WEBVTT

00:01.000 --> 00:01.920
KISAH YANG DIPAPARKAN MUNGKIN DITOKOK
TAMBAH DAN MEWAKILI SITUASI INDIVIDU.

00:02.000 --> 00:02.960
IA HANYA UNTUK TUJUAN HIBURAN.

00:03.040 --> 00:03.840
TIADA NIAT UNTUK MEMPROMOSIKAN
NILAI-NILAI SEKSUAL TIDAK BERMORAL

00:03.920 --> 00:04.920
ATAU MENGGALAKKAN SIKAP NEGATIF TERHADAP
MANA-MANA GENDER ATAU SEKUMPULAN INDIVIDU

00:35.920 --> 00:37.839
NOVEL OLEH SERENISTA

01:08.200 --> 01:09.479
Awak tahu, betul?

01:10.280 --> 01:12.640
Kita mungkin baru saja
berjabat tangan depan pihak media,

01:12.720 --> 01:15.280
tapi kita masih pesaing perniagaan.

01:17.600 --> 01:22.200
Saya mungkin baru dalam permainan ini,
tapi saya tahu cara ia dimainkan..

01:22.280 --> 01:25.839
Walaupun jika kita pesaing,
itu tak semestinya bermaksud

01:26.960 --> 01:28.080
kita kena jadi musuh.

01:30.000 --> 01:32.399
Saya tak pasti tentang itu.

01:32.479 --> 01:34.320
Itu bergantung…

01:34.399 --> 01:37.679
kepada apa yang berlaku
selepas ini, bukan?

02:11.160 --> 02:13.280
SEJAM SEBELUM ITU

02:14.799 --> 02:18.600
Helo, semua.
Kini kami berada di Menara Greater.

02:18.680 --> 02:20.239
Dalam sejam lagi,

02:20.320 --> 02:24.640
satu pembidaan projek kebangsaan
yang besar akan dijalankan.

02:24.720 --> 02:26.519
Ia dihos oleh The Greater Duty Free.

02:26.600 --> 02:29.239
Ramai orang sudah tak sabar di dalam.

02:29.320 --> 02:30.920
Jom bawa anda masuk
untuk lihat dengan lebih teliti.

02:31.000 --> 02:32.680
Saya baru saja sampai sini, ayah.

02:32.760 --> 02:35.359
Baiklah. Ayah akan sampai dalam 20 minit.

02:35.959 --> 02:37.840
Awak dah cakap dengan mana-mana wartawan?

02:43.440 --> 02:45.959
Walaupun selepas berlatih 100 temu bual,

02:46.040 --> 02:47.840
saya masih rasa gementar.

02:47.920 --> 02:49.440
Saya ingat nak minum sikit,

02:49.519 --> 02:50.600
itu mungkin akan tolong saya relaks sikit.

02:50.679 --> 02:52.280
Itu idea yang baik, sayang.

02:52.359 --> 02:54.040
Rasa tertekan takkan membantu awak.

02:54.120 --> 02:56.160
Ini majlis sebenar awak yang pertama,

02:56.239 --> 02:59.359
debut awak sebagai
pemimpin baharu Superior.

02:59.440 --> 03:01.519
Saya nak latte matcha ais, tak nak sirap.

03:01.600 --> 03:02.440
Sebentar, ya.

03:03.239 --> 03:06.040
Bukan saja awak kena uruskan pihak media.

03:06.120 --> 03:10.079
Ada ramai pesaing perniagaan Thai
yang menanti kita.

03:10.160 --> 03:13.880
Apabila awak bersemuka
dengan mereka, bertenang.

03:13.959 --> 03:14.920
Pastikan awak peka.

03:15.000 --> 03:17.679
Fikir baik-baik sebelum bertindak.

03:25.079 --> 03:27.000
Kalau tak, mereka akan kata

03:27.079 --> 03:29.920
yang awak tak sesuai langsung
buat kerja ini.

03:30.000 --> 03:33.120
Faham, ayah. Saya takkan buat silap.

03:33.200 --> 03:35.720
Saya akan buktikan
diri sendiri kepada semua orang.

03:35.799 --> 03:39.280
Bahawa saya bukannya orang baharu
yang mereka boleh jatuhkan dengan mudah.

03:40.040 --> 03:41.600
Terutamanya bukan Orienna.

03:42.480 --> 03:43.920
Orienna?

03:44.480 --> 03:45.480
Kenapa?

03:46.119 --> 03:47.160
Awak ada ramai pesaing.

03:47.239 --> 03:49.000
Apa yang istimewa sangat pasal yang ini?

03:49.079 --> 03:50.160
Itu…

03:51.519 --> 03:53.200
Sebab wajah Orienna

03:53.280 --> 03:55.280
ialah seorang wanita macam saya.

03:55.959 --> 03:57.519
Umur pun sama.

03:58.079 --> 04:00.200
Dan dia pun sama cantik.

04:01.320 --> 04:03.799
Tapi dia lebih berpengalaman.

04:03.880 --> 04:05.799
Dia dapat lebih banyak
liputan media berbanding saya.

04:05.880 --> 04:07.760
Dia terkenal.

04:07.839 --> 04:08.959
Dia mungkin fikir…

04:09.040 --> 04:11.280
apa yang dia ada
berikan dia kelebihan menentang saya.

04:12.839 --> 04:14.600
Tapi saya akan buat dia lihat…

04:14.679 --> 04:17.000
semakin kita dipandang rendah,

04:18.000 --> 04:20.079
semakin kuat semangat kita untuk menang.

05:00.919 --> 05:02.880
Saya mungkin akan tiba
sejurus sebelum ia bermula.

05:02.960 --> 05:04.919
Kita takkan ada
masa persediaan yang banyak.

05:05.000 --> 05:07.240
Ingat saja,

05:07.320 --> 05:09.000
awaklah wajah Orienna.

05:15.919 --> 05:17.479
Awak nak pergi ke mana, Cik Ai?

05:17.560 --> 05:19.400
- Nak merokok sekejap?
- Jangan harap.

05:19.479 --> 05:22.599
Kalau sesiapa nampak awak,
imej awak akan tercalar.

05:22.680 --> 05:23.599
Tolonglah, saya merayu.

05:23.680 --> 05:24.520
Tolonglah.

05:24.599 --> 05:27.960
Saya faham. Orang dah beri amaran
kepada saya sebelum awak.

05:29.919 --> 05:31.080
Pengerusikah?

05:33.760 --> 05:34.599
Tolonglah saya.

05:34.680 --> 05:36.800
Apa yang saya boleh buat
untuk berhenti rasa bosan?

05:37.960 --> 05:40.159
Masih ada sejam lagi
sebelum majlis bermula.

05:44.479 --> 05:46.840
Pergi berjalan.
Merayau saja dalam bangunan ini.

05:46.919 --> 05:50.159
Ia akan menghabiskan masa, membakar kalori
dan awak boleh tengok-tengok tempat ini.

05:50.240 --> 05:53.719
Lagipun selepas pembidaan habis,
kita akan selalu bekerja di sini.

05:53.800 --> 05:55.280
Lebih baik tengok-tengok dulu tempat ini.

05:56.200 --> 05:59.080
Setiap peperangan bermula
dengan mengkaji medan peperangan.

05:59.159 --> 06:00.919
Tepat sekali. Jom.

06:02.880 --> 06:03.840
Tunggu…

06:03.919 --> 06:04.960
Biar saya pesan matcha sekejap.

06:08.039 --> 06:09.240
Helo!

06:09.320 --> 06:11.960
- Nak matcha ais manis satu.
- Boleh, sekejap.

06:22.440 --> 06:23.799
Ini matcha awak.

06:43.039 --> 06:45.599
Maaf. Awak okey?

06:47.159 --> 06:48.520
Saya okey.

06:48.599 --> 06:49.840
Maaf sekali lagi.

07:03.200 --> 07:04.640
Siap. Jom pergi.

07:05.520 --> 07:06.479
Cik Ai.

07:06.560 --> 07:09.760
Awak nampak tak wanita yang duduk di sana?

07:09.840 --> 07:10.880
Ya.

07:10.960 --> 07:14.039
Bukankah itu Maevika,
pewaris Kumpulan Superior?

07:15.280 --> 07:17.760
Saya dah agak.

07:17.840 --> 07:21.320
Tapi saya dengar
dia baru saja balik dari luar negara.

07:21.400 --> 07:23.880
Kenapa dia di majlis ini?

07:27.599 --> 07:31.680
Mungkinkah Superior hantar dia
untuk mewakili mereka?

07:31.760 --> 07:32.919
Jadi apa?

07:33.000 --> 07:36.000
Kalau macam itu,
awak patut jauhkan diri daripada dia.

07:36.080 --> 07:38.280
Jangan rapat dengan dia.
Jangan berkawan sangat.

07:39.120 --> 07:42.159
Kenapa? Awak fikir dia di sini
untuk curi rahsia-rahsia kita?

07:42.239 --> 07:45.120
Saya bukannya bodoh sangat
untuk biarkan itu berlaku.

07:45.840 --> 07:47.560
Saya tahu awak pandai, Cik Ai.

07:47.640 --> 07:49.120
Saya cuma nak awak berhati-hati.

07:49.200 --> 07:52.000
Sekarang, sesiapa yang berbual
atau melepak dengan awak,

07:52.080 --> 07:53.440
awak kena
lebih berhati-hati dengan mereka.

07:53.520 --> 07:55.960
Persaingan ini sangat sengit.

07:56.039 --> 07:57.400
Pertaruhannya besar.

07:57.479 --> 07:59.400
Semua orang bersedia
untuk berlawan sampai mati.

08:00.520 --> 08:02.320
Pemain-pemain lama
bukannya ancaman yang besar.

08:02.400 --> 08:05.000
Kita dah ada data tentang mereka semua.

08:05.080 --> 08:06.120
Tapi

08:07.239 --> 08:09.280
orang baharu macam Maevika?

08:09.359 --> 08:12.400
Apabila dia mula bermain,
kita tak tahu apa rancangan dia.

08:12.479 --> 08:14.239
Lebih baik anggap dia sebagai kad liar.

08:20.200 --> 08:21.120
Dia tak nampak menakutkan pun pada saya.

08:22.000 --> 08:23.120
Sebenarnya dia agak comel.

08:24.239 --> 08:27.120
Cik Ai, awak biar betul.

08:45.800 --> 08:47.720
Saya berbesar hati

08:47.800 --> 08:51.720
mengalu-alukan anda semua
ke persidangan media rasmi

08:51.800 --> 08:53.560
untuk majlis pembidaan
The Greater Duty Free.

08:54.160 --> 08:56.720
Kami sasarkan untuk
membangunkannya menjadi mercu tanda baharu

08:56.800 --> 08:58.959
untuk membeli-belah bebas cukai

08:59.480 --> 09:01.720
antara yang terbesar di kawasan ini.

09:02.400 --> 09:04.959
The Greater bukan saja
sebuah kompleks membeli-belah.

09:05.040 --> 09:09.000
Ia juga strategi penting untuk
memajukan ekonomi kebangsaan.

09:09.680 --> 09:10.959
Dan kami percaya

09:11.040 --> 09:15.040
tempat ini akan menarik
pelancong dari serata dunia.

09:15.120 --> 09:18.480
Meningkatkan perbelanjaan dan
menghasilkan peluang perniagaan tanpa had

09:18.560 --> 09:20.480
untuk sektor awam dan swasta.

09:20.560 --> 09:23.000
Hari ini, kami mengalu-alukan pelabur…

09:28.600 --> 09:30.959
…dan pengendali perniagaan yang cekap

09:31.040 --> 09:33.560
untuk menjadi sebahagian
daripada projek kami yang hebat.

09:46.400 --> 09:49.480
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua ahli pihak media

09:49.560 --> 09:53.600
kerana berminat dan menyokong projek ini.

09:53.680 --> 09:55.439
Proses pembidaan kami
mempunyai beberapa fasa.

09:55.520 --> 09:58.520
Saya harap ia berjalan lancar.

09:58.600 --> 10:01.760
Mari lihat siapa yang akan menang.

10:19.640 --> 10:22.640
Ada sebabkah, En. Attawit,

10:22.720 --> 10:25.480
untuk awak memilih Aiwarin
sebagai ketua projek ini?

10:27.120 --> 10:28.640
Sebab saya percayakan dia.

10:29.560 --> 10:31.520
Itu saja.

10:31.600 --> 10:34.000
Aiwarin ialah
pewaris tunggal kepada Orienna.

10:34.079 --> 10:36.640
Jadi awak mesti sangat
percayakan dia, En. Attawit?

10:38.079 --> 10:38.959
Ya.

10:39.480 --> 10:41.160
Dia mungkin muda,

10:42.240 --> 10:45.199
tapi dia berfikir dan membuat keputusan
seperti seseorang yang lebih tua.

10:45.839 --> 10:47.319
Tak seperti
kebanyakan orang sebaya dengannya.

10:47.400 --> 10:49.040
Saya rasa ia jelas kepada semua orang

10:49.120 --> 10:52.880
bahawa pelbagai aspek
operasi hotel kami sebenarnya usaha dia.

10:52.959 --> 10:56.520
Dan semuanya telah disambut baik.

10:56.600 --> 10:59.120
Tapi Orienna dari dulu lagi
sebuah perniagaan hotel.

10:59.199 --> 11:01.400
Menyertai bidang konsesi bebas cukai…

11:01.480 --> 11:03.319
Bukankah awak
kurang pengalaman dalam bidang ini?

11:03.400 --> 11:05.560
Mungkin tidak semaju yang lain?

11:05.640 --> 11:08.400
Seperti Superior, contohnya.
Mereka dalam bidang penjualan.

11:08.480 --> 11:10.839
Apa awak rasa boleh
berikan awak kelebihan untuk menang?

11:17.360 --> 11:18.880
Mungkin cita-cita.

11:18.959 --> 11:21.400
Saya pernah dengar seseorang kata…

11:21.480 --> 11:23.959
semakin kami dipandang rendah,

11:24.040 --> 11:26.400
semakin kuat semangat kami untuk menang.

11:26.480 --> 11:28.760
Mari beralih kepada
En. Nuttakorn untuk temu bual sekejap.

11:28.839 --> 11:30.880
- Silakan.
- Helo, semua.

11:31.400 --> 11:33.719
Kami nampak awak bawa anak awak hari ini.

11:33.800 --> 11:36.959
Adakah anak awak akan
terlibat dalam projek ini?

11:37.040 --> 11:39.280
Dengan soalan macam itu,

11:39.360 --> 11:40.800
perlukah saya jawab?

11:40.880 --> 11:42.240
Ya, betul.

11:42.319 --> 11:44.839
Maevika ialah anak tunggal saya.

11:44.920 --> 11:47.280
Dia akan mengetuai Superior
dalam pusingan pembidaan ini.

11:47.959 --> 11:49.719
Kami dengar Maevika

11:49.800 --> 11:51.439
baru saja mendapat
ijazah sarjana di luar negara.

11:51.520 --> 11:53.360
Tiada pengalaman bekerja lagi, bukan?

11:53.439 --> 11:56.800
Awak tak risaukah berikan dia
tanggungjawab sesuatu sebesar ini?

11:56.880 --> 11:58.079
Tepat sekali.

11:58.160 --> 11:59.959
Tipulah kalau saya kata tak.

12:00.560 --> 12:02.360
Tapi saya percayakan anak saya.

12:02.439 --> 12:05.199
Agaknya seperti mana-mana bapa.

12:05.280 --> 12:07.520
Jika ada sebarang soalan lagi,

12:07.600 --> 12:09.319
mungkin boleh tanya dia terus?

12:09.400 --> 12:11.400
- Boleh.
- Baiklah.

12:11.480 --> 12:13.000
Helo, En. Nuttakorn.

12:24.520 --> 12:28.280
Saya dengar awak benarkan
anak awak mengetuai projek ini juga?

12:28.360 --> 12:30.240
Strategi yang menarik.

12:30.319 --> 12:33.360
Tapi ini masih projek bertaraf kebangsaan.

12:34.640 --> 12:36.520
Ini bukannya tempat berlatih
untuk orang baru tamat belajar.

12:37.959 --> 12:39.880
Sebenarnya, En. Nuttakorn,

12:39.959 --> 12:42.000
ia lebih baik kalau
awak yang mengetuainya lagi.

12:42.079 --> 12:44.480
Biar dia perhatikan awak,
belajar cara berniaga.

12:44.560 --> 12:47.880
Kemudian apabila dia lebih berpengalaman,
dia boleh ambil alih.

12:47.959 --> 12:51.000
Kalau tak, Superior…

12:51.719 --> 12:54.160
mungkin akan jatuh
jauh di belakang persaingan.

12:56.599 --> 12:59.280
Terima kasih,
En. Attawit, atas nasihat awak.

13:00.680 --> 13:02.360
Tapi saya tak lihatnya begitu.

13:03.000 --> 13:07.040
Mempunyai pengalaman tak semestinya
bermaksud awak ada kelebihan.

13:08.319 --> 13:11.120
Seseorang yang
tak pernah gagal dalam hidup pun

13:11.959 --> 13:13.959
boleh jatuh ditimpa tangga.

13:15.439 --> 13:18.360
Jika saya boleh
berikan awak nasihat sebagai balasan,

13:18.439 --> 13:22.280
mungkin awak patut mula belajar
cara untuk memujuk anak awak

13:22.360 --> 13:23.959
apabila dia gagal suatu hari nanti.

13:24.640 --> 13:26.439
Nampaknya,

13:26.520 --> 13:28.240
anak awak sangat yakin dengan dirinya.

13:28.319 --> 13:32.240
Kalau keadaan tidak menjadi
seperti yang dia harapkan,

13:33.319 --> 13:35.199
dia akan bersedia
untuk menghadapi kekecewaan.

13:45.920 --> 13:47.439
Ayah…

13:49.520 --> 13:50.719
Helo.

13:52.599 --> 13:53.760
Hai.

13:54.439 --> 13:55.599
Saya Maevika.

13:55.680 --> 13:57.240
Saya gembira dapat berada di sini.

13:57.319 --> 14:00.319
Sekarang, kami ingin
menjemput Maevika dan Aiwarin

14:00.400 --> 14:03.240
untuk mengambil gambar bersama-sama
sebagai wakil kedua-dua syarikat.

14:03.920 --> 14:04.839
Silakan.

14:25.120 --> 14:27.280
Awak berdua nampaknya
daripada generasi yang sama.

14:27.360 --> 14:29.719
Awak berdua kenal
satu sama lain sebelum ini?

14:37.920 --> 14:39.839
Ya, kami pernah berjumpa sebelum ini.

14:46.319 --> 14:48.479
Untuk majlis amal bulan depan,

14:48.560 --> 14:51.680
sesiapa yang ada idea,
silakan kongsi.

14:56.199 --> 14:57.719
- Saya.
- Silakan.

14:57.800 --> 15:00.199
MESYUARAT PERSEDIAAN MAJLIS AMAL 2012

15:02.719 --> 15:05.479
Saya Maevika daripada Sekolah St. Aldrich.

15:05.560 --> 15:09.319
Saya ingin cadangkan
makan malam gala untuk acara itu.

15:09.400 --> 15:11.400
Sebab ini melibatkan
dua buah sekolah yang berprestij,

15:11.479 --> 15:13.360
kita tak patut buat kecil-kecilan.

15:13.439 --> 15:15.319
Untuk tempat pula,

15:15.400 --> 15:19.479
saya dah tanya ayah saya dan kita boleh
gunakan dewan di pusat membeli-belahnya.

15:19.560 --> 15:20.560
Dia tak kisah menjadi hos.

15:20.640 --> 15:24.240
Kami juga ada pengelola majlis yang
bersedia untuk uruskan segala-galanya.

15:24.319 --> 15:28.680
Apa yang kita kena buat hanyalah
sebarkannya dan buat orang menyertainya.

15:28.760 --> 15:30.400
Dan tentulah, mengumpul dana.

15:30.479 --> 15:32.199
Jika awak masih tak boleh bayangkannya,

15:32.280 --> 15:34.760
saya dah sediakan pembentangan juga
untuk mencadangkan idea saya.

15:39.319 --> 15:40.439
Saya tak setuju.

15:40.520 --> 15:41.800
Silakan.

15:50.319 --> 15:53.199
Majlis amal sepatutnya
untuk memberi sumbangan.

15:53.280 --> 15:55.359
Membuat majlis yang melebih-lebih

15:55.439 --> 15:57.959
rasa macam menunjuk-nunjuk
berbanding menyumbang.

16:02.640 --> 16:04.560
Saya cadangkan kita buat ia ringkas saja.

16:04.640 --> 16:07.680
Gunakan ruang sekolah kami
untuk membuat pasar kreatif.

16:07.760 --> 16:10.240
Biar pelajar dari
kedua-dua sekolah sertainya,

16:10.319 --> 16:12.240
buat barangan DIY untuk dijual,

16:12.319 --> 16:14.319
dan dermakan hasil kutipan.

16:14.400 --> 16:18.479
Kita boleh adakan busking,
seni persembahan,

16:18.560 --> 16:23.479
apa-apa saja yang menonjolkan
kreativiti dan sumbangan buatan tangan.

16:23.560 --> 16:27.040
Bukan saja bergantung
kepada kekayaan keluarga seseorang.

16:31.800 --> 16:32.839
Jangan lupa…

16:32.920 --> 16:38.160
masyarakat dah lihat kita sebagai
budak-budak kaya dari sekolah elit.

16:38.240 --> 16:39.520
Ada hak istimewa, berpengaruh.

16:39.599 --> 16:41.359
Kita tak nak ubah imej itu?

16:41.439 --> 16:44.319
Bukan saja hidup
dengan mewah dan gunakan hubungan?

16:44.400 --> 16:47.439
Dan tunjukkan yang kita boleh buat
perkara yang asas dan bermanfaat?

16:48.959 --> 16:52.760
Awak betul-betul fikir itu
akan ubah cara orang melihat kita?

16:52.839 --> 16:54.280
Itu agak idealistik, bukan?

16:55.920 --> 16:58.479
Mungkin bukan dengan serta-merta.
Tapi apa pun, ia kena dimulakan.

17:03.880 --> 17:05.639
Sesiapa lagi yang ingin berikan cadangan?

17:05.720 --> 17:08.879
Kalau tak, kita akan mulakan undian.

17:08.960 --> 17:10.960
Bermula dengan Maevika.

17:12.240 --> 17:14.119
Apa nama awak?

17:14.879 --> 17:16.800
Aiwarin.

17:18.119 --> 17:21.440
Semua yang undi
idea Maevika, angkat tangan.

17:31.320 --> 17:34.399
Sekarang, yang nak undi
Aiwarin, angkat tangan.

17:37.280 --> 17:39.919
Baiklah, kita akan ikut cadangan Airwarin.

17:44.639 --> 17:47.000
Aiwarin, tahniah.

17:48.000 --> 17:52.040
Selama saya mengajar,
saya tak pernah nampak pelajar macam awak.

17:52.120 --> 17:53.240
Terima kasih.

17:53.320 --> 17:54.639
Berikan dia tepukan yang gemuruh.

18:02.760 --> 18:04.280
Ya, kami pernah berjumpa sebelum ini.

18:05.720 --> 18:07.600
Tak sangka, betul?

18:09.879 --> 18:11.120
Tapi kami tak rapat.

18:11.200 --> 18:12.919
Cuma kenal-kenal saja.

18:13.000 --> 18:14.879
Semasa sekolah menengah,

18:14.960 --> 18:17.600
sekolah kami pernah mengadakan
majlis amal bersama-sama. Itu saja.

18:20.120 --> 18:21.440
Baiklah,

18:22.040 --> 18:26.240
nampaknya ini masa untuk
memperkenalkan diri saya dengan rasmi.

18:28.520 --> 18:29.760
Gembira dapat berjumpa awak,

18:30.639 --> 18:31.720
Aiwarin.

18:41.040 --> 18:42.800
Gembira dapat berjumpa awak.

18:43.480 --> 18:44.800
Maevika.

18:55.760 --> 18:58.760
Korek semua maklumat
yang awak boleh tentang Maevika.

18:59.360 --> 19:00.600
Sebanyak mungkin.

19:00.679 --> 19:01.960
Dan Aiwarin?

19:03.879 --> 19:04.720
Tak perlu.

19:04.800 --> 19:07.080
Saya cukup kenal dia.

19:21.679 --> 19:23.919
Awak buat dengan baik hari ini, sayang.

19:25.879 --> 19:27.320
Tapi awak buat ayah terkejut sikit.

19:28.360 --> 19:29.240
Tentang apa?

19:30.480 --> 19:32.639
Apabila awak cakap awak kenal Aiwarin,

19:33.240 --> 19:36.280
ayah ingatkan awak
cuma kenal dia daripada media.

19:38.200 --> 19:41.360
Ya, macam yang saya kata.

19:41.879 --> 19:43.600
Kami cuma kenal satu sama lain.

19:43.679 --> 19:45.120
Bagus.

19:45.800 --> 19:47.480
Dia pesaing kita.

19:47.560 --> 19:49.879
Kalau awak nak tahu
lebih lanjut tentang dia,

19:50.399 --> 19:52.200
pastikan dia tak menjangkanya.

19:55.360 --> 19:58.200
Awak pasti awak tak nak
makan malam dengan ayah?

19:58.840 --> 20:01.040
Ya. Saya belum lapar.

20:01.120 --> 20:03.000
Saya nak duduk di sini
dan lihat lagi kawasan ini.

20:03.679 --> 20:04.840
Baiklah.

20:05.560 --> 20:07.840
- Jumpa awak di rumah, sayang.
- Okey.

20:07.919 --> 20:09.320
G, jaga dia.

20:10.560 --> 20:11.560
Ayah…

20:13.000 --> 20:13.879
Tadi,

20:14.720 --> 20:16.480
apa yang En. Attawit cakap tentang saya…

20:19.280 --> 20:20.440
Itu normal.

20:20.520 --> 20:22.240
Awak mungkin tak pernah menghadapinya,

20:22.919 --> 20:24.240
tapi inilah masanya.

20:24.320 --> 20:28.280
Supaya awak akan faham kenapa
kalah itu bukan satu pilihan untuk kita.

20:43.120 --> 20:44.560
Tentang awak dan Maevika…

20:44.639 --> 20:47.120
Tak perlu risau, ayah.

20:47.200 --> 20:49.399
Kami cuma
berselisih sekejap saja semasa sekolah.

20:49.480 --> 20:51.560
Kalau macam itu,
duduklah di sini lama lagi.

20:51.639 --> 20:54.840
Tinjau tempat ini. Tengok macam mana
perniagaan dijalankan di sini.

20:56.040 --> 20:56.960
Baiklah.

20:57.639 --> 20:59.919
Ayah ada harapan
yang tinggi untuk projek ini.

21:00.000 --> 21:02.440
Dan apabila seseorang
macam ayah mengharapkan sesuatu,

21:02.520 --> 21:03.960
ayah tak ada ruang untuk kegagalan.

21:15.560 --> 21:16.520
Cik Ai?

21:16.600 --> 21:19.200
Kenapa awak tak beritahu ayah awak tadi

21:19.280 --> 21:22.720
yang kita dah tinjau setiap pelosok
tempat ini sebelum majlis itu bermula?

21:22.800 --> 21:24.159
- Setiap satu.
- Biarlah.

21:24.240 --> 21:25.600
Cakap benda itu takkan mengubah apa-apa.

21:26.879 --> 21:29.480
Jadi betulkah kita nak
pusing-pusing kali kedua?

21:30.240 --> 21:32.240
Tak. Awak pergi cari tempat untuk tunggu.

21:32.320 --> 21:34.000
Saya nak pergi tandas sekejap.

21:34.600 --> 21:36.040
Saya tahan sejak majlis bermula.

21:57.080 --> 21:58.120
Maevika.

21:58.919 --> 22:02.320
Nampaknya kita selalu terserempak
dengan satu sama lain hari ini.

22:07.399 --> 22:08.679
Selalu? Yakah?

22:09.639 --> 22:12.040
Yalah, di sini.

22:12.120 --> 22:13.600
Di majlis itu.

22:13.679 --> 22:15.040
Dan di kedai kopi.

22:16.960 --> 22:18.000
Maaf, apa?

22:20.120 --> 22:22.320
Lagi satu, terima kasih
sebab cakap saya cantik.

22:25.320 --> 22:26.320
Samalah.

22:29.200 --> 22:30.560
Jadi beritahulah saya.

22:31.280 --> 22:32.800
Apabila saya beritahu pihak media

22:33.480 --> 22:35.679
yang kita kenal satu sama lain
sejak zaman sekolah,

22:36.840 --> 22:38.639
kenapa awak tak cakap apa-apa?

22:39.919 --> 22:41.960
Awak betul-betul tak ingat saya?

22:43.840 --> 22:44.800
Itu…

22:45.639 --> 22:49.760
Bukankah awak yang kata
kita cuma kenal-kenal saja?

22:50.919 --> 22:52.560
Jadi kenapa awak fikir saya nak

22:53.240 --> 22:55.040
ingat awak?

22:56.919 --> 22:58.480
Itu terpulang kepada awak.

22:59.800 --> 23:00.840
Tunggu.

23:04.639 --> 23:05.879
Awak tahu, betul?

23:06.600 --> 23:08.679
Kita mungkin baru saja
berjabat tangan depan pihak media,

23:09.480 --> 23:11.760
tapi kita masih pesaing perniagaan.

23:14.280 --> 23:15.159
Mestilah.

23:15.679 --> 23:17.520
Saya mungkin baru dalam permainan ini,

23:18.560 --> 23:20.480
tapi saya tahu cara ia dimainkan.

23:21.520 --> 23:24.000
Walaupun jika kita pesaing,

23:24.080 --> 23:28.159
itu tak semestinya
bermaksud kita kena jadi musuh.

23:30.040 --> 23:32.200
Saya tak pasti tentang itu.

23:32.280 --> 23:35.720
Itu bergantung kepada apa yang berlaku

23:35.800 --> 23:37.639
selepas ini.

24:44.919 --> 24:46.520
Gincu awak terang sangat.

24:47.280 --> 24:48.639
Ia tak sesuai dengan awak.

24:49.399 --> 24:51.080
Jadi saya fikir lebih baik
saya kongsikan saya punya sikit.

24:57.439 --> 24:58.600
Cik Mae.

25:01.879 --> 25:03.399
G, awak nak pergi tandas?

25:04.159 --> 25:05.399
Tak.

25:05.480 --> 25:07.280
Saya cuma datang untuk periksa.
Lama juga awak pergi.

25:07.360 --> 25:08.560
Saya ingatkan sesuatu dah berlaku.

25:09.480 --> 25:10.639
Saya okey.

25:11.240 --> 25:14.080
Saya cuma sibuk
memakai gincu semula. Lama pula.

25:38.120 --> 25:39.199
Cik Mae.

25:43.040 --> 25:45.240
Awak pastikah awak betul-betul okey?

25:46.560 --> 25:48.199
Awak ingat saya menipu?

25:49.000 --> 25:50.399
Mungkin tak.

25:52.159 --> 25:54.040
Tapi apa-apa teknik yang
awak guna untuk pakai gincu itu

25:54.639 --> 25:56.199
buat ia nampak comot.

26:00.760 --> 26:02.040
Dan sekarang ia lebih teruk.

26:06.320 --> 26:07.600
Maaf.

26:18.080 --> 26:21.639
Boleh tahan, pembantu. Boleh tahan.

26:36.879 --> 26:38.120
Beg. Sekarang.

26:38.919 --> 26:39.960
Mesti sesuatu dah berlaku.

26:40.960 --> 26:42.360
Tak ada apa-apalah.

26:42.439 --> 26:44.919
Pic suara awak terlalu tinggi. Cakaplah.

26:45.000 --> 26:47.679
- Tak nak.
- Cepatlah, apa yang berlaku?

27:07.120 --> 27:08.639
Apabila saya beritahu pihak media

27:08.720 --> 27:11.199
yang kita kenal satu sama lain
sejak zaman sekolah,

27:12.360 --> 27:14.080
kenapa awak tak cakap apa-apa?

27:15.560 --> 27:17.360
Awak betul-betul tak ingat saya?

27:50.120 --> 27:52.120
JUALAN AMAL

27:56.520 --> 27:57.760
Semuanya idea dia.

27:57.840 --> 28:00.040
- Dia yang fikirkannya sendiri?
- Ya, betul.

28:00.120 --> 28:01.560
Terima kasih.

28:01.639 --> 28:03.040
- Hebatnya.
- Betul.

28:03.120 --> 28:04.320
Terima kasih banyak.

28:05.320 --> 28:06.720
Awak dapat inspirasi dari mana?

28:11.679 --> 28:12.639
Awak dah buat dengan baik.

29:07.919 --> 29:09.040
Tunggu sajalah.

29:09.560 --> 29:11.240
Kalau saya dapat peluang,
saya akan balas balik.

29:33.000 --> 29:34.399
Jadi cepatlah cuba.

29:35.199 --> 29:36.320
Saya nantikannya.

29:58.560 --> 30:00.120
PERKEMBANGAN PASARAN BEBAS CUKAI CHINA
BARANGAN BEBAS CUKAI

30:02.600 --> 30:03.760
BARANGAN BEBAS CUKAI YANG POPULAR

30:04.399 --> 30:06.040
Selamat pagi, G.

30:06.800 --> 30:09.000
- Selamat pagi.
- Tunggu nak masuk pejabat dengan Mae?

30:09.639 --> 30:10.520
Mari duduk.

30:10.600 --> 30:12.280
Nak teh atau kopi?

30:13.080 --> 30:16.120
Tak perlu, terima kasih.
Saya dah minum di rumah.

30:17.120 --> 30:19.159
Jadi awak buat apa tadi?

30:19.240 --> 30:22.399
Saya cuma membaca tentang kes-kes
bebas cukai yang berjaya di luar negara.

30:22.480 --> 30:25.320
Cik Mae kata sebelum
penjualan paket pembidaan dibuka,

30:25.399 --> 30:28.439
dia nak faham macam mana
negara lain mendekati strategi mereka.

30:28.520 --> 30:30.639
Sekiranya dia dapat jumpa
sesuatu yang berguna.

30:30.720 --> 30:32.639
Wah.

30:32.720 --> 30:34.600
Bos awak memang komited.

30:35.800 --> 30:37.280
Buat yang terbaik
untuk membantu dia, okey?

30:37.360 --> 30:39.720
Kalau ada apa-apa, beritahu saja saya.

30:39.800 --> 30:41.679
Saya akan cari
jalan yang sesuai untuk membantu.

30:42.199 --> 30:44.679
Tanpa membuat dia rasa
macam saya masuk campur.

30:45.480 --> 30:46.320
Baik.

30:50.199 --> 30:51.040
Ayah…

30:52.000 --> 30:54.800
Saya takkan makan sarapan pagi ini.

30:56.679 --> 30:58.760
G, pergilah ke pejabat dulu.

30:58.840 --> 31:01.919
Saya kena uruskan sesuatu.
Saya akan ikut awak nanti.

31:03.080 --> 31:04.280
Apa dia, sayang?

31:05.919 --> 31:07.120
Ia tentang seorang lelaki.

31:08.959 --> 31:09.919
Gavin, betul?

31:11.840 --> 31:12.679
Ya.

31:13.480 --> 31:14.720
Saya pergi dulu, ayah.

31:14.800 --> 31:15.919
Baiklah.

31:17.000 --> 31:18.600
- Jumpa lagi, ayah.
- Jaga diri.

31:23.280 --> 31:24.199
Siapa Gavin?

31:24.919 --> 31:26.520
Dia lelaki terakhir
yang berkenalan dengan Mae.

31:26.600 --> 31:28.720
Anak pemilik Luxspeed Import.

31:29.760 --> 31:30.760
Sejak bila?

31:30.840 --> 31:33.040
Sejak Mae belajar di London.

31:33.120 --> 31:35.399
Mereka berkenalan selama
beberapa bulan sebelum dia menarik diri.

31:35.480 --> 31:37.240
Tapi lelaki itu asyik kejar dia.

31:37.320 --> 31:40.199
Malah dia ikut Mae balik ke Thailand.

31:45.080 --> 31:47.199
Kenapa Mae tak bawa awak dengan dia, G?

31:48.360 --> 31:50.159
Mae boleh uruskannya sendiri.

31:50.240 --> 31:52.959
Gavin bukan lelaki pertama yang dia tolak.

31:53.040 --> 31:54.840
Dia boleh uruskannya,

31:55.360 --> 31:56.639
tapi macam mana sebenarnya?

31:58.879 --> 32:00.719
- Mae, maafkan saya.
- Apa?

32:00.800 --> 32:01.840
- Saya betul-betul minta maaf.
- Awak menjengkelkan.

32:01.919 --> 32:03.320
Mae! Tolong maafkan saya.

32:08.320 --> 32:09.280
Mae.

32:16.080 --> 32:18.760
Berapa kali saya telefon awak,
kenapa awak tak jawab?

32:20.639 --> 32:22.000
Awak tak hiraukan saya. Siapa awak?

32:22.080 --> 32:24.120
- Berhenti.
- Siapa awak?

32:24.199 --> 32:27.199
- Kita tak perlu berbual.
- Saya boleh dapat ramai gadis macam awak.

32:27.280 --> 32:28.760
- Hei, saya bercakap dengan awak.
- Berhenti!

32:32.840 --> 32:34.760
- Sial!
- Pergi mampuslah!

32:36.439 --> 32:37.280
Baiklah.

32:37.879 --> 32:39.879
Awak tak perlu
berikan saya jawapan sekarang.

32:39.959 --> 32:42.159
Tapi awak pembantu Mae, G.

32:42.240 --> 32:44.320
Awak kena perhatikan dia.

32:44.399 --> 32:46.639
Cara dia uruskan masalah dia,

32:46.719 --> 32:49.080
adakah ia akan membahayakan reputasi dia?

32:49.159 --> 32:50.439
Jangan lupa,

32:51.040 --> 32:54.959
kita baru saja perkenalkan dia sebagai
ketua Superior di sesi pembidaan itu.

32:55.040 --> 32:58.159
Setiap pergerakan dia
akan diperhatikan dengan teliti.

33:01.360 --> 33:03.719
Saya ambil awak kerja untuk membantu Mae,

33:04.320 --> 33:06.719
bukan saja untuk ikut
arahan dia dengan membuta tuli.

33:06.800 --> 33:08.919
Awak perlu menilai risikonya juga.

33:09.000 --> 33:11.840
Jika sesuatu yang dia buat
jadi masalah besar,

33:11.919 --> 33:13.320
awak masuk campur dan betulkannya.

33:14.080 --> 33:16.719
Jangan berdiri saja di situ
dan biarkan ia berlaku.

33:17.399 --> 33:20.320
Kalau tak,
tak ada gunalah awak berada di sini.

33:22.679 --> 33:24.000
Betul?

33:27.320 --> 33:28.199
Baik, tuan.

33:44.639 --> 33:46.879
Terima kasih sebab
tutup kafe macam yang saya minta.

33:46.959 --> 33:48.800
Saya kena berhati-hati sekarang.

33:49.480 --> 33:50.719
Saya tak nak drama.

33:50.800 --> 33:51.879
Duduklah.

33:51.959 --> 33:53.639
Apa saja yang awak nak, cakaplah.

33:54.360 --> 33:56.000
Saya tak ada banyak masa.

33:57.159 --> 33:58.679
Saya tak ada apa-apa yang nak dikatakan.

33:58.760 --> 34:00.679
Awaklah. Kalau awak nak
cakap apa-apa, cakap sajalah.

34:02.280 --> 34:04.199
Saya ada buat sesuatu
yang teruk sangatkah?

34:04.280 --> 34:06.000
Sebab itukah awak begitu tekad
untuk mengakhirinya?

34:08.040 --> 34:10.839
Saya dah beritahu awak.
Awak tak buat apa-apa yang salah.

34:11.480 --> 34:13.120
Cuma awak tak sesuai.

34:14.560 --> 34:15.960
Tak sesuai?

34:16.040 --> 34:17.719
Apa maksud awak?

34:18.759 --> 34:20.520
Boleh tak awak berhenti tanya sebabnya?

34:20.600 --> 34:23.639
Benda yang terbaik untuk kita berdua
sekarang adalah berpisah, Gavin.

34:23.719 --> 34:25.880
Memaksanya takkan memperbaiki apa-apa.

34:26.480 --> 34:27.400
Dan lebih penting daripada itu,

34:27.480 --> 34:31.120
sekarang saya ada perkara lebih besar
untuk diuruskan berbanding bercinta.

34:31.639 --> 34:32.880
Saya kena fokus pada kerja saya.

34:33.719 --> 34:35.319
Awak pun begitu.

34:35.400 --> 34:36.920
Awak ada kerja sendiri
yang perlu diuruskan.

34:37.000 --> 34:38.600
Jadi berhenti kejar saya.

34:41.120 --> 34:43.199
Kenapa awak seorang saja
yang boleh memilih?

34:43.279 --> 34:44.639
Saya tak boleh buat apa-apa keputusan?

34:44.719 --> 34:46.920
Kita berdua ada pilihan, Gavin.

34:47.839 --> 34:49.600
Tapi awak kena hormati pilihan saya juga.

34:50.839 --> 34:52.799
Dan awak ada hormati saya punya?

34:52.880 --> 34:55.080
Awak cuma asyik kata
awak nak tamatkannya berkali-kali.

34:55.159 --> 34:56.920
- Macam itu saja.
- Hei.

34:57.000 --> 34:58.080
Awak seriuskah?

34:58.160 --> 35:00.200
Awak asyik cari gaduh.
Boleh tak awak dengar saja?

35:00.279 --> 35:01.720
Bila awak nak faham?

35:03.440 --> 35:05.279
- Tunggu, Mae. Bincanglah dengan saya.
- Aduh! Gavin, sakitlah!

35:05.360 --> 35:06.960
- Saya dah selesai bincang. Lepaskan!
- Bincang dulu…

35:07.040 --> 35:08.480
- Kita kena selesaikan masalah ini, Mae.
- Sakitlah!

35:08.560 --> 35:10.360
Saya tak nak berpisah dengan awak.
Tolonglah dengar dulu!

35:10.440 --> 35:12.240
- Cukup.
- Kenapa, Mae?

35:14.160 --> 35:15.200
Ini bukan urusan awak.

35:18.040 --> 35:20.560
Lepaskan saya! Sakitlah! Lepaskan!

35:20.640 --> 35:23.400
Lepaskan! Saya cakap
lepaskan sayalah, sial!

35:23.480 --> 35:25.040
Hei! Wah!

35:25.120 --> 35:26.640
Kalau awak tak nak cedera,

35:26.720 --> 35:28.080
jauhkan diri daripada Cik Mae.

35:28.160 --> 35:29.319
Apa masalah awak?

35:29.400 --> 35:30.360
Awak cuma orang bawahan dia,

35:30.440 --> 35:32.120
- jangan menyibuk.
- Itu dah melampau!

35:32.720 --> 35:35.040
Ya, saya cuma orang bawahan dia.

35:35.640 --> 35:37.440
Tapi saya lebih bernilai daripada awak.

35:38.240 --> 35:42.040
Awak dilahirkan dengan segala-galanya
tapi awak bazirkan semuanya.

35:42.120 --> 35:43.880
Menghabiskan hari awak merayu kepada
seorang wanita untuk jangan berpisah.

35:43.960 --> 35:45.279
Biar saya tanya awak sesuatu.

35:45.960 --> 35:47.160
Awak tak malukah dengan diri sendiri?

35:47.240 --> 35:48.600
- Tak guna!
- Hei!

35:48.680 --> 35:50.279
Kalau awak nak gaduh, marilah.

35:56.920 --> 35:57.759
Jom pergi.

36:07.360 --> 36:08.839
Mae, awak tak apa-apa?

36:08.920 --> 36:10.560
Saya okey.

36:13.000 --> 36:14.880
G, kenapa awak ikut saya?

36:16.520 --> 36:19.680
Saya tak rancang
nak ikut awak pada mulanya.

36:19.759 --> 36:20.920
Tapi saya tak boleh berhenti rasa risau.

36:21.000 --> 36:23.520
Awak bukan saja pewaris Superior lagi.

36:24.640 --> 36:26.520
Awaklah ketua syarikat kita sekarang.

36:29.600 --> 36:31.400
Maafkan saya kalau saya dah melampau.

36:31.480 --> 36:33.400
Tapi sebenarnya,

36:33.480 --> 36:36.279
awak patut halang Gavin daripada
menghubungi awak dalam apa jua cara.

36:36.360 --> 36:38.360
Supaya ini tak berlaku lagi.

36:39.720 --> 36:40.839
Sebenarnya

36:41.480 --> 36:43.360
saya dah lama nak halang dia.

36:43.440 --> 36:45.480
Tapi sebahagian daripada
diri saya masih ingin berpaut kepadanya.

36:48.200 --> 36:49.799
Bukan saja Gavin

36:49.880 --> 36:52.200
yang tak faham
kenapa saya nak berpisah dengan dia.

36:54.400 --> 36:56.359
Kadangkala saya pun
tak faham diri sendiri.

37:14.400 --> 37:15.799
Terima kasih, Min.

37:30.120 --> 37:31.680
Ia telah ditetapkan untuk esok, betul?

37:31.759 --> 37:33.160
Tak sabarnya!

37:33.240 --> 37:34.520
Yalah, ini perjumpaan semula kelas kita.

37:34.600 --> 37:36.400
Kita akan bergosip sampai pagi!

37:36.480 --> 37:38.600
Betul. Jumpa awak semua di sana!

37:38.680 --> 37:41.440
NUTTY - AMMIE - PALM

37:45.680 --> 37:47.279
Parti itu di Hotel Orienna?

37:57.600 --> 37:58.680
Helo, Nutty.

37:59.400 --> 38:01.400
Siapa yang pilih tempat
untuk perjumpaan semula?

38:01.480 --> 38:03.480
Kita buat undian. Kenapa?

38:04.799 --> 38:07.480
Rupa-rupanya tempat itu
di hotel pesaing awak.

38:08.000 --> 38:09.319
Alamak. Tapi itu
bukan masalah besar, betul?

38:09.400 --> 38:11.880
Kalau awak takut, awak tak perlu datang.

38:11.960 --> 38:13.799
Saya pasti semua orang faham.

38:28.720 --> 38:31.400
Sikit. Tapi baguslah
dapat jumpa awak semua lagi.

38:31.480 --> 38:32.319
Ya.

38:35.000 --> 38:36.120
Tapi saya rasa saya patut…

38:37.720 --> 38:38.759
Saya pergi dulu.

39:07.520 --> 39:08.759
Dia ikut awakkah?

39:09.839 --> 39:10.720
Ya.

39:12.000 --> 39:12.839
Awak perlukan bantuan?

39:35.359 --> 39:37.759
Beritahu orang yang ekori dia
apa peraturannya.

39:37.839 --> 39:39.200
Baik, Cik Ai.

39:45.000 --> 39:47.920
Mae. Mae!

39:48.720 --> 39:49.640
Maaf, tuan.

39:49.720 --> 39:51.200
Lelaki tak dibenarkan masuk.

39:51.279 --> 39:53.799
Bar Anthea hanya untuk wanita.

39:55.279 --> 39:57.000
Mae. Mae.

40:14.880 --> 40:16.080
Silakan.

40:18.880 --> 40:20.120
Saya nak dua gelas wain.

40:24.680 --> 40:27.319
Terima kasih sebab tolong saya.

40:27.400 --> 40:28.799
Mestilah.

40:29.440 --> 40:30.799
Dan maafkan saya

40:30.880 --> 40:33.319
sebab sentuh awak tanpa izin tadi.

40:34.520 --> 40:35.600
Tiada masalah.

40:36.120 --> 40:37.720
Sebelum ini awak buat lebih daripada itu.

40:38.359 --> 40:39.560
Dan awak tak minta maaf pun.

40:40.319 --> 40:41.799
Tapi kali ini, niat saya baik.

40:41.880 --> 40:44.200
Jadi sebelum ini niat awak tak baik?

40:44.880 --> 40:46.120
Baik juga.

40:47.359 --> 40:49.279
Awak kongsi gincu saya.

40:50.920 --> 40:52.279
Biar saya lihat.

40:53.160 --> 40:55.200
Awak pakai yang lebih terang kali ini?

41:09.839 --> 41:10.920
Duduk saja di sini buat masa sekarang.

41:11.520 --> 41:15.319
Hanya untuk pastikan
lelaki yang ikut awak dah pergi.

41:15.400 --> 41:16.520
Lepas itu awak boleh pergi.

41:17.319 --> 41:18.520
Tak apa.

41:19.640 --> 41:21.359
Saya boleh keluar sendiri.

41:22.200 --> 41:23.680
Mungkin ada jalan keluar lain.

41:25.600 --> 41:28.200
Macam mana awak boleh kenal
tempat ini lebih baik daripada saya?

41:31.000 --> 41:32.240
Duduk sajalah lama sikit.

41:33.359 --> 41:34.680
Saya nak awak duduk di sini.

41:43.560 --> 41:44.600
Minum dengan saya.

41:45.920 --> 41:47.000
Saya tak minum arak.

41:47.520 --> 41:48.799
Maaf, saya nak pergi.

41:50.120 --> 41:52.319
Menolak orang yang baru tolong awak…

41:53.240 --> 41:54.799
Itu agak biadab, bukan?

42:32.359 --> 42:34.040
Awak tak kisah, betul?

42:35.000 --> 42:36.680
Kalau kita kongsi satu gelas.

42:39.560 --> 42:40.920
Buatlah sesuka hati awak.

42:41.480 --> 42:43.400
Bukannya saya ada pilihan.

42:45.600 --> 42:47.080
Oh ya,

42:48.319 --> 42:49.720
kenapa awak di sini?

42:51.759 --> 42:53.279
Saya sebenarnya selalu datang ke sini.

42:54.799 --> 42:56.920
Daripada semua perniagaan
di bawah syarikat kami,

42:57.520 --> 42:59.799
Bar Anthea ialah kegemaran saya.

43:02.799 --> 43:03.960
Kenapa?

43:05.000 --> 43:06.759
Sebab setiap kali saya datang sini,

43:07.759 --> 43:09.400
saya boleh jadi diri sendiri.

43:11.160 --> 43:15.160
Tak perlu risau tentang bagaimana
orang akan lihat atau menilai saya.

43:15.880 --> 43:17.359
Sebab semua orang di sini

43:17.960 --> 43:19.600
sama macam saya.

43:21.080 --> 43:22.520
Kami suka benda yang sama.

43:44.240 --> 43:45.640
Benda apa?

43:48.560 --> 43:49.680
Macam wanita?

43:53.839 --> 43:54.920
Kalau ya,

43:56.879 --> 43:58.160
ada masalahkah?

44:35.240 --> 44:36.120
EPISOD SETERUSNYA

44:36.200 --> 44:39.400
Saya nak awak tahu titik perubahan saya.

44:39.480 --> 44:42.759
Sekiranya awak nak cari
jawapan untuk diri sendiri.

44:42.839 --> 44:45.520
Semua ini bukannya kebetulan.

44:45.600 --> 44:48.480
Cik Ai aturkan semuanya
supaya awak dan dia bersendirian.

44:48.560 --> 44:50.400
Awak tak terfikir mungkin saya setuju

44:50.480 --> 44:52.000
sebab saya ada perasaan sama seperti dia.

44:52.080 --> 44:54.279
Ingat. Orang macam saya

44:54.359 --> 44:55.920
tak pernah bermain untuk kalah.

44:56.000 --> 44:57.480
Kalau awak datang untuk bermain,

44:57.560 --> 45:00.080
saya pun boleh main juga.

45:00.160 --> 45:01.600
Dan jika awak terus macam ini,

45:03.000 --> 45:04.680
awak sentiasa akan kalah.

46:05.160 --> 46:06.960
Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris
ia.
