> 24:08.240
Yam, adakan mesyuarat penting.

24:08.320 --> 24:11.520
Saya dah baca
analisis pemasaran yang awak hantar.

24:11.600 --> 24:14.159
Saya rasa kita kena bincang.

24:14.240 --> 24:15.800
Bukankah awak cuti hari ini?

24:16.879 --> 24:18.919
Saya dah ubah fikiran.

24:19.520 --> 24:21.879
Saya rasa macam nak gila
duduk-duduk saja. Saya tak suka.

25:01.159 --> 25:03.800
Mae, boleh ayah masuk?

25:03.879 --> 25:04.919
Itu…

25:12.320 --> 25:13.320
Mae.

25:14.560 --> 25:17.240
Ayah dengar awak pergi ke parti kawan awak
malam tadi. Seronok?

25:18.639 --> 25:20.320
Seronok, ayah.

25:40.000 --> 25:41.280
Ayah cuma nak ingatkan awak

25:41.360 --> 25:44.399
untuk cuba kurangkan
berparti buat masa sekarang.

25:45.199 --> 25:47.800
Atau lebih baik, hentikan terus.

25:48.800 --> 25:51.879
Sekurang-kurangnya sehingga
tempoh pembidaan tamat.

25:52.480 --> 25:54.480
Ayah tak nak orang cakap

25:55.080 --> 25:57.560
awak tak serius tentang persaingan ini.

25:59.760 --> 26:00.760
Mae.

26:01.919 --> 26:03.320
Awak tak lupa, betul?

26:03.399 --> 26:06.399
Ada orang yang tunggu
untuk lihat kita jatuh kerana ini.

26:06.480 --> 26:07.560
Kalau kita kalah…

26:10.320 --> 26:11.720
Saya tak lupa, ayah.

26:12.879 --> 26:14.840
Saya akan buat apa yang ayah suruh.

26:17.280 --> 26:18.280
Baguslah.

26:19.080 --> 26:21.840
Sejuk hati ayah mendengar itu.

26:22.439 --> 26:23.919
Pergilah rehat.

26:28.639 --> 26:29.800
Tunggu, ayah.

26:34.800 --> 26:36.760
Ayah akan sedihkah

26:37.800 --> 26:38.800
kalau

26:39.679 --> 26:41.480
projek ini gagal sebab saya?

26:48.399 --> 26:50.159
Kegagalan itu bukan satu pilihan.

26:50.919 --> 26:52.199
Sebab ayah percayakan awak.

26:52.879 --> 26:54.800
Awak akan berjaya tak kira apa.

26:56.360 --> 26:59.679
Dan bukan ayah seorang yang
tunggu untuk rasa bangga dengan awak.

27:00.720 --> 27:02.919
Mak awak pun sedang menantikannya.

27:03.000 --> 27:03.879
Ayah pasti.

27:08.520 --> 27:09.480
Mae.

27:11.080 --> 27:13.199
Sebelum mak awak meninggal dunia,

27:14.000 --> 27:15.600
dia amanahkan awak kepada ayah.

27:18.480 --> 27:20.159
Kami berdua sayang awak

27:21.639 --> 27:23.679
dan menaruh harapan yang tinggi pada awak.

27:26.439 --> 27:27.879
Dan kami berdua percaya

27:28.919 --> 27:30.520
awak boleh lakukannya.

28:22.879 --> 28:23.840
TEMPAT LETAK KERETA
UNTUK PESERTA PEMBIDAAN

28:44.720 --> 28:46.199
Adakah ini kereta Maevika?

29:04.959 --> 29:07.600
Jom. Kita patut jadi orang
pertama yang dapatkan sampul pembidaan.

29:07.679 --> 29:08.720
Pergi guna tangga.

29:08.800 --> 29:10.000
Siapa?

29:10.560 --> 29:11.560
Awak.

29:29.000 --> 29:29.840
Saya pun nak naik.

29:38.800 --> 29:40.040
Saya juga.

30:25.280 --> 30:26.520
Hei.

30:26.600 --> 30:28.040
Cik Maevika, boleh kita
adakan temu bual sekejap?

30:28.120 --> 30:29.120
Helo.

30:29.199 --> 30:32.879
Apa tahap keyakinan awak
tentang pembidaan ini?

30:32.959 --> 30:34.120
Saya yakin 100 peratus.

30:34.199 --> 30:35.600
Wah.

30:35.679 --> 30:38.639
Orienna nampaknya yakin juga.
Awak dapat rasa tekanan daripada itu?

30:38.720 --> 30:41.040
Hari in, semuanya
bergantung kepada pembidaan.

30:41.679 --> 30:43.120
Oh.

30:48.320 --> 30:51.080
Cepat! Cik Maevika
masih berikan temu bual.

30:51.159 --> 30:52.399
Kita masih ada peluang.

31:03.520 --> 31:05.800
Wakil dari Superior yang sampai dulu.

31:05.879 --> 31:07.679
Kenapa awak tak masuk?

31:08.760 --> 31:10.720
Syarikat pertama
yang dapat sampul pembidaan

31:11.399 --> 31:12.840
dapat mendahului syarikat lain.

31:13.919 --> 31:14.959
Mendahului dari segi apa?

31:16.560 --> 31:17.560
Entahlah.

31:18.080 --> 31:21.199
Tapi banyak syarikat
percayakan petanda bertuah.

31:21.280 --> 31:23.280
Mereka nak mulakan
segala-galanya dengan kemenangan,

31:23.840 --> 31:26.800
dengan menjadi pihak pertama
yang membeli dokumen pembidaan.

31:28.919 --> 31:32.720
Mungkin supaya mereka boleh kaji
TOR lebih awal berbanding orang lain.

31:32.800 --> 31:34.679
TOR (BIDANG KUASA): SKOP KERJA
ATAU KEPERLUAN/BUTIRAN PROJEK

31:34.760 --> 31:36.720
Lebih awal beberapa minit saja

31:36.800 --> 31:38.480
mungkin takkan beri manfaat sangat.

31:39.080 --> 31:43.480
Lagipun, mengorak langkah pertama
tak menjamin kemenangan.

31:44.360 --> 31:45.959
Orienna, silakan dulu.

31:46.560 --> 31:47.520
Saya tak tergesa-gesa.

31:53.800 --> 31:56.240
- Cik Maevika, di sini.
- Sila tengok kamera ini.

32:00.199 --> 32:02.679
- Kamera ini juga.
- Jom pergi.

32:07.919 --> 32:10.760
PROJEK THE GREATER BEBAS CUKAI

32:46.840 --> 32:48.240
Selamat pagi, tuan.

32:49.840 --> 32:52.040
Saya sangat mengagumi Superior

32:52.840 --> 32:55.679
sebab memilih seseorang yang muda
macam awak untuk mengetuai pembidaan.

32:56.399 --> 32:59.480
Bukan saja acara ini
menjadi lebih seronok,

33:00.120 --> 33:02.560
tapi ia juga membuat banyak syarikat
berfikir semula tentang diri sendiri.

33:03.120 --> 33:04.600
Untuk lihat apa
yang masih ketinggalan zaman.

33:06.040 --> 33:08.639
Saya hargai awak cakap begitu.

33:09.240 --> 33:10.480
Sebelum ini,

33:10.560 --> 33:13.080
orang asyik meragui saya,

33:13.159 --> 33:15.199
mengatakan saya mungkin
akan jadi sebab Superior kalah.

33:17.159 --> 33:18.800
Saya tak rasa mereka maksudkannya.

33:19.439 --> 33:21.760
Mereka mungkin cuba
menakut-nakutkan awak.

33:21.840 --> 33:22.719
Jangan biarkan itu mempengaruhi awak.

33:23.919 --> 33:25.600
Fokus saja pada
menjalankan peranan awak dengan baik.

33:25.679 --> 33:28.120
Usaha awak akan membuahkan hasil nanti.

33:29.000 --> 33:30.040
Terima kasih.

33:30.120 --> 33:31.040
Mari.

33:31.120 --> 33:32.639
Jom tangkap gambar.

33:36.840 --> 33:38.320
- Lihat ke sini.
- Sini juga.

33:38.399 --> 33:39.919
- Di sini.
- Tolong pandang ke sini.

33:40.520 --> 33:41.919
- Di sini juga.
- Satu, dua, tiga.

33:42.000 --> 33:43.520
Kamera ini juga.

33:43.600 --> 33:46.199
- Cantik.
- Sini.

33:46.280 --> 33:48.360
- Bagus.
- Tolong pandang ke sini.

33:49.959 --> 33:51.000
Satu, dua.

33:52.040 --> 33:55.399
- Senyum.
- Pandang ke sini.

34:01.919 --> 34:03.080
En. Rachen.

34:03.959 --> 34:05.080
Bagus.

34:18.920 --> 34:20.560
Helo, Cik Maevika.

34:26.480 --> 34:28.120
En. Rachen, awak tak hiraukan saya.

34:29.199 --> 34:31.759
Bukankah ini agak melampau?

34:34.319 --> 34:36.639
Maaflah tentang itu, cuma

34:36.719 --> 34:39.159
awak ketua projek ini,

34:39.759 --> 34:42.960
jadi awak dapat luangkan
lebih banyak masa dengan pembida.

34:43.040 --> 34:45.159
Tapi saya cuma
salah seorang pesaing yang kecil.

34:45.239 --> 34:46.920
Jarang kami dapat bertemu.

34:47.639 --> 34:48.719
Jadi

34:49.319 --> 34:50.880
tolong berikan saya peluang.

35:03.279 --> 35:04.160
Helo.

35:05.279 --> 35:06.400
Helo.

35:07.360 --> 35:08.240
En. Rachen.

35:09.160 --> 35:11.480
Naib Pengerusi Syarikat Great & Glow,

35:11.560 --> 35:14.880
pengimport besar
barang pengguna di Thailand.

35:16.920 --> 35:19.319
Cik Mae, nampaknya awak tahu saya siapa.

35:20.680 --> 35:23.240
Tiada siapa dalam
negara ini yang tak kenal awak.

35:23.319 --> 35:25.440
Saya kenal awak macam orang lain.

35:26.799 --> 35:27.880
Kalau macam itu

35:29.120 --> 35:30.799
saya harap ia takkan
mengambil masa yang lama

35:31.400 --> 35:33.040
sebelum kita betul-betul
mengenali satu sama lain.

35:42.279 --> 35:43.839
Mari, jom tangkap gambar.

35:49.240 --> 35:51.120
Tolong ke sini.

35:55.799 --> 35:56.880
- Di sini.
- Cantik.

35:56.960 --> 35:59.200
- Di sini pula.
- Bagus.

35:59.279 --> 36:01.000
Senyum.

36:01.080 --> 36:03.839
- Kamera ini juga.
- Cantik.

36:09.040 --> 36:10.240
- Yam.
- Ya?

36:10.799 --> 36:12.839
Bawa semua dokumen ini ke pejabat.

36:12.920 --> 36:13.960
Sekiranya ayah tanya.

36:14.560 --> 36:16.720
Saya rasa sakit kepala.
Saya nak rehat sekejap.

36:17.640 --> 36:18.920
Saya akan pergi apabila
saya dah rasa lebih sihat.

36:19.520 --> 36:20.400
Baiklah.

36:37.839 --> 36:39.799
Saya nak hantar baju itu ke kereta dia.

36:39.880 --> 36:43.240
Awak tak perlu ikut, G.
Tunggu saja di sini.

36:43.319 --> 36:44.759
Saya akan telefon lepas selesai.

36:45.560 --> 36:46.480
Tapi…

36:48.240 --> 36:50.759
Nak pulangkan baju saja.
Bukannya hal besar.

37:03.319 --> 37:05.080
Helo, Cik Aiwarin.

37:05.160 --> 37:06.960
Lama tak jumpa.

37:07.560 --> 37:08.440
Ya.

37:09.359 --> 37:11.160
Kenapa tunggu
sampai sekarang untuk menyapa?

37:11.839 --> 37:14.080
Awak berlakon macam
kita tak kenal satu sama lain

37:14.160 --> 37:15.839
di bilik membida.

37:15.920 --> 37:18.080
Atau awak takut mereka akan dapat tahu

37:18.160 --> 37:19.920
tentang apa yang awak buat kepada saya?

37:22.520 --> 37:25.680
Kalau awak cuba cakap saya buat sesuatu,

37:26.359 --> 37:27.680
awak perlukan bukti.

37:29.480 --> 37:31.040
Kalau awak tak ada bukti,

37:32.120 --> 37:33.560
ia tak pernah berlaku.

37:34.640 --> 37:37.240
Dan saya tak perlu takut.

37:37.799 --> 37:39.640
Sebab saya tak sapa awak

37:39.720 --> 37:42.560
adalah kerana ada orang lain
yang lebih menarik perhatian saya.

37:42.640 --> 37:43.839
Itu saja.

37:46.480 --> 37:48.720
Kalau awak rancang nak dekati Maevika

37:48.799 --> 37:51.080
dengan cara yang sama awak dekati saya,

37:51.759 --> 37:52.799
lupakan saja.

37:53.799 --> 37:56.720
Sebab gadis itu bukannya
senang sangat untuk ditipu.

37:56.799 --> 37:58.279
Awak cakap macam awak kenal dia sangat.

37:58.359 --> 37:59.759
Saya tak perlu berikan awak jawapan.

37:59.839 --> 38:01.600
Dan saya tak perlukan izin awak.

38:44.279 --> 38:45.839
Awak dah ketagih, ya?

38:45.920 --> 38:48.120
Menyelinap ke sana-sini macam ini.

38:49.640 --> 38:51.000
Seronok, bukan?

38:52.680 --> 38:54.839
Saya nampak
awak bercakap dengan En. Rachen tadi.

38:54.920 --> 38:57.200
Awak berdua kenal satu sama lain dulu?

39:00.480 --> 39:03.160
Dan semasa di bilik membida,

39:03.240 --> 39:05.680
awak nampak agak rapat dengan Rachen.

39:06.480 --> 39:09.520
Bukan saja dia, Direk juga.

39:10.040 --> 39:13.279
Awak memang pandai mengambil hati, ya?

39:15.040 --> 39:16.240
Jangan tukar topik.

39:16.319 --> 39:18.720
Saya dengar awak berdua sebut nama saya.

39:22.319 --> 39:23.160
Itu…

39:23.880 --> 39:25.359
Itu tak ada apa-apa sebenarnya.

39:26.520 --> 39:28.640
Cuma hati-hatilah dengan lelaki itu.

39:29.400 --> 39:31.359
Sebagai seorang pesaing

39:32.240 --> 39:34.160
dan seorang lelaki.

39:35.799 --> 39:38.200
Sebab dia bukan macam
lelaki lain yang awak pernah jumpa.

39:39.839 --> 39:40.799
Percayalah.

39:45.240 --> 39:48.120
Saya takkan percayakan awak
melainkan saya tahu kenapa.

39:51.440 --> 39:52.520
Baiklah.

39:55.319 --> 39:57.200
Ini kunci lebih saya untuk Orienna,

39:58.839 --> 40:01.319
awak boleh gunakannya
untuk masuk bilik saya.

40:01.400 --> 40:04.799
Ini juga akan berikan awak
akses kepada semua zon VIP.

40:07.600 --> 40:09.839
Jumpa saya di kolam renang
atas bumbung malam ini.

40:10.759 --> 40:12.240
Lepas itu kita akan bincang pasal ini.

40:52.480 --> 40:53.440
Mae.

40:53.520 --> 40:55.200
Oh, G.

40:55.279 --> 40:56.960
Saya baru saja nak telefon awak.

40:57.040 --> 40:58.600
Ada apa-apa?

41:02.000 --> 41:03.640
Awak masih belum pulangkan baju itu.

41:05.520 --> 41:07.279
Tangguhkan saja itu buat masa sekarang.

41:07.359 --> 41:09.120
Ada benda yang lebih penting.

41:12.080 --> 41:13.720
Kita akan pergi ke Orienna malam ini.

41:25.680 --> 41:27.920
Apabila kita sampai, kita akan berpecah.

41:28.000 --> 41:30.160
Saya akan gunakan pintu masuk VIP.

41:30.240 --> 41:33.440
Awak masuk melalui
pintu masuk tetamu biasa, G.

41:34.720 --> 41:35.560
Okey.

41:37.440 --> 41:38.600
Tunggu, Mae.

41:46.839 --> 41:48.240
Ini peranti pepijat.

41:48.319 --> 41:52.000
Inilah cara kita akan korek rahsia dia.

42:29.600 --> 42:31.319
Nak pergi berenang?

42:32.359 --> 42:33.600
Maple.

42:34.440 --> 42:36.600
Saya datang untuk Rachen.

42:36.680 --> 42:37.880
Aiwarin.

42:38.480 --> 42:40.279
Panggil saja saya Ai. Saya lebih suka itu.

42:40.359 --> 42:41.640
Ia rasa lebih sesuai dengan diri saya.

42:41.720 --> 42:43.240
Tentang Rachen.

42:46.920 --> 42:48.120
Baiklah.

42:52.799 --> 42:56.120
Rachen dan saya berjumpa tahun lepas.

42:56.680 --> 42:59.720
Semasa projek bersama
antara Orienna dan Great & Glow.

43:00.319 --> 43:02.720
Kami berdua dijemput ke Boston untuk itu.

43:21.720 --> 43:24.839
Projek En. Barry memang memenatkan.

43:25.440 --> 43:28.520
Kita bertuah Great & Glow dan Orienna

43:28.600 --> 43:32.560
ialah dua syarikat Thai terpilih untuk
menguruskan tempat itu bersama-sama.

43:33.160 --> 43:35.240
Tapi saya akan cakap
dengan jujur kepada awak.

43:36.000 --> 43:39.120
Saya tak berminat sangat
bekerja dengan orang lain.

43:40.480 --> 43:41.879
Apa maksud awak?

43:43.560 --> 43:47.759
Saya nak Great & Glow dapat kawalan
penuh ke atas kawasan komersial itu.

43:48.359 --> 43:50.680
Kalau awak setuju untuk
tarik diri daripada projek ini,

43:50.759 --> 43:54.680
saya akan bayar pampasan
sebanyak mana pun yang awak nak.

43:54.759 --> 43:56.799
Awak cuba rasuah saya?

43:56.879 --> 43:58.120
Taklah.

43:59.000 --> 44:00.720
Saya cuma berikan awak tawaran.

44:00.799 --> 44:04.640
Saya fikir seseorang
sepandai awak, Aiwarin,

44:05.319 --> 44:06.480
takkan menolak.

44:15.240 --> 44:19.080
Betul. Saya memang cukup pandai
untuk tahu apa yang patut dibuat.

44:41.200 --> 44:43.759
Rachen, saya kena cakap dengan awak.

44:43.839 --> 44:45.160
Apa berita baiknya?

44:45.799 --> 44:49.319
Saya rasa awak tak tahu
betapa rapatnya saya dengan Ai.

44:51.040 --> 44:53.600
Saya tak boleh bertoleransi
dengan apa yang awak cuba buat.

44:54.200 --> 44:56.600
Cubaan awak untuk merasuah Ai

44:56.680 --> 44:59.960
dan Orienna itu tak boleh diterima.

45:00.040 --> 45:04.200
Saya arahkan awak untuk menarik diri
daripada projek ini dengan segera.

45:04.279 --> 45:05.799
Kalau tak,

45:05.879 --> 45:08.960
Great & Glow akan diharamkan selamanya

45:09.040 --> 45:10.759
daripada berniaga di luar negara.

45:55.000 --> 45:55.839
Selepas itu,

45:56.560 --> 45:58.839
saya diserang dua atau tiga kali lagi.

45:59.879 --> 46:01.120
Dan setiap kali ia berlaku,

46:01.720 --> 46:03.520
ia berlaku semasa saya bersendirian.

46:04.920 --> 46:06.799
Nasib baiklah saya dapat selamatkan diri.

46:08.000 --> 46:09.359
Apabila saya balik ke Thailand,

46:10.680 --> 46:12.240
semuanya berhenti.

46:12.759 --> 46:16.520
Jadi kenapa awak tak jumpa polis?

46:17.920 --> 46:19.240
Saya tak ada bukti.

46:20.160 --> 46:22.400
Dia tak tinggalkan sebarang kesan.

46:23.960 --> 46:25.560
Sebab itu saya beritahu awak,

46:26.600 --> 46:28.359
awak kena hati-hati.

46:29.400 --> 46:31.160
Kita tak tahu apa yang

46:31.920 --> 46:33.160
Rachen akan buat lepas ini.

46:38.400 --> 46:39.759
Saya kisah pasal awak.

46:51.200 --> 46:53.359
Kalau awak rapat dengan saya,

46:54.600 --> 46:55.720
saya akan pastikan awak selamat.

47:35.960 --> 47:36.920
Maaf!

47:44.520 --> 47:45.839
Jadi

47:46.560 --> 47:49.120
awak dah tak ragu-ragu
pasal Rachen sekarang?

47:51.080 --> 47:52.600
Kalau macam itu,

47:53.319 --> 47:55.680
jom cari jawapan awak pula.

47:57.400 --> 47:59.120
Awak masih tak ada jawapan, betul?

48:28.879 --> 48:30.680
PEMBERSIHAN SEDANG DIJALANKAN

49:17.160 --> 49:18.160
Ya.

49:19.359 --> 49:21.480
Okey. Saya akan turun sekarang.

49:22.319 --> 49:24.160
Kad kunci saya ada dengan awak, betul?

49:24.240 --> 49:25.080
Kad kunci?

49:25.160 --> 49:27.560
Saya tak jumpa.
Saya pasti ia ada dengan saya.

49:27.640 --> 49:29.839
- Tak, tak ada dengan saya.
- Awak pasti?

49:29.920 --> 49:33.000
Ya, maaf tapi saya akan
dapatkan yang baru untuk awak.

49:33.080 --> 49:34.319
Boleh saya dapatkan nombor bilik awak?

49:34.400 --> 49:35.640
Saya hargainya, 1034.

49:35.720 --> 49:37.560
Okey. Biar saya periksa dulu.

49:37.640 --> 49:38.560
Ya, terima kasih.

49:38.640 --> 49:39.600
Terima kasih.

49:39.680 --> 49:40.960
Tunggu sebentar.

49:41.040 --> 49:42.359
Boleh awak periksa
nombor bilik tetamu untuk saya?

49:42.440 --> 49:44.120
Ya, sebab saya kena balik tak lama lagi.

49:44.200 --> 49:46.640
Ya, saya tahu.
Terima kasih. Tunggu sekejap.

49:47.640 --> 49:50.319
Tolong periksa nombor bilik ini.
Kita akan berikan mereka kad kunci baharu.

49:50.400 --> 49:52.640
Awak nampak wanita itu
semasa awak terjatuhkannya?

49:52.720 --> 49:55.960
Maaf, awak nampak dia
apabila kad kunci awak hilang?

49:56.040 --> 49:57.480
Saya tak pasti.

49:57.560 --> 49:59.279
Dia tak pasti.

50:02.400 --> 50:03.600
Tunggu sekejap.

50:03.680 --> 50:04.960
Ada apa-apa yang berlaku?

50:05.600 --> 50:07.839
Saya akan datang balik dan
beritahu awak, Cik Yam. Saya kena pergi.

50:07.920 --> 50:09.680
Hei! Tak, tak boleh!

50:09.759 --> 50:11.240
Awak kena beritahu saya sekarang!

50:11.839 --> 50:13.440
Apa yang berlaku?

50:13.520 --> 50:14.920
Ceritakan semuanya.

50:49.120 --> 50:51.879
Terima kasih sebab tolong saya.

50:52.600 --> 50:53.600
Awak nampak, ya?

50:53.680 --> 50:55.640
Dan saya minta maaf juga.

50:55.720 --> 50:57.279
Tentang sebelum ini di tandas.

50:58.319 --> 51:00.200
Saya cederakan awak.
Saya tak berniat nak buat macam itu.

51:21.759 --> 51:23.480
Dia penuh dengan misteri.

51:23.560 --> 51:25.040
Sangat menarik.

51:56.359 --> 51:57.480
Jom berhenti di sini saja.

52:00.640 --> 52:03.560
Saya rasa saya dah dapat jawapan saya.

52:07.480 --> 52:08.759
Awak pastikah

52:10.080 --> 52:13.080
tentang jawapan yang
awak rasa awak dah dapat?

52:14.960 --> 52:15.920
Kalau macam itu…

52:17.920 --> 52:19.040
Apa kata kita berdua…

52:23.279 --> 52:24.879
cuba mulakan hubungan ini?

52:34.200 --> 52:35.759
Awak orang pertama

52:37.920 --> 52:39.319
yang buat saya rasa macam

52:41.480 --> 52:42.920
saya nak ada hubungan yang serius.

52:45.000 --> 52:45.879
Awak…

52:48.240 --> 52:50.120
Tapi kita pesaing, ingat?

52:51.879 --> 52:54.920
- Lepas itu ada hal lain lagi.
- Saya tahu.

52:56.520 --> 52:57.839
Saya tak lupa.

52:59.319 --> 53:00.720
Tapi awak ingatkah

53:01.279 --> 53:02.799
apa yang saya pernah beritahu awak?

53:04.720 --> 53:07.120
Kalau saya nak ikut hati saya,

53:09.040 --> 53:10.080
saya tak kisah

53:11.879 --> 53:13.560
tentang apa yang berlaku lepas ini.

53:17.600 --> 53:19.160
Saya nak fokus pada

53:21.520 --> 53:23.279
apa yang ada di depan saya.

53:46.000 --> 53:47.120
Okey.

53:49.520 --> 53:51.120
Saya akan jadi teman wanita awak.

53:54.040 --> 53:55.040
Tapi…

53:57.879 --> 54:00.000
awak tak boleh beritahu sesiapa pasal ini.

54:04.600 --> 54:05.680
Kalau awak tak kisah,

54:07.120 --> 54:08.240
saya pun okey.

54:13.799 --> 54:14.920
Setuju.

55:18.839 --> 55:20.759
Dah bersedia untuk berseronok dengan saya?

55:20.839 --> 55:21.799
Jom!

55:21.879 --> 55:23.440
EPISOD SETERUSNYA

55:23.520 --> 55:25.440
Hari ini seronok sangat.

55:26.040 --> 55:29.279
Saya gembira sangat bercinta dengan awak.

55:29.799 --> 55:33.240
Kalau awak boleh buat
Andromeda sertai projek kita,

55:33.319 --> 55:35.080
sementara Cik Ai
masih lagi duta jenama itu,

55:35.160 --> 55:37.080
ia seperti Superior tampar
Orienna depan orang ramai.

55:37.680 --> 55:38.799
Awak…

55:40.440 --> 55:42.799
Awak rasa hebat sekarang
sebab awak lebih berkuasa?

56:45.839 --> 56:48.200
Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris
bih berkuasa?
